“29. Pertemuan di Gereja,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).
“29. Pertemuan di Gereja,” Pilihan dari Buku Panduan Umum
29.
Pertemuan di Gereja
29.0
Pengenalan
Orang Suci Zaman Akhir bertemu bersama untuk menyembah, meneguhkan sesama, dan mengajar dan belajar injil (lihat Alma 6:6; Moroni 6:5–6). Juruselamat menjanjikan, “Apabila dua atau tiga orang berkumpul kerana Aku, Aku pun di situ bersama-sama mereka” (Matius 18:20). Bertemu bersama adalah satu cara hati kita boleh “terkait bersama dalam perpaduan dan dalam kasih” (Mosia 18:21).
Bagaimanapun, pertemuan tidak harus menggantikan pelayanan seperti Yesus Kristus.
29.1
Merancang dan Mengendali Pertemuan
Pemimpin merancang dan mengendali pertemuan “sebagaimana mereka dituntun oleh Roh Kudus, menurut perintah-perintah dan wahyu-wahyu Tuhan” (Ajaran dan Perjanjian 20:45, lihat juga Moroni 6:9; Ajaran dan Perjanjian 46:2). Mereka mencari jalan untuk menjemput pengaruh Roh dalam pertemuan mereka.
Pemimpin memastikan jumlah dan tempoh pertemuan tidak membebankan ahli atau keluarga mereka.
29.2
Pertemuan Bahagian
29.2.1
Pertemuan Sakramen
29.2.1.1
Merancang Pertemuan Sakramen
Lembaga uskup merancang dan mengacara pertemuan sakramen. Mereka memastikan fokus pertemuan adalah pada sakramen dan membina iman kepada Yesus Kristus.
Pertemuan sakramen berlangsung selama satu jam. Ia termasuk yang berikut:
-
Muzik pendahuluan (lihat 19.3.2 untuk garis panduan).
-
Kata-kata aluan.
-
Penghargaan kepada penguasa pemimpin yang memimpin atau pemimpin lain yang melawat.
-
Pengumuman. Ini harus ringkas.
-
Urusan bahagian dan pancang, seperti berikut:
-
Penamaan dan pemberkatan anak (lihat 18.6). Ini biasanya dilakukan pada pertemuan puasa dan kesaksian (lihat 29.2.2).
-
Menetapkan penganut baru (lihat 18.8).
-
Lagu rohani sakramen dan pelaksanaan sakramen. Sakramen adalah fokus utama pertemuan itu. Tatacara ini adalah peluang untuk ahli untuk berfikir tentang Juruselamat dan pengorbanan-Nya untuk mereka.
Untuk maklumat lanjut tentang persediaan, berkat, dan pengedaran sakramen, lihat 18.9.
-
Pesanan injil dan nyanