“24. Rekomendasi dan Pelayanan Misionari,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).
“24. Rekomendasi dan Pelayanan Misionari,” Pilihan dari Buku Panduan Umum.
24.
Rekomendasi dan Pelayanan Misionari
24.0
Pengenalan
Pada zaman purba, Tuhan mengarahkan pengumpulan Israel di kalangan “semua bangsa di seluruh dunia … baptislah mereka dalam menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Tuhan” (Matius 28:19; lihat juga ayat 20). Tuhan telah memperbaharui arahan itu pada zaman akhir ini (lihat Ajaran dan Perjanjian 39:11; 68:6–8; 112:28–30).
Untuk melayani Tuhan sebagai seorang misionari ialah keistimewaan yang kudus. Ia membawa berkat abadi kepada orang itu dan orang yang dia layani (lihat Ajaran dan Perjanjian 18:14–16).
Tuhan meminta setiap pemuda yang layak untuk bersedia dan melayani misi.
Tuhan juga mengalu-alukan wanita muda yang layak untuk melayani misi jika mereka berhasrat.
Misionari senior juga diperlukan dan digalakkan untuk bersedia melayani.
24.1
Panggilan untuk Melayani
Misionari mewakili Tuhan dan mesti dipanggil dengan wewenang yang betul (lihat Ajaran dan Perjanjian 42:11; Fasal-Fasal Kepercayaan 1:5). Panggilan untuk melayani misi biasanya dihulurkan oleh Presiden Gereja. Untuk misionari pelayanan senior, panggilan itu dihulurkan oleh presiden pancang.
24.2
Tugasan Misionari
Panggilan untuk melayani sebagai seorang misionari termasuk tugasan tertentu. Tugasan ini berbeza secara meluas.
24.2.1
Misionari Pengajar Muda
Kebanyakan misionari muda ditugaskan untuk mengajar injil jauh dari tempat tinggal. Tugasan ini diberikan melalui wahyu kepada para Rasul. Misionari ini melayani di bawah arahan seorang presiden misi.
24.2.2
Misionari Pelayanan Muda
Sesetengah misionari muda ditugaskan untuk melayani di Gereja dan komuniti sementara tinggal di rumah. Tugasan ini diberikan melalui wahyu kepada para Rasul dan diberikan kepada calon-calon yang keadaannya paling sesuai untuk misi pelayanan (lihat 24.3.3).
24.2.3
Misionari Senior
Semua misionari senior digalakkan untuk mencari orang untuk diajar dan membantu mereka bersedia untuk pembaptisan. Misionari senior juga boleh ditugaskan untuk menyokong:
-
Para ahli dan pemimpin kawasan dan tempatan.
-
Jabatan dan kemudahan Gereja.
-
Organisasi amal.
Misionari senior tidak diminta untuk bekerja mengikut jumlah masa yang sama, melakukan semua aktiviti yang sama, atau memenuhi jangkaan seperti misionari muda.
Tugasan misionari senior diberikan melalui wahyu kepada para Rasul. Calon-calon boleh menyatakan keutamaan untuk sesuatu tugas tetapi harus bersedia untuk menerima apa-apa tugasan.
24.2.4
Misionari Pelayanan Senior
Selain daripada panggilan dalam bahagian atau pancang mereka, ahli boleh melayani Tuhan sebagai misionari pelayanan senior. Misionari ini memberi pelayanan yang berharga dalam jabatan, kemudahan, dan misi Gereja (lihat 24.7.1). Mereka tinggal di rumah.
Para misionari pelayanan senior dipanggil oleh presiden pancang. Mereka melayani di bawah arahannya. Jumlah masa mereka layani setiap minggu bergantung pada kapasiti mereka, peluang pelayanan di kawasan mereka, dan arahan daripada Presidensi Kawasan.
24.2.5
Ringkasan Tugasan Misionari
Jadual berikut meringkaskan jenis tugasan misionari.
