Perjanjian Baru 2023
11–17 Disember. Wahyu 6–14: “[Mereka] Mengalahkan … dengan Darah Anak Domba”


“11–17 Disember. Wahyu 6–14: ‘[Mereka] Mengalahkan … dengan Darah Anak Domba,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“11–17 Disember. Wahyu 6–14,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Yesus berdiri di tengah-tengah bintang-bintang

Seni komposit oleh Eric Johnson: The Grand Council [Majlis Agung], oleh Robert T. Barrett; bintang kluster ihsan Agensi Angkasa Eropah

11–17 Disember

Wahyu 6–14

“[Mereka] Mengalahkan … dengan Darah Anak Domba”

Presiden Boyd K. Packer menasihati: “Jika bahasa tulisan suci pada mulanya kelihatan aneh untuk anda, teruskanlah membaca. Tidak lama kemudian anda akan mengenali keindahan dan kuasa yang terdapat dalam halaman tulisan suci tersebut” (“Kunci kepada Perlindungan Rohani,” Liahona, Nov. 2013, 27).

Mencatat Tanggapan Anda

Bayangkan seorang wanita “sedang mengandung dan masa bersalin sudah tiba. Oleh itu, dia berteriak kerana kesakitan.” Sekarang bayangkan “seekor naga merah yang besar sekali mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk” melayang di atas wanita itu, bersedia untuk “memakan anaknya, sebaik sahaja bayi itu lahir” (Wahyu 12:2–4). Untuk fahami ayat ini dalam wahyu Yohanes, ingatlah bahawa gambaran ini mewakili Gereja dan kerajaan Tuhan dan bahaya yang ia akan hadapi. Untuk para Orang Suci yang mengalami penganiayaan sengit pada zaman Yohanes, kemenangan ke atas kejahatan mungkin kelihatan sukar. Kemenangan ini mungkin susah dilihat pada zaman kita, apabila musuh “melawan umat Tuhan” dan mempunyai “kekuasaan atas setiap suku, negara, bahasa, dan bangsa” (Wahyu 13:7). Tetapi penghujung wahyu Yohanes menunjukkan kemenangan agung kebaikan ke atas kejahatan. Babel akan jatuh. Dan para Orang Suci akan berjaya melalui “masa penganiayaan yang dahsyat” dengan jubah putih—bukan kerana jubah mereka tidak pernah kotor tetapi kerana para Orang Suci akan “membasuh dan menjadikan jubah mereka putih dengan darah Anak Domba itu” (Wahyu 7:14).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Wahyu 6–11

Yohanes melihat banyak peristiwa sejarah bumi, terutamanya pada zaman akhir.

Dalam bab-bab ini, anda akan membaca tentang sebuah kitab dengan tujuh meterai. Jika anda tertanya-tanya apakah maksud itu, anda tidak bersendirian. Nabi Joseph Smith juga sama. Tuhan mengungkapkan kepada Joseph bahawa kitab ini dan meterai-meterainya mewakili cerita “kewujudan duniawi,” dengan setiap meterai yang mewakili seribu tahun (lihat Ajaran dan Perjanjian 77:6–7). Anda mungkin berminat untuk mengetahui bahawa peristiwa empat meterai pertama diringkaskan dalam penglihatan Yohanes dalam hanya lapan ayat (Wahyu 6:1–8). Tiga ayat seterusnya menggambarkan meterai kelima (ayat 9–11). Peristiwa-peristiwa dua meterai terakhir mengambil sebahagian besar dari kitab Wahyu. Dalam kata lain, tumpuan utama penglihatan Yohanes adalah zaman akhir—zaman kita. Semasa anda membaca, renungkan mengapakah ia berharga untuk tahu apa yang Yohanes tulis tentang zaman akhir.

Semasa anda membaca tentang peristiwa yang Yohanes menubuatkan, pertimbangkan cadangan dan soalan berikut:

  • Baca Wahyu 7 dengan fikirkan pekerjaan pengumpulan Israel dalam minda. Apakah pendapat anda tentang pekerjaan ini? (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 77:8–11). Apakah yang anda pelajari dari ayat 13–17 tentang Yesus Kristus dan mereka yang datang kepada-Nya?

  • Apakah yang bab 8; 9; dan 11 ajarkan anda tentang peristiwa-peristiwa zaman akhir? (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 77:12–13, 15). Bagaimanakah kita boleh bersedia secara rohani untuk peristiwa-peristiwa ini?

  • Wahyu 10 menceritakan sebuah kitab yang seorang malaikat berikan kepada Yohanes dan memerintahkannya untuk makan. Apakah maksud lambang ini? (lihat Ajaran dan Perjanjian 77:14).

Wahyu 12–13

Peperangan yang bermula di Syurga berterusan di bumi.

Kita tidak tahu banyak tentang Peperangan di Syurga, tetapi terdapat gambran ringkas dan jelas tentangnya dalam Wahyu 12:7–11. Semasa anda membaca ayat ini, bayangkan diri anda adalah sebahagian dari tentangan pra-fana ini. Apakah yang anda pelajari tentang bagaimana Setan dikalahkan? (lihat ayat 11).

