Perjanjian Baru 2023
18–24 Disember. Krismas: “Berita Baik … yang Akan Menggembirakan”


“18–24 Disember. Krismas: ‘Berita Baik … yang Akan Menggembirakan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2021)

“18–24 Disember. Krismas,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

bayi yang baru lahir

Little Lamb [Anak Domba], oleh Jenedy Paige

18–24 Disember

Krismas

“Berita Baik … yang Akan Menggembirakan”

Pelajaran ini adalah peluang untuk membantu kanak-kanak yang anda ajar untuk meraikan kelahiran, hidup dan misi Juruselamat pada masa Hari Krismas. Oleh itu ingat matlamat ini apabila anda bersedia untuk mengajar.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Paparkan gambar dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang kelahiran Juruselamat.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 2:1–12; Lukas 2:1–14

Yesus Kristus datang ke dunia sebagai bayi.

Kanak-kanak suka cerita kelahiran Yesus Kristus. Kebenaran ajaran apa yang anda lihat dalam cerita ini yang anda rasa kanak-kanak harus faham?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Lukas 2:1–14 kepada kanak-kanak, atau gambarkan peristiwa dalam ayat-ayat ini dengan merujuk kepada “Bab 5:Yesus Kristus Telah Lahir” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 13–15). Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar peristiwa ini dan gunakan lukisan itu untuk ceritakan cerita tersebut. Mengapakah kita gembira kerana Yesus dilahirkan?

  • Minta kanak-kanak untuk beritahu anda cerita Orang-orang Bijaksana (Orang Majus) yang mengikut bintang untuk mencari Yesus. Jika mereka perlu diingatkan tentang kisah itu, lihat Matius 2:1–12 atau “Bab 7: Orang-orang Bijaksana” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 18). Sorokkan gambar Yesus di dalam bilik. Lukis atau potong kertas dalam bentuk bintang dan pegangnya tinggi di atas. Jemput kanak-kanak untuk berlakon menjadi ahli kaji bintang dengan membawa hadiah, dan pimpin mereka dalam bilik untuk mencari Yesus. Bantu kanak-kanak fikirkan beberapa hadiah yang kita boleh berikan kepada Yesus.

  • Nyanyikan beberapa lagu rohani atau lagu Krismas bersama kanak-kanak (lihat Nyanyian Rohani, no. 201–14; Buku Nyanyian Anak-Anak, 34–54). Minta mereka berkongsi sesuatu yang setiap lagu ajarkan yang mereka rasa penting untuk diketahui.

Yesus berlutut dalam Taman Getsemani

Gethsemane [Getsemani], oleh J. Kirk Richards

Yohanes 3:16

Yesus Kristus menjadikannya mungkin untuk saya hidup dengan Bapa Syurgawi sekali lagi suatu hari nanti.

Adakah kanak-kanak yang anda ajar faham kenapa Yesus Kristus datang ke dunia? Ambil masa dan renungkan apa yang Juruselamat telah lakukan untuk anda secara peribadi dan bagaimana anda boleh bantu kanak-kanak faham apa yang Dia telah lakukan untuk mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawa hadiah atau kotak yang dibungkus ke kelas dengan gambar Yesus Kristus di dalamnya. Lampirkan tag dengan “Yohanes 3:16” tertulis padanya, dan beritahu kanak-kanak bahawa ini adalah petunjuk tentang apakah hadiah itu. Baca Yohanes 3:16 bersama kanak-kanak, dan jemput mereka untuk meneka apa hadiah itu dan bukanya. Mengapa Tuhan mengutus Putera-Nya kepada kita?

  • Bantu kanak-kanak lengkapkan ayat ini: “Yesus Kristus datang ke bumi untuk .” Kemudian tunjukkan gambar yang berkaitan dengan korban tebusan, kematian, dan Kebangkitan Juruselamat (lihat Buku Seni Injil, no. 56–59), dan ceritakan secara ringkas tentang peristiwa ini. Anda juga boleh menyanyikan sebuah lagu tentang mengapa Yesus datang ke bumi, seperti “Dia Mengutus Putera-Nya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20). Bersaksi tentang Yesus Kristus dan apa yang Dia telah lakukan untuk anda.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 1:18–25; 2:1–12; Lukas 1:26–38; 2:1–20

Yesus Kristus datang ke dunia sebagai bayi.

Bagaimana anda boleh bantu kanak-kanak untuk fokus kepada Yesus Kristus pada Hari Krismas?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput salah seorang kanak-kanak untuk membaca tentang beberapa peristiwa yang berkaitan dengan kelahiran Juruselamat (lihat Matius 1:18–25; 2:1–12; Lukas 1:26–38; 2:1–20). Minta kanak-kanak untuk bergilir dan melukis di papan tulis apa yang dihuraikan tulisan suci. Apa yang cerita ini ajar kita tentang Yesus Kristus?

  • Jemput kanak-kanak untuk menulis pada beberapa keping kertas apa-apa yang mereka boleh lakukan yang akan membantu mereka untuk tumpu kepada Yesus Kristus semasa musim Hari Krismas. Jemput mereka untuk berkongsi nota mereka. Galakkan kanak-kanak untuk membawa keping kertas itu ke rumah dan lakukan dengan keluarga mereka cadangan-cadangan yang mereka tulis pada kertas itu.

  • Nyanyikan lagu-lagu Krismas tentang Juruselamat (lihat Buku Nyanyian Anak-Anak, 34–54; Nyanyian Rohani, no. 201–14), dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi baris atau frasa kegemaran dari lagu tersebut.

Yohanes 3:16

Yesus Kristus memungkinkan saya hidup dengan Bapa Syurgawi sekali lagi suatu hari nanti.

Bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak kaji semula apa yang mereka belajar tahun ini dan faham kenapa mereka perlukan Yesus Kristus dalam hidup mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Labelkan sehelai kertas Siapakah Yesus Kristus dan sehelai kertas lain Mengapakah Dia datang ke bumi dan lampirkan pada dinding yang berbeza di bilik kelas . Jemput setiap kanak-kanak untuk membaca ayat suci berikut: Matius 16:15–16; Yohanes 3:16; 1 Nefi 10:4; Mosia 3:8; Alma 7:10–13; 3 Nefi 27:14–15. Minta kanak-kanak untuk mencari jawapan, dalam tulisan suci yang mereka baca, untuk dua soalan di dinding. Jemput mereka untuk menulis jawapan mereka dan lampirkan pada dinding di sebelah soalan yang sesuai. Bagaimana kita boleh tunjukkan kesyukuran untuk apa yang Yesus Kristus telah lakukan untuk kita?

  • Jemput kanak-kanak untuk senaraikan di papan tulis semua nama atau gelaran Yesus yang mereka boleh fikirkan (lihat Panduan Tulisan Suci, “Kristus”). Apa yang nama ini ajar kita tentang Yesus Kristus dan misi-Nya? Mengapa kita perlukan Yesus Kristus dalam hidup kita?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk mencari sekurang-kurangnya satu cara untuk melayani orang lain atau untuk mendekati Yesus Kristus pada musim Hari Krismas ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka pelajari. Kanak-kanak boleh mempunyai pengaruh yang kuat untuk kebaikan dalam keluarga mereka. Galakkan kanak-kanak yang anda ajar untuk berkongsi dengan keluarga mereka sesuatu yang mereka pelajari dalam Sekolah Primer. (Lihat Teaching in the Savior’s Way30.)