Misionari Pengajar Muda |
Misionari Pelayanan Muda |
Misionari Senior |
Misionari Pelayanan Senior | |
---|---|---|---|---|
Dipanggil oleh | Misionari Pengajar Muda Presiden Gereja | Misionari Pelayanan Muda Presiden Gereja | Misionari Senior Presiden Gereja | Misionari Pelayanan Senior Presiden pancang |
Ditugaskan oleh | Misionari Pengajar Muda Seorang Rasul | Misionari Pelayanan Muda Seorang Rasul | Misionari Senior Seorang Rasul | Misionari Pelayanan Senior Presiden pancang |
Ditetapkan oleh | Misionari Pengajar Muda Presiden pancang | Misionari Pelayanan Muda Presiden pancang | Misionari Senior Presiden pancang | Misionari Pelayanan Senior Presiden atau penasihat pancang |
Tinggal | Misionari Pengajar Muda Jauh dari tempat tinggal | Misionari Pelayanan Muda Di tempat tinggal | Misionari Senior Jauh dari atau di tempat tinggal | Misionari Pelayanan Senior Di tempat tinggal |
Pemimpin pengkhutbah | Misionari Pengajar Muda Presiden misi atau presiden tempat bersejarah | Misionari Pelayanan Muda Presiden pancang | Misionari Senior Presiden misi, bait suci, atau tempat bersejarah; atau Presiden Kawasan | Misionari Pelayanan Senior Presiden pancang |
Melapor kepada | Misionari Pengajar Muda Presiden misi atau presiden tempat bersejarah | Misionari Pelayanan Muda Pemimpin misi pelayanan | Misionari Senior Presiden misi, bait suci, atau tempat bersejarah; Presiden Kawasan; pengarah pusat pengunjung; atau pengurus jabatan atau kemudahan Gereja | Misionari Pelayanan Senior Pengurus tugasan pelayanan |
Syarat umur | Misionari Pengajar Muda 18–25 (lelaki) | Misionari Pelayanan Muda 18–25 (lelaki) | Misionari Senior 40 atau lebih tua jika berkahwin atau jika saudari bujang | Misionari Pelayanan Senior 26 atau lebih tua |
24.3
Bersedia dan Layak untuk Melayani Misi
Bakal misionari digalakkan untuk melayani misi kerana kasih mereka terhadap Tuhan dan anak-anak-Nya. Mereka harus tahu soalan temu duga rekomendasi misionari.
24.3.1
Berpaling kepada Yesus Kristus
Bakal misionari berusaha memperkuatkan penukaran hati mereka kepada Yesus Kristus dan injil-Nya yang dipulihkan.
24.3.2
Mencapai Standard Kelayakan
Bakal misionari berusaha untuk menjadi layak untuk penemanan Roh. Ini perlu untuk pelayanan misionari yang berkesan (lihat Ajaran dan Perjanjian 42:13–14).
24.3.2.1
Pertaubatan
Pertaubatan memerlukan iman terhadap Kristus, dengan niat yang betul dan mematuhi perintah. Ini termasuk mengaku dan meninggalkan dosa. Untuk dosa serius, pertaubatan memerlukan pengakuan kepada uskup atau presiden pancang.
Seseorang yang bertaubat diampuni dan dibersihkan melalui Korban Tebusan dan rahmat Yesus Kristus. Tuhan tidak mengingati dosa itu lagi. (Lihat Yesaya 43:25; Yakub 6:5; Alma 34:15–17; Helaman 5:10–11; Ajaran dan Perjanjian 58:42–43. Lihat juga 32.1 dalam buku panduan ini.)
Seorang calon misionari mesti telah bertaubat dari dosa yang serius sebelum presiden pancang boleh serah rekomendasi dia (lihat 32.6, lihat juga 24.4.4). Proses pertaubatan termasuk cukup masa bagi orang itu menunjukkan melalui kehidupan soleh bahawa dia telah menerima roh Kristus untuk pengampunan dosa-dosa.