Peperangan yang bermula di syurga berterusan di bumi, semasa Setan berkeras untuk “memerangi [mereka] yang setia kepada ajaran yang dinyatakan oleh Yesus” (Wahyu 12:17). Apakah yang anda pelajari dari Wahyu 13 tentang bagaimana dia menggerakkan peperangan itu hari ini? Bagaimanakah “darah Anak Domba” dan “firman kesaksian [anda]” (Wahyu 12:11) terus membantu anda dalam peperangan ini?

Lihat juga 1 Nefi 14:12–14; Moroni 7:12–13; Musa 4:1–4; Ajaran dan Perjanjian 29:36–37.

Wahyu 14:6–7

“Saya nampak satu lagi malaikat … membawa berita baik yang kekal.”

Salah satu pengenapan nubuat ayat ini terjadi apabila Moroni muncul kepada Joseph Smith dan membawa dia kepada catatan yang dia terjemahkan dan diterbitkan sebagai Kitab Mormon. Buku ini mengandungi “berita baik yang kekal” yang kita ditugaskan untuk mengkhutbahkan kepada “kepada semua bangsa, suku, bahasa, dan negara” (Wahyu 14:6).

Untuk belajar tentang malaikat-malaikat lain yang terlibat dalam memulihkan injil kekal, lihat Ajaran dan Perjanjian 13; 27:5–13; 110:11–16; 128:20–21.

Lihat juga “Pemulihan Kegenapan Injil Yesus Kristus: Perisytiharan Ulang Tahun Kedua Ratus kepada Dunia,” ChurchofJesusChrist.org.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Wahyu 7:9, 13–15.Apakah yang ayat-ayat ini boleh ajarkan kita tentang mengapa kita memakai putih untuk tatacara pembaptisan dan bait suci?

Wahyu 7:14–17.Pertimbangkan untuk menjemput ahli keluarga untuk berkongsi perasaan mereka tentang janji-janji Tuhan dalam ayat-ayat ini. Bagaimanakah janji-janji-Nya dapat membantu kita ketika kita berada dalam “masa penganiayaan yang dahsyat” (ayat 14).

Wahyu 12:7–11; 14:6.Sesetengah ahli keluarga mungkin suka melukis gambar penglihatan yang digambarkan dalam kitab Wahyu. Contohnya, melukis gambar berdasarkan Wahyu 12 boleh membawa kepada perbincangan tentang Peperangan di Syurga (lihat ayat 7–11). Gambar berdasarkan Wahyu 14:6 boleh membawa perbincangan tentang Pemulihan injil.

Selepas membaca Wahyu 14:6 bersama, pertimbangkan untuk menunjukkan gambar malaikat Moroni dan malaikat-malaikat lain yang membantu memulihkan injil di zaman kita (lihat gambar-gambar di hujung panduan ini). Ahli keluarga boleh bergilir memegang salah satu gambar dan berkongsi sebab-sebab mereka bersyukur bahawa para malaikat datang “membawa berita baik yang kekal untuk diisytiharkan kepada [kita].”

Wahyu 12:11.Apakah maksud frasa “dengan berita daripada Tuhan”? Bagaimana kesaksian kita dalam Yesus Kristus membantu kita mengalahkan Setan?

Wahyu 13:11–14.Apakah pandangan yang ahli keluarga anda ada tentang binatang penipu itu? Bagaimana kita mengenalpasti dan mengelakkan penipuan yang kita lihat di dunia hari ini.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Aku Akan Jadi Pemberani,” Buku Nyanyian Anak-anak, 85.

Memperbaikkan Pengkajian Peribadi

Menjamu tulisan suci. Presiden Russell M. Nelson mengajar, “Bacaan harian firman Tuhan dengan mendalam sangat penting untuk kehidupan rohani, terutama pada hari-hari pergolakan yang semakin meningkat” (“Dengarkanlah Dia,” Liahona, Mei 2020, 89). Apakah maksud “bacaan firman Tuhan” bagi anda?

Kristus sedang mengetuk pintu

Moroni Delivering the Golden Plates [Moroni Memberikan Kepingan-kepingan Emas], oleh Gary L. Kapp; Upon You My Fellow Servants [Ke Atas Dirimu Para HambaKu], oleh Linda Curley Christensen dan Michael T. Malm (Yohanes Pembaptis menganugerahkan Imamat Harun pada Joseph Smith); Keys of the Kingdom [Kunci-kunci Kerajaan], oleh Linda Curley Christensen dan Michael T. Malm (Petrus, Yakobus, dan Yohanes menganugerahkan Imamat Melkisedek pada Joseph Smith; Vision in Kirtland Temple [Penglihatan di Bait Suci Kirtland], oleh Gary E. Smith (Musa, Elias, dan Elia muncul kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery).