“11–17 Disember. Wahyu 6–14: ‘[Mereka] Mengalahkan … dengan Darah Anak Domba,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2021)
“11–17 Disember. Wahyu 6–14,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023
11–17 Disember
Wahyu 6–14
“[Mereka] Mengalahkan … dengan Darah Anak Domba”
Semasa anda membaca Wahyu 6–14, fikirkan tentang kanak-kanak yang anda ajar. Roh Kudus dapat membantu anda mengenali kebenaran yang relevan untuk mereka.
Jemput Perkongsian
Tunjukkan beberapa gambar yang akan membantu kanak-kanak ingat perkara yang mereka pelajari baru-baru ini di rumah atau di Sekolah Primer. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang gambar tersebut.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Yesus Kristus membantu saya menjadi bersih.
Yohanes melihat ramai orang yang memakai jubah yang “dijadikan … putih dengan darah Anak Domba” (ayat 14). Pertimbangkan bagaimana penglihatan ini dapat membantu kanak-kanak faham kepentingan menjadi bersih melalui Korban tebusan Yesus Kristus.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan kanak-kanak beberapa pakaian putih (atau gambar) dan gambar Yesus. Baca Wahyu 7:9, 13–14 kepada kanak-kanak, dan minta mereka tunjukkan gambar dan pakaian setiap kali mereka mendengar perkataan putih. Terangkan bahawa baju putih mewakili kebersihan dan mengingatkan kita bahawa Yesus Kristus dapat menjadikan kita bersih dari kesalahan kita.
-
Tunjukkan kanak-kanak sehelai kain putih atau sekeping kertas, dan minta mereka mengotorkannya dengan menandanya dengan pen atau meletakkan kotoran di atasnya. Jelaskan apabila kita tidak mematuhi perintah-perintah, ia seperti kotoran pada pakaian kita. Tunjukkan gambar Yesus di Getsemani (seperti Buku Seni Injil, no. 56), ketepikan kain atau kertas yang kotor, dan tunjukkan mereka kain yang bersih. Bersaksi bahawa Yesus Kristus dapat membantu kita menjadi bersih.
-
Nyanyikan lagu tentang pembaptisan, seperti “Waktu Aku Dibaptis” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 53), dan bersaksi bahawa Yesus membantu kita menjadi bersih apabila kita dibaptiskan.
Saya tunjukkan iman dalam Yesus Kristus di kehidupan pra-fana.
Di Perang Syurga, anak-anak Tuhan yang beriman mengalahkan Setan “dengan berita daripada Tuhan yang diisytiharkan mereka”, dan dengan menunjukkan iman kepada Yesus Kristus (Wahyu 12:11). Mereka terus berbuat demikian hari ini.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Untuk bantu kanak-kanak fahami makna mengikuti teladan seseorang, pilih seorang kanak-kanak untuk menjadi “pemimpin”, dan minta kanak-kanak yang lain untuk mengikutinya dengan membuat apa-apa yang dilakukannya. Kemudian beri kanak-kanak lain untuk menjadi pemimpin. Baca Wahyu 12:7–11 kepada kanak-kanak dan terangkan yang sebelum kita lahir, kita pilih untuk mengikuti Yesus dan bukan Setan.
-
Nyanyi bersama sebuah lagu tentang kehidupan pra-fana, seperti “Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 86). Tanya soalan seperti, “Apa yang berlaku di syurga sebelum kita dilahirkan?” dan “Apa yang kita pilih untuk lakukan?” (Lihat juga “Pengenalan: Rancangan Bapa Syurgawi Kita” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 1–5.)
Injil telah dipulihkan pada zaman kita.
Yohanes menulis tentang seorang malaikat yang akan membawa “berita baik yang kekal” (Wahyu 14:6). Membincangkan Wahyu 14:6–7 menyediakan satu peluang bagi anda untuk bersaksi tentang Pemulihan injil Yesus Kristus di zaman kita.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan kanak-kanak gambar Moroni bercakap dengan Joseph Smith semasa anda membaca Wahyu 14:6 (lihat Buku Seni Injil, no. 91). Jemput kanak-kanak untuk menunjuk pada malaikat dalam gambar. Kongsi dengan mereka laporan tentang kunjungan Moroni (lihat “Bab 3: Malaikat Moroni dan Kepingan-Kepingan Emas,” dalam Cerita-Cerita Ajaran dan Perjanjian).