24.3.3
Kesihatan Jasmani, Mental, dan Emosi
Kerja misionari adalah mencabarkan. Misionari pengajar muda mestilah komited dan secara jasmani, mental dan emosi boleh menjalankan jadual misionari sepenuhnya.
24.3.4
Kewangan
24.3.4.1
Membiayai Misionari Muda Yang Melayani Misi Jauh Dari Tempat Tinggal
Calon muda yang telah bersedia menurut kemampuan mereka tidak harus ditangguhkan dari melayani kerana kewangan. Mereka yang memerlukan bantuan kewangan untuk penuhi komitmen sumbangan yang diharapkan boleh meminta dari keluarga dan kawan-kawan yang terdekat.
Jika perlu, uskup atau presiden pancang boleh minta ahli di bahagian atau pancang untuk menyumbang kepada dana misionari bahagian.
Belanjawan unit tempatan dan dana sumbangan puasa tidak boleh digunakan.
Komitmen sumbangan bulanan. Misionari pengajar muda dan keluarga mereka menyumbang jumlah tertentu setiap bulan untuk bantu menampung kos program misionari.
Sumbangan dibuat kepada dana misionari bahagian. Uskup mengesahkan dana itu disumbangkan setiap bulan. Dana lebih dari amaun bulanan tidak harus disumbangkan terlebih dahulu. Dana yang disumbangkan terlebih dahulu tidak boleh dibayar balik jika seorang misionari pulang awal.
Perbelanjaan di misi. Setiap bulan, misionari muda menerima dana dari misi untuk tujuan makanan, pengangkutan dan perbelanjaan sara hidup yang lain. Dana ini adalah kudus. Misionari hanya menggunakannya untuk tujuan berkaitan misi. Ia tidak harus digunakan untuk perbelanjaan peribadi, tabungan, atau dikirim kepada ahli keluarga atau orang lain. Misionari mengembalikan kepada misi apa-apa dana yang mereka tidak perlukan.
Misionari menggunakan dana peribadi untuk tampung perbelanjaan lain. Perbelanjaan peribadi ini haruslah rendah. (Lihat Standard Misionari untuk Pengikut Yesus Kristus, 4.8.)
24.3.4.2
Membiayai Misionari Senior Yang Melayani Misi Jauh dari Tempat Tinggal
Komitmen sumbangan bulanan. Misionari senior yang melayani misi jauh dari tempat tinggal menyumbang kepada dana misionari bahagian mereka setiap bulan. Sumbangan ini bantu menampung kos perumahan dan kenderaan.
Uskup mengesahkan dana itu disumbangkan setiap bulan. Dana lebih dari amaun bulanan tidak harus disumbangkan terlebih dahulu.
Perbelanjaan tambahan. Tambahan kepada komitmen sumbangan bulanan, yang membantu menampung kos perumahan dan kenderaan, misionari senior mesti menanggung semua perbelanjaan lain, termasuk makanan.
24.3.4.3
Membiayai Misionari Yang Melayani di Kawasan Tempatan
Misionari yang melayani di kawasan tempatan bertanggungjawab untuk semua keperluan kewangan mereka.
24.3.4.4
Insurans dan Perbelanjaan Perubatan
Semua misionari digalakkan untuk mengekalkan insurans perubatan jika boleh, termasuk misionari pengajar muda.
Misionari yang melayani di kawasan tempatan mesti menyediakan perlindungan perubatan dan insurans sendiri. Misionari senior yang melayani misi jauh dari tempat tinggal juga mesti menyediakan perlindungan ini. Misionari senior yang akan melayani di luar negara mereka boleh memperoleh insurans melalui Rancangan Perubatan Pelayanan Senior.
24.3.5
Peranan Ahli Keluarga dan Pemimpin dalam Persediaan Misionari
Ahli keluarga, uskup dan pemimpin lain membantu remaja bersedia untuk melayani misi.
Ahli keluarga dan pemimpin menggalakkan semua calon misionari untuk mengkaji:
-
Kitab Mormon dan tulisan suci lain.
-
Safeguards for Using Technology.
