Buku Panduan dan Panggilan
14. Ahli Bujang


“14. Ahli Bujang,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“14. Ahli Bujang,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

orang ramai bercakap

14.

Ahli Bujang

14.0

Pengenalan

Lelaki dan wanita yang belum berkahwin atau yang telah bercerai atau balu meliputi sebahagian besar keahlian Gereja. Ia adalah penting untuk semua mencari harapan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus (lihat Eter 12:4). Kebenaran abadi berikut boleh bantu mengembangkan harapan itu:

  • Tulisan suci dan nabi zaman akhir menegaskan bahawa setiap orang yang setia mentaati perjanjian injil akan berpeluang untuk permuliaan.

  • Masa dan cara yang tepat di mana berkat permuliaan dianugerahkan belum semuanya diungkapkan. Tetapi ia masih diyakinkan (lihat Mosia 2:41).

  • Menunggu Tuhan melibatkan kepatuhan berterusan dan kemajuan rohani terhadap Dia (lihat Yesaya 64:4).

  • Tuhan tawarkan kehidupan abadi kepada semua anak-Nya. Semua yang layak untuk kurnia pengampunan Juruselamat dan menjalankan perintah-Nya akan menerima kehidupan abadi. (Lihat Mosia 26:30; Moroni 6:8.)

  • Keyakinan ini berakar umbi dalam iman kepada Yesus Kristus. Dengan rahmat-Nya, segala sesuatu yang berkaitan dengan kefanaan akan diperbetulkan (lihat Alma 7:11–13).

Tuhan memerlukan semua ahli untuk bantu dalam kerja penyelamatan di bahagian dan pancang mereka (lihat 1 Korintus 12:12–27). Seperti yang diarahkan oleh Roh, ahli bujang dipanggil ke jawatan kepimpinan dan mengajar.

Dalam bab ini:

  • “Ahli bujang” merujuk kepada semua ahli Dewasa Gereja yang belum/tidak berkahwin.

  • “Belia bujang” merujuk kepada mereka yang berumur 18–30 tahun.

  • “Dewasa bujang” merujuk kepada mereka yang berumur 31 tahun dan ke atas.

14.1

Ahli Bujang dalam Unit Geografi

14.1.1

Kepimpinan Pancang

14.1.1.2

Jawatankuasa Belia Bujang dan Dewasa Bujang Pancang

Presidensi pancang mencipta satu jawatankuasa belia bujang.

Presidensi pancang juga boleh mencipta satu jawatankuasa dewasa bujang.

Jawatankuasa berusaha untuk menyokong ahli melalui persahabatan dan peluang untuk terlibat dalam kerja penyelamatan dan permuliaan (lihat 14.2).

14.1.2

Kepimpinan Bahagian

14.1.2.1

Lembaga Uskup

Lembaga uskup adalah kunci untuk melibatkan ahli bujang dalam kerja penyelamatan dan permuliaan. Mereka dan majlis bahagian mengenal pasti panggilan dan tugasan yang bermakna untuk ahli bujang. Mereka kenal dan berusaha untuk bantu memenuhi keperluan ibu bapa tunggal.

  • Seorang ahli lembaga uskup bertemu dengan setiap belia bujang sekurang-kurangnya sekali setahun.

  • Lembaga uskup boleh menubuhkan satu komiti belia bujang bahagian.

14.1.2.2

Presidensi Kuorum Penatua dan Lembaga Pertolongan ditugaskan kepada Belia Bujang

Presiden kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan boleh tugaskan seorang ahli presidensi mereka untuk menyokong belia bujang. Ahli presidensi ini kenali kekuatan belia bujang dan bantu memenuhi keperluan mereka.

Presiden kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan boleh melaporkan usaha ini dalam mesyuarat majlis bahagian.

14.1.2.3

Pemimpin Belia Bujang

Dalam bahagian yang ramai belia bujang, lembaga uskup boleh panggil satu saudara dan saudari bujang sebagai pemimpin belia bujang. Tanggungjawab mereka termasuk:

  • Membantu belia bujang lain terlibat dalam kerja penyelamatan dan permuliaan (lihat 14.2).

  • Melayani di jawatankuasa belia bujang pancang.

  • Memimpin jawatankuasa belia bujang bahagian jika ada.

  • Kerap bertemu dengan presidensi kuorum penatua dan presidensi Lembaga Pertolongan. Dalam pertemuan ini, mereka bincang kekuatan belia bujang dan bagaimana untuk memenuhi keperluan mereka. Mereka juga tumpukan pada pelayanan kepada belia bujang.

14.2

Terlibat dalam Kerja Penyelamatan dan Permuliaan

14.2.1

Menjalankan Injil Yesus Kristus

14.2.1.1

Malam keluarga dan Pembelajaran Injil

Para pemimpin atau ahli yang ingin terlibat boleh tubuhkan satu atau lebih kumpulan malam keluarga untuk orang dewasa bujang dan kumpulan lain untuk belia bujang.

14.2.1.3

Aktiviti

Di bawah arahan pemimpin bahagian atau pancang, belia bujang boleh merancang dan terlibat dalam aktiviti khusus untuk mereka. Contoh termasuk:

  • Lawatan bait suci.

  • Kerja Sejarah keluarga.

  • Berkongsi injil.

  • Pelayanan komuniti.

  • Muzik dan acara kebudayaan.

  • Sukan.

Di bawah arahan pemimpin pancang, dewasa bujang boleh merancang aktiviti yang serupa di peringkat pancang.