-
Jemput kanak-kanak untuk melakonkan cerita Moroni mengunjungi Joseph Smith (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:29–35). Bantu mereka menamakan beberapa berkat yang kita nikmati kerana injil Yesus Kristus telah dipulihkan. Kongsi kesaksian anda tentang Pemulihan.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Injil boleh membantu saya mengatasi godaan.
Asap yang menggelapkan angkasa di Wahyu 9:2 seumpama godaan (lihat 1 Nefi 12:17).
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Lukiskan gambar matahari dan awan gelap, dan gunting dari kertas. Jemput kanak-kanak untuk membaca Wahyu 9:2 dan 1 Nefi 12:17 dan tuliskan pada awan gelap makna asap atau kabus dalam ayat-ayat ini. Letakkan awan gelap di papan, dan menjemput kanak-kanak untuk membuat senarai tentang godaan-godaan yang kanak-kanak umur mereka hadapi. Letakkan matahari di papan dan minta mereka membuat senarai tentang alat-alat yang Bapa Syurgawi telah berikan kita untuk mengatasi kegelapan di dunia.
-
Saya tunjukkan iman kepada Yesus Kristus di kehidupan pra-fana.
Kanak-kanak yang anda ajar berada di dunia kerana mereka mempunyai iman dalam Yesus Kristus di pra-fana dan telah pilih untuk mengikuti-Nya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca bersama Wahyu 12:7–11, dan tulis pada papan tulis perkataan naga, Peperangan berlaku di Syurga, dibuang, berita (kesaksian), dan Anak Domba. Minta kanak-kanak untuk meringkaskan ayat ini menggunakan perkataan pada papan tulis. Apakah yang mereka pelajari tentang Yesus Kristus (Anak Domba) dari ayat tersebut? Apa yang kita pelajari tentang pilihan yang kita buat dalam kehidupan pra-fana?
-
Pada papan tulis, cipta tiga lajur dan labelkan Sebelum kehidupan ini, Semasa kehidupan ini, dan Kedua-duanya. Sediakan jalur kertas yang menyatakan kebenaran tentang kehidupan pra-fana dan kehidupan fana, seperti Kita ada tubuh badan, Kita tiada tubuh badan, Kita tinggal dalam hadirat Tuhan, Kita sedang berperang dengan Setan, Kita menjalankan iman kepada Yesus Kristus, dan Kita mengikuti rancangan Tuhan. Berikan kanak-kanak peluang untuk memilih jalur kertas dan memilih lajur mana kertas itu harus diletakkan. Kongsi keyakinan anda bahawa kanak-kanak boleh terus tunjukkan iman kepada Kristus.
Sebagai sebahagian dari Pemulihan, injil akan dikhutbahkan kepada seluruh dunia.
Kanak-kanak yang anda ajar boleh membantu mengkhutbahkan “kepada semua bangsa, suku, bahasa, dan negara” (Wahyu 14:6).
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta kanak-kanak untuk baca Wahyu 14:6–7 dan untuk tulis pada papan tulis perkataan atau frasa dari ayat-ayat ini yang bermakna bagi mereka. Minta mereka berkongsi mengapa mereka pilih perkataan atau frasa tersebut. Jelaskan bahawa ayat-ayat ini menggambarkan Pemulihan injil di zaman kita. Tanyakan mereka bagaimana mereka boleh mengambil bahagian dalam pekerjaan mengkhutbahkan injil kepada dunia.
-
Jemput kanak-kanak untuk baca Wahyu 14:7 dan ulangi pesanan malaikat untuk dunia dalam kata-kata mereka sendiri. Atau jemput mereka untuk melukis gambar yang mewakili pesanan malaikat. Apakah yang kita boleh berkongsi dengan orang lain tentang injil Yesus Kristus?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Bantu kanak-kanak menulis perkataan atau frasa yang akan membantu mereka mengingati sesuatu yang mereka pelajari di kelas hari ini. Jemput mereka untuk tunjukkan apa yang mereka tulis kepada seseorang di rumah dan berkongsi apa yang mereka pelajari.