Perjanjian Baru 2023
18–24 Disember. Krismas: “Berita Baik … yang Akan Menggembirakan”


“18–24 Disember. Krismas: ‘Berita Baik … yang Akan Menggembirakan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“18–24 Disember. Hari Krimas,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Imej
bayi yang baru lahir

Little Lamb [Anak Domba], oleh Jenedy Paige

18–24 Disember

Krismas

“Berita Baik … yang Akan Menggembirakan”

Pertimbangkan bagaimana merenungkan kelahiran dan misi Juruselamat dapat membantu membawa roh kedamaian dan kekudusan pada musim Krismas.

Mencatat Tanggapan Anda

Mengapa kelahiran bayi boleh membawa kebahagiaan yang begitu besar? Mungkin kerana bayi boleh menjadi satu lambang harapan. Satu hidup baru yang penuh dengan kemungkinan menjemput kita untuk renungkan apa akan berlaku kepada bayi itu dan hal-hal yang dia boleh capai. Ini benar tentang kelahiran Putera Tuhan, Yesus Kristus. Banyak harapan diletakkan ke atas Dia, banyak janji diberikan kepada Dia pada kelahiran-Nya.

Apabila seorang malaikat jemput para gembala untuk mencari seorang bayi dalam palung, dia juga berikan mereka satu pesanan tentang bayi itu. Ia ialah satu pesanan yang penuh dengan harapan—bahawa bayi ini datang ke dunia untuk melaksanakan satu misi yang kudus. Para gembala itu “memberitahu semua orang … semua orang yang mendengarnya hairan akan apa yang dikatakan oleh para gembala itu. Tetapi Maria menyimpan semua perkara itu di dalam hati dan merenungkannya.” (Lukas 2:17–19). Mungkin ia adalah baik untuk mengikut teladan Maria pada Krismas ini: merenungkan dalam hati anda hal-hal anda telah pelajari tentang Juruselamat tahun ini. Dalam laporan yang anda baca, bagaimana Dia lengkapkan misi penebusan-Nya? Paling penting, bagaimana misi-Nya mengubah hidup anda? Kemudian anda mungkin diilhami untuk mengikuti teladan para gembala: bagaimana anda akan menjadikannya diketahui umum apa yang Yesus Kristus telah lakukan untuk anda?

Imej
ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Matius 1:18–25; 2:1–12; Lukas 1:26–38; 2:1–20

Yesus Kristus rendahkan diri untuk dilahirkan di kalangan kita di bumi ini.

Apa yang anda tahu tentang siapakah Yesus Kristus sebelum Dia dilahirkan? (lihat, contohnya, Yohanes 17:5; Mosia 3:5; Ajaran dan Perjanjian 76:13–14, 20–24; Musa 4:2). Bagaimana pengetahuan ini mempengaruhi perasaan anda apabila anda baca tentang kelahiran-Nya?

Apakah yang anda tahu tentang mengapa Yesus Kristus datang ke bumi? (lihat, contohnya, Lukas 4:16–21; Yohanes 3:16–17; 3 Nefi 27:13–16; Ajaran dan Perjanjian 20:20–28). Bagaimana pengetahuan ini mempengaruhi perasaan anda tentang Juruselamat? Bagaimana ia mempengaruhi cara anda hidup?

Lihat juga 2 Korintus 8:9; Ibrani 2:7–18; 1 Nefi 11:13–33; Alma 7:10–13.

1 Korintus 15:21–26; Kolose 1:12–22; 1 Petrus 2:21–25

Yesus Kristus lengkapkan misi-Nya dan membolehkan saya mewarisi kehidupan abadi.

Walaupun cerita kelahiran Kristus dipenuhi dengan kejadian yang ajaib, kelahiran-Nya merupakan satu kelahiran biasa sahaja jika tanpa pekerjaan yang Dia lakukan dalam hidup-Nya. Presiden Gordon B. Hinckley berkata, “Bayi Yesus dari Betlehem mungkin hanya seorang bayi biasa jika tanpa penebusan Kristus di Getsemani dan di Kalvari, dan kemenangan Kebangkitan” (“The Wondrous and True Story of Christmas,” Ensign, Dis. 2000, 5).

