Pelayanan
Menjadi Seorang Gembala
Pelayanan Harian


12:21

Menjadi Seorang Gembala

Saya harap mereka yang anda layani akan nampak anda seorang rakan dan sedar bahawa anda seorang pejuang dan seorang pendengar.

Satu tahun lalu, seorang kanak-kanak Sekolah Primer saya temui di Chile buatkan saya senyum. “Helo,” dia kata, “Saya David. Bolehkan anda sebut tentang saya dalam persidangan umum?”

Pada masa yang senyap, saya renungkan tegur sapa David. Kita semua ingin dikenali. Kita hendak menjadi penting, untuk diingati, dan dikasihi.

Saudara saudari, anda penting. Walaupun anda tidak disebut dalam persidangan umum, Juruselamat tahu tentang anda dan mengasihi anda. Jika anda menanya adakah ini benar, anda hanya perlu renungkan bahawa Dia sudah “mengukirkanmu di atas tapak tangan-[Nya].”1

Mengetahui bahawa Juruselamat mengasihi kita, kita mungkin tanya apakah cara paling baik kita boleh tunjukkan kasih kita untuk Dia?

Juruselamat tanya Petrus lagi, “Adakah kamu mengasihi Aku?”

Petrus menjawab, “Ya Tuhan, Tuhan tahu bahawa aku mengasihi Tuhan. Yesus berkata kepadanya, Peliharalah anak-anak domba-Ku.”

Petrus sedih kerana Yesus bertanya tiga kali kepadanya, “Adakah kamu mengasihi Aku?” Petrus berasa sedih tetapi masih mengesahkan kasih sayangnya, menjawab: “Ya Tuhan, Tuhan mengetahui semuanya. Tuhan tahu bahawa aku mengasihi Tuhan! Yesus berkata kepadanya, Peliharalah domba-domba-Ku.2

Tidakkah Petrus sudah membuktikan diri sendiri seorang pengikut Kristus yang penuh kasih? Dari kali pertama mereka bertemu pada pantai, dia “dengan segera” meninggalkan jalanya untuk mengikut Juruselamat.3 Petrus menjadi penjala orang yang benar. Dia menemani Juruselamat semasa pelayanan peribadi-Nya dan menolong ajar orang lain injil Yesus Kristus.

Tetapi sekarang Tuhan yang sudah bangkit tahu Dia tidak akan bersama Petrus untuk menunjukkan dia bila dan bagaimana dia harus layan. Dalam ketiadaan Juruselamat, Petrus perlu carikan bimbingan Roh, menerima wahyu secara diri sendiri, dan kemudian berani dan beriman untuk bertindak. Berfokus pada domba-domba-Nya, Juruselamat hendakkan Petrus lakukan apa yang Dia akan lakukan jika Dia di situ. Dia minta Petrus menjadi seorang gembala.

Pada April lalu, Presiden Russell M. Nelson berikan kita satu jemputan yang serupa untuk memelihara domba-domba Bapa kita dalam satu cara yang lebih kudus melalui pelayanan.4

Untuk menerima jemputan ini dengan berkesan, kita mesti kembangkan satu hati gembala dan memahami keperluan domba-domba Tuhan. Jadi bagaimana kita menjadi gembala yang Tuhan perlu kita jadikan?

Sama seperti semua soalan, kita boleh memandang kepada Juruselamat, Yesus Kristus—Gembala yang Baik. Domba-domba Juruselamat diketahui dan dibilang, mereka dijaga, dan mereka dikumpulkan ke dalam kawanan Tuhan.

Diketahui dan Dibilang

Apabila kita berusaha untuk mengikut teladan Juruselamat, yang pertama, kita mesti mengetahui dan membilang domba-domba-Nya. Kita sudah diberi tugas untuk menjaga individu dan keluarga tertentu, jadi kita pasti bahawa semua kawanan Tuhan dilaporkan dan tiada seorang pun dilupai. Tetapi, berbilang bukan mengenai nombor; ia adalah memastikan setiap orang rasa kasih sayang Juruselamat melalui seorang yang melayan untuk Dia. Dalam cara ini, semua akan tahu bahawa mereka diketahui oleh seorang Bapa di Syurga yang penyayang.

Juruselamat bersama anak domba

Baru-baru ini, saya menemui seorang remaja puteri yang ditugas untuk melayan seorang saudari hampir lima kali usianya. Mereka mendapati bahawa kedua-dua mereka suka muzik. Apabila remaja puteri itu mengunjung, mereka menyanyi bersama dan kongsikan muzik kegemaran mereka. Mereka bentukkan satu persahabatan yang memberkati kedua-dua hidup mereka.