Ahli keluarga dan pemimpin bantu semua calon bertekad untuk mengikuti standard misionari. Mereka menggalakkan calon untuk mengkaji buku panduan standard misionari yang berkaitan dengan tugasan mereka:
-
Untuk misionari pengajar muda: Missionary Standards for Disciples of Jesus Christ
24.4
Merekomenkan Misionari
24.4.1
Penilaian Kesihatan
Semua calon perlu mendapatkan penilaian perubatan profesional tentang kesihatan mereka.
24.4.2
Temu duga dan Borang Rekomen
Uskup dan presiden pancang mengadakan temu duga yang teliti, rohani dan menaikkan semangat setiap calon. Mereka menggunakan soalan temu duga rekomen misionari.
Uskup dan presiden pancang juga menyemak maklumat tentang standard kelayakan dan kesediaan kesihatan dalam Sistem Rekomen Dalam Talian Misionari. Uskup dan presiden pancang tidak menambah standard kelayakan. Mereka juga tidak mengubah soalan temu duga.
Jika uskup dan presiden pancang ada kebimbangan tentang seorang calon tentang standard kelayakan atau kesediaan kesihatannya, mereka berunding bersama dan dengan orang itu. Dengan keizinan calon muda, mereka juga boleh berunding dengan ibu bapanya. Uskup dan presiden pancang tidak serah rekomen sehingga orang itu telah bertaubat akan dosa yang serius (lihat 24.3.2.1). Bergantung pada kesihatan jasmani, mental, atau emosi orang itu, mereka boleh bincangkan kemungkinan ditugaskan sebagai misionari pelayanan.
Dalam kes mendesak apabila uskup atau presiden pancang tidak dapat buat, dia boleh membenarkan salah seorang penasihatnya untuk menjalankan temu duga ini.
Dalam daerah, presiden misi atau penasihat yang ditugaskan menemu duga dan merekomenkan calon misionari. Presiden daerah tidak menjalankan temu duga ini.
24.4.4
Mereka yang Tidak Dapat Melayani Sebagai Misionari Sepenuh Masa
Kadangkala ahli yang ingin melayani mungkin tidak dipanggil sebagai misionari sepenuh masa. Ini mungkin atas cabaran kesihatan, tidak memenuhi standard kelayakan, isu undang-undang, atau keadaan lain. Presiden pancang boleh kecualikan dia dari pelayanan misionari sepenuh masa.
24.5
Selepas Menerima Panggilan Misi
Misionari yang baru dipanggil digalakkan untuk membaca atau membaca semula Kitab Mormon sebelum memulakan misi mereka. Mereka mengikuti nasihat Raja Benyamin untuk “menjaga dirimu, dan fikiranmu, dan perkataan-perkataanmu, dan perbuatanmu” (Mosia 4:30).
24.5.1
Anugerahan Bait Suci dan Pelayanan Bait Suci
Jika misionari yang baru dipanggil belum menerima tatacara anugerahan bait suci, mereka harus mendapatkannya sebelum memulakan pelayanan misionari jika boleh (lihat Ajaran dan Perjanjian 43:15–16; 105:33). Ini termasuk misionari pelayanan jika keadaan mereka sesuai.
Misionari yang baru dipanggil yang telah dianugerahi boleh melayani sebagai pekerja tatacara bait suci sebelum mereka memulakan pelayanan misionari jika sesuai (lihat 25.5).
24.5.2
Pertemuan Sakramen
Lembaga uskup menjemput misionari yang baru dipanggil untuk berucap dalam pertemuan sakramen sebelum memulakan misi mereka. Ini adalah pertemuan sakramen yang biasa. Fokus haruslah pada sakramen dan Juruselamat.
24.5.3
Menetapkan Misionari
Presiden pancang tempatan menetapkan misionari dekat dengan tarikh mula misinya. Dalam kes yang mendesak apabila presiden pancang tidak dapat buat, dia boleh membenarkan salah seorang penasihatnya untuk menetapkan misionari.