Imej
Yesus berlutut dalam Taman Getsemani

Gethsemane [Getsemani], oleh J. Kirk Richards

Bukti misi ilahi Juruselamat dan kasih-Nya untuk orang lain boleh ditemui dalam Perjanjian Baru. Bab atau laporan apakah datang ke minda anda? Anda boleh cari dalam sumber ini atau jurnal kajian anda dan mengulang kaji tanggapan-tanggapan yang anda sudah catatkan. Anda juga boleh baca 1 Korintuss 15:21–26; Kolose 1:12–22; 1 Petrus 2:21–25 dan renungkan bagaimana Juruselamat dan pekerjaan-Nya telah memberkati kehidupan anda. Apakah yang anda diilhami untuk ubah dalam kehidupan anda? Bagaimana anda akan bergantung pada kuasa Juruselamat?

Imej
ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Matius 1:18–25; 2:1–12; Lukas 1:26–38; 2:1–20.Bagaimana anda boleh rayakan kelahiran Yesus Kristus bersama keluarga anda? Berikut ialah beberapa idea, atau anda boleh fikirkan idea sendiri:

  • Bersama keluarga anda, baca atau lakonkan cerita kelahiran Yesus Kristus.

  • Terokai beberapa sumber dalam koleksi “Yesus Kristus” Gospel Library, terutamanya dalam bahagian yang bertajuk “Kelahiran-Nya (Krismas).”

  • Tonton pertemuan rohani Krismas Presidensi Utama (broadcasts.ChurchofJesusChrist.org).

  • Nyanyikan lagu rohani Krismas bersama keluarga, atau mengunjung jiran dan rakan dan nyanyi kepada mereka (lihat Nyanyian Rohani, no. 87-97).

  • Lakukan satu pelayanan.

  • Minta ahli keluarga carikan perincian-perincian dalam cerita kelahiran Yesus Kristus yang beri mereka idea-idea untuk perhiasan yang mereka boleh buat untuk ingatkan mereka tentang Yesus Kristus.

1 Korintus 15:21–26; Kolose 1:12–22; 1 Petrus 2:21–25.Mengapakah kita bersyukur kerana Yesus Kristus dilahirkan? Apakah kurnia yang Dia telah berikan kita? Bagaimana kita boleh tunjukkan kesyukuran kita? Keluarga anda boleh menyanyikan sebuah lagu yang mengajar tentang misi-Nya, seperti “Dia Mengutus Putera-Nya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20–21).

Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul.”Jika anda ingin membantu keluarga anda tumpukan pada Juruselamat pada musim Krismas ini, anda boleh baca dan kaji bersama “Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul” (ChurchofJesusChrist.org). Mungkin anda boleh hafal beberapa ayat dari “Kristus Yang Hidup” atau mencari gambaran tentang kehidupan Juruselamat dalam Perjanjian Baru yang menyokong penyataan ini. Anda juga boleh jemput setiap ahli keluarga menuliskan kesaksiannya tentang Yesus Kristus dan, jika terdorong, bacakan kesaksian kepada keluarga.

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Di Sebuah Kandang Dulu,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 25.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Carikan Yesus Kristus. Tulisan suci ajarkan kita bahawa segala hal bersaksi tentang Yesus Kristus (lihat Musa 6:62–63), jadi, kita harus cari Dia dalam segala hal. Semasa anda baca tulisan suci, pertimbangkan untuk menanda ayat-ayat yang ajarkan anda tentang Dia. Ambil masa pada hari-hari yang menjelang Krismas untuk cari hal-hal di sekeliling anda yang bersaksi tentang Yesus Kristus.

Imej
Maria, Yusuf, dan para gembala mengelilingi bayi Yesus

The Nativity [Kelahiran Yesus], oleh Brian Call

Cetak