Buku Panduan dan Panggilan
6. Kepimpinan Pancang


“6. Kepimpinan Pancang,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“6. Kepimpinan Pancang,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

Imej
pemimpin sedang bercakap dengan keluarga

6.

Kepimpinan Pancang

6.1

Tujuan sebuah Pancang

Yesaya menggambarkan Sion zaman akhir sebagai khemah atau khemah ibadat yang dikukuhkan oleh pancang (lihat Yesaya 33:20; 54:2).

Tuhan menubuhkan pancang untuk “pengumpulan bersama” umat-Nya dan “pertahanan, dan … perlindungan” dari dunia (Ajaran dan Perjanjian 115:6).

6.2

Presidensi Pancang

Presiden pancang memegang kunci imamat untuk memimpin kerja Gereja dalam pancang (lihat 3.4.1). Dia dan para penasihatnya membentuk satu presidensi pancang. Mereka menjaga ahli pancang dengan kasih, membantu mereka menjadi pengikut sejati Yesus Kristus.

Presiden pancang ada empat tanggungjawab utama:

  1. Dia ialah imam tinggi yang memimpin dalam pancang.

  2. Dia memimpin kerja penyelamatan dan permuliaan pancang.

  3. Dia ialah hakim umum.

  4. Dia mengawasi rekod, kewangan, dan harta benda.

6.3

Perbezaan Wewenang Presiden Daerah dan Presiden Pancang

Dalam setiap daerah, seorang pemegang Imamat Melkisedek dipanggil sebagai presiden daerah. Dia melayani seperti presiden pancang tetapi dengan perbezaan berikut:

  • Dia bukan presiden kuorum imam tinggi. Kuorum seperti ini hanya diorganisasikan dalam pancang.

  • Atas kebenaran presiden misi, presiden daerah boleh menemu duga ahli lelaki untuk ditahbiskan sebagai penatua. Presiden daerah atau seseorang di bawah arahannya juga boleh (1) memperkenalkan ahli lelaki untuk disokong dan (2) menjalankan pentahbisan (lihat 18.10.1.3, 18.10.3, dan 18.10.4). Walau bagaimanapun, presiden daerah tidak boleh mentahbiskan bapa bangsa, imam tinggi, atau uskup.

  • Atas kelulusan presiden misi, presiden daerah boleh menetapkan presiden cabang (lihat 18.11).

  • Dia tidak melepaskan misionari sepenuh masa.

  • Dia tidak menjalankan temu duga atau menandatangani kad rekomen bait suci (lihat 26.3.1).

  • Dia tidak mengadakan majlis keahlian kecuali atas kebenaran presiden misi.

6.5

Majlis Tinggi

Presidensi pancang memanggil 12 imam tinggi untuk membentuk majlis tinggi pancang (lihat Ajaran dan Perjanjian 102:1; 124:131).

6.5.1

Mewakili Presidensi Pancang

Presidensi pancang tugaskan seorang anggota majlis tinggi ke setiap bahagian dalam pancang.

Presidensi pancang juga tugaskan seorang anggota majlis tinggi ke setiap kuorum penatua dalam pancang.

Presidensi pancang boleh tugaskan para anggota majlis tinggi untuk mengarahkan ahli berikut dalam tanggungjawab mereka untuk kerja bait suci dan sejarah keluarga serta kerja misionari:

  • Presidensi kuorum penatua

  • Pemimpin misi bahagian

  • Pemimpin bait suci dan sejarah keluarga bahagian

6.7

Organisasi Pancang

Setiap organisasi Lembaga Pertolongan pancang, Remaja Puteri, Sekolah Primer, Sekolah Minggu, dan Remaja Putera dipimpin oleh seorang presiden. Para presiden ini melayani di bawah arahan presidensi pancang.

Tanggungjawab utama para pemimpin ini adalah untuk membantu presidensi pancang dan untuk mengarah dan menyokong presidensi organisasi bahagian.

6.7.1

Presidensi Lembaga Pertolongan, Remaja Puteri, Sekolah Primer dan Sekolah Minggu Pancang

Ahli presidensi ini bertanggungjawab untuk:

  • Melayani dalam majlis pancang (presiden sahaja).

  • Memberi orientasi kepada presidensi organisasi bahagian yang baharu.

  • Menawarkan sokongan dan arahan berterusan. Kerap berkomunikasi dengan presidensi organisasi bahagian untuk tahu keperluan mereka, bincang keperluan ahli yang dilayani, dan sampaikan maklumat dari presidensi pancang.

  • Mengarahkan presidensi organisasi bahagian semasa mesyuarat kepimpinan pancang (lihat 29.3.4).

6.7.2

Presidensi Remaja Putera Pancang

Presidensi Remaja Putera pancang bertanggungjawab untuk:

  • Menjadi sumber lembaga uskup dalam tanggungjawab mereka kepada pemegang Imamat Harun.

  • Melayani dalam jawatankuasa kepimpinan remaja pancang (lihat 29.3.10).

  • Di bawah arahan presidensi pancang, merancang dan mengadakan aktiviti dan kem Imamat Harun pancang.

Cetak