Presiden misi atau salah seorang penasihatnya menetapkan misionari yang dipanggil dari daerah-daerah dalam misinya. Presiden daerah tidak menetapkan misionari.
Saudara yang akan melayani misi jauh dari tempat tinggal mesti menerima Imamat Melkisedek sebelum ditetapkan sebagai misionari. Saudara yang akan melayani sebagai misionari pelayanan harus memegang Imamat Melkisedek jika sesuai untuk keadaannya.
24.6
Pelayanan Jauh dari Tempat Tinggal
24.6.2
Di Misi
24.6.2.5
Memohon untuk Menyokong Orang Lain Secara Kewangan atau dengan Sekolah atau Imigrasi
Misionari dan keluarga mereka tidak harus memberi sokongan kewangan kepada mereka yang berdiam di kawasan misionari melayani, termasuk sokongan kewangan untuk persekolahan. Misionari dan keluarga mereka juga tidak boleh menaja imigrasi ke negara lain (lihat 38.8.19).
24.6.2.8
Rekod Keahlian dan Persepuluhan
Rekod keahlian misionari dikekalkan di bahagian negaranya. Bahagiannya juga mencatatkan status persepuluhan misionari. Misionari tidak membayar persepuluhan untuk dana sokongan yang mereka terima dari misi. Bagaimanapun, mereka bayar persepuluhan jika mereka ada pendapatan peribadi.
24.6.3
Pulang ke Rumah dari Misi
24.6.3.1
Pulang ke rumah dari Misi Seperti yang Dijadualkan
Misionari dan ahli keluarga mereka tidak harus memohon pelepasan awal atau lanjutan pelayanan untuk kemudahan peribadi.
Misionari muda harus balik terus ke rumah dari misi mereka. Perjalanan lain hanya boleh diluluskan jika misionari ditemani sekurang-kurangnya satu ibu atau bapa atau penjaga.
Misionari tidak dilepaskan misi sehingga mereka melapor kepada presiden pancang mereka. Mereka mengikut standard misionari sehingga dilepaskan misi.
24.6.3.2
Pulang ke Rumah Awal
Beberapa misionari dilepaskan awal atas faktor kesihatan, kelayakan atau sebab lain. Uskup dan presiden pancang memberi sokongan khas kepada para misionari ini. Pemimpin membantu mereka kembali sihat atau kembali untuk melayani jika boleh.
24,7
Misi Pelayanan
24.7.1
Mengenali Peluang untuk Misionari Pelayanan
Uskup, presiden pancang, dan misionari pelayanan saling berunding untuk mengenali peluang pelayanan tempatan. Bagi misionari pelayanan muda, seorang pemimpin misi pelayanan dan ibu bapa atau penjaga misionari menyertai perbincangan.
24.8
Selepas Pelayanan Misionari
24.8.2
Temu duga Pelepasan Misionari
Presiden pancang melepaskan para misionari dan menjalankan temu duga pelepasan. Dalam daerah, biasanya presiden misi atau penasihat yang ditugaskan melepaskan misionari.
Garis panduan temu duga berikut boleh membantu.
-
Galakkan mereka untuk terus menjadi pengikut Yesus Kristus sepanjang hidup.
-
Menasihati mereka untuk teruskan tabiat baik ketika seorang misionari.
-
Galakkan mereka untuk pertimbangkan dan bersedia untuk masa depan, termasuk pendidikan dan pekerjaan untuk misionari muda.
-
Galakkan mereka untuk sentiasa hidup layak untuk kad rekomen bait suci.
24.8.4
Panggilan
Pemimpin memberi tugasan pelayanan dan panggilan kepada para misionari yang baru dilepaskan. Ini termasuk pertimbangan sebagai pekerja tatacara bait suci jika sesuai (lihat 25.5).
24.9
Sumber untuk Rekomendasi dan Pelayanan Misionari
24.9.2
Laman web
-
MissionaryRecommendations.ChurchofJesusChrist.org (hanya tersedia untuk pemimpin tempatan dan calon misionari)