“Anda Seorang Pengajar di dalam Gereja Yesus Kristus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)
“Anda Seorang Pengajar di dalam Gereja Yesus Kristus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019
Anda Seorang Pengajar di dalam Gereja Yesus Kristus
Anda telah dipanggil oleh Tuhan untuk mengajar anak-anak-Nya dengan cara Juruselamat. Anda telah ditetapkan untuk panggilan ini dengan kuasa imamat-Nya yang kudus. Walaupun anda bukan pengajar yang berpengalaman, sewaktu anda hidup dengan layak, berdoa setiap hari, dan mengkaji tulisan suci, Bapa Syurgawi akan memberi anda pengaruh dan kuasa Roh Kudus (lihat 2 Nefi 33:1).
Mereka yang diamanahkan dalam jagaan anda adalah anak-anak Tuhan, dan Dia tahu apa yang mereka perlukan dan cara terbaik untuk mencapai mereka. Melalui Roh Kudus, anda akan dibimbing semasa persediaan anda dan semasa anda mengajar. Dia akan mengungkapkan kepada anda apa yang harus anda katakan dan apa yang harus anda lakukan.
Tujuan utama pembelajaran injil adalah untuk mengubah kehidupan. Matlamat anda sebagai seorang pengajar adalah untuk membantu orang yang anda ajar untuk melakukan semua yang mereka boleh untuk bertukar hati kepada injil Yesus Kristus—matlamat yang melangkau jauh dari masa kelas. Jemput orang yang anda ajar untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran asas dan ajaran Yesus Kristus dan bertindak dengan apa yang mereka pelajari. Menggalakkan mereka untuk membuat kajian secara individu dan dengan keluarga mereka di luar kelas sebagai tumpuan utama pembelajaran injil mereka. Apabila mereka bertindak dengan iman dengan belajar sebagai individu dan dengan keluarga, mereka akan menjemput Roh ke dalam hidup mereka dan diberkati dengan lebih mendalam dari apa yang pengajar boleh lakukan.
Hanya ajarkan ajaran injil Yesus Kristus yang dipulihkan seperti yang terdapat di dalam tulisan suci dan kata-kata para nabi zaman akhir. Ajaran tulen—kebenaran yang abadi dan tidak berubah yang diajar oleh Tuhan dan hamba-Nya—menjemput Roh dan mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan.
Panggilan untuk mengajar adalah amanah kudus, dan ia adalah perkara biasa untuk merasa terkejut pada masa-masa tertentu. Tetapi ingatlah bahawa Tuhan memanggil anda, dan Dia tidak akan meninggalkan anda. Ini pekerjaan Tuhan, dan semasa anda melayani “dengan sepenuh hati, daya, fikiran dan kekuatanmu” (A&P 4:2), Dia akan memperbesar keupayaan, kurnia, dan bakat anda, dan pelayanan anda akan memberkati kehidupan orang yang anda ajar.