Saya harap mereka yang anda layani akan nampak anda seorang rakan dan sedar bahawa, anda ialah seorang pejuang, dan satu tempat mengadu untuk mereka—seorang yang sedar tentang situasi mereka dan menyokong mereka dalam harapan dan aspirasi mereka.

Baru-baru ini saya terima satu tugas untuk melayan seorang saudari yang tidak saya atau teman saya kenali. Apabila saya berbincang bersama Jess, teman pelayan saya yang berusia 16 tahun, dia cadang, “Kita perlu mengetahui dia.”

Sister Cordon dan teman pelayanannya

Dengan serta merta, kami berputus untuk mengambil satu swafoto dan hantarkan dia satu pengenalan melalui SMS. Saya pegang telefon, dan Jess tekan butang untuk mengambil foto. Peluang pelayanan pertama kami ialah satu usaha gabungan.

Pada kunjungan pertama kami, kami tanya saudari kami adakah apa yang boleh kami berdoa untuk pihaknya. Dia kongsikan satu cabaran peribadi dan kata dia mengalu-alukan doa kami. Kejujuran dan keyakinannya datangkan satu hubungan kasih sayang dengan serta merta. Memang satu peluang istimewa untuk mengingat saudari itu dalam doa harian saya.

Apabila anda berdoa, anda akan rasa kasih sayang Yesus Kristus untuk mereka yang anda layani. Kongsikan kasih sayang itu dengan mereka. Cara paling baik untuk memelihara domba-domba-Nya adalah untuk menolong mereka rasa kasih sayang-Nya—melalui anda.

Menjaga

Cara kedua untuk mengembang hati gembala adalah untuk menjaga domba-domba-Nya. Sebagai ahli-ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kita boleh menggerak, memperbaiki, dan membina semula hampir apa-apa pun. Kita cepat memberi bantuan atau satu pinggan biskut. Tetapi, apa lagi boleh kita lakukan?

Adakah domba-domba kita tahu kita menjaga mereka dengan kasih sayang dan kita akan bertindak untuk menolong?

Dalam Matius 25, kita baca:

“Hai kamu yang diberkati Bapa-Ku! Marilah dan nikmatilah Pemerintahan Tuhan yang telah disediakan … :

“Ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan, dan ketika Aku dahaga, kamu memberi Aku minum. Aku seorang asing, tetapi kamu menyambut Aku ke dalam rumah kamu: …

“Tetapi mereka yang melakukan kehendak Tuhan berkata, ‘Ya Tuhan, bilakah kami nampak Tuhan lapar lalu memberi Tuhan makan, atau dahaga lalu memberi Tuhan minum?

“Bilakah kami nampak Tuhan sebagai orang asing lalu menyambut Tuhan ke dalam rumah kami?”5

Saudara dan saudari, kata kunci itu adalah nampak. Orang yang soleh nampak orang yang berkeperluan kerana mereka memberi perhatian. Kita juga boleh memberi perhatian untuk memberi bantuan dan hiburan, untuk meraya dan mahupun berimpian. Apabila kita bertindak, kita dijamin janjian dalam Matius: “Ketahuilah, manakala kamu melakukan perkara itu untuk salah seorang daripada saudara-Ku … , kamu telah melakukannya untuk-Ku!”6

Juruselamat memelihara domba-domba-Nya

Seorang rakan saya—kita panggil dia John—kongsikan apa yang boleh berlaku apabila kita nampak satu keperluan yang kurang jelas: “Seorang saudari dalam bahagian saya cuba membunuh diri. Selepas dua bulan, saya mendapati bahawa tiada seorang pun dalam kuorum saya mendekati suaminya untuk menanya tentang pengalaman yang traumatik itu. Saya juga belum tindak. Akhirnya, saya tanya suami itu ke makan tengah hari. Dia seorang yang malu, biasanya tidak banyak cakap. Tetapi apabila saya kata, ‘Isteri kamu cuba bunuh diri. Itu mestinya amat susah bagi kamu. Kamu hendak bual-bual tentang perkara itu?’ dia mula menangis. Kami ada satu perbualan yang penuh emosi dan rapat, dan kami tubuhkan satu perhubungan dan keyakinan dalam beberapa minit.”

John terus kata, “Saya fikir kecenderungan kita adalah membawakan biskut dan bukan fikirkan cara untuk menghadapi situasi dengan kejujuran dan kasih sayang.”7

Domba-domba kita mungkin cedera, hilang, atau sesat dengan sengaja; sebagai gembala mereka, kita boleh menjadi orang pertama untuk menampak keperluan mereka. Kita boleh mendengar dan mengasihi tanpa penghakiman serta memberikan harapan dan bantuan dengan bimbingan Roh Kudus.

Saudara dan saudari, dunia ini lebih penuh dengan harapan dan kasih sayang kerana tindakan baik hati anda. Apabila anda carikan arahan Tuhan tentang bagaimana menyampaikan kasih sayang-Nya dan melihat keperluan mereka yang anda layani, mata anda akan dibuka. Tugas pelayanan kudus anda berikan anda hak ilahi untuk memperolehi ilham. Anda boleh carikan ilham dengan keyakinan.

Dikumpul ke dalam Kawanan Tuhan

Ketiga, kita hendak domba-domba kita dikumpul ke dalam kawanan Tuhan. Untuk membuat demikian, kita mesti fikir tentang perkembangan perjalanan perjanjian mereka dan rela untuk berjalan bersama mereka pada perjalanan iman mereka. Kita ada hak istimewa kudus untuk mengetahui hati mereka dan mengarah mereka kepada Juruselamat mereka.

Domba-domba mengikut Gembala yang Baik

Sister Josivini di Fiji betul-betulnya ada kesusahan untuk melihat perjalanan perjanjiannya. Rakannya nampak bahawa Josivini tidak boleh baca tulisan suci. Dia berikan Josivini sepasang kaca mata baca yang baru dan satu pensil berwarna kuning terang untuk menanda setiap kali Yesus Kristus disebut dalam Kitab Mormon. Ini bermula sebagai satu hasrat kecil untuk melayan dan untuk menolong seseorang mengaji kitab suci, tetapi pada akhirnya Josivini menghadiri bait suci buat kali pertama 28 tahun selepas pembaptisannya.

Sister Josivini
Sister Josivini di bait suci

Sama ada domba-domba kita kuat atau lemah, gembira atau bersengsara, kita boleh pastikan bahawa tiada seorang pun bersendirian. Kita boleh mengasihi mereka tidak kira perkembangan rohani mereka dan memberi sokongan serta galakan untuk berlangkah ke depan. Semasa kita berdoa dan mencari untuk memahami hati mereka, saya bersaksi bahawa Bapa Syurgawi akan mengarah kita dan Roh-Nya akan pergi bersama kita. Kita berpeluang untuk menjadi “malaikat-[Nya] di sekeliling [mereka]” semasa Dia pergi di hadapan muka mereka.8

Gembala yang Baik bersama domba-domba-Nya

Tuhan menjemput kita untuk memelihara domba-domba-Nya, untuk menjaga kawanan-Nya seperti yang Dia lakukan. Dia menjemput kita untuk menjadi gembala kepada setiap negara. (Dan ya, Elder Uchtdorf, kami suka dan perlukan gembala Jerman.) Dan Dia ingin para remaja-Nya menyertai kerja ini.

Remaja kita boleh menjadi gembala yang paling kuat. Seperti Presiden Russell M. Nelson kata, mereka “di kalangan paling baik yang Tuhan hantar ke dunia ini.” Mereka ialah “roh mulia,” “pemain paling baik” kita yang mengikut Juruselamat.9 Dapatkah anda gambarkan kuasa dari para gembala ini semasa mereka menjaga domba-domba-Nya? Melayan bersama mereka, kita akan nampak mukjizat.

Remaja puteri dan remaja putera, kami perlukan anda! Jika anda tidak ada satu tugas pelayanan, berucap dengan presiden Lembaga Pertolongan dan presiden kuorum penatua anda. Mereka akan bergembira kerana kerelaan anda untuk memastikan domba-domba-Nya diketahui dan dibilang, dijaga, dan dikumpulkan ke dalam kawanan Tuhan.

Apabila hari itu datang kita akan berlutut pada kaki Juruselamat terkasih kita, setelah memelihara kawanan-Nya, saya berdoa kita boleh menjawab seperti Petrus: “Tuhan tahu bahawa aku mengasihi Tuhan!.”10 Domba-dombaMu dikasihi, mereka selamat, dan mereka sudah kembali ke rumah. Dalam nama Yesus Kristus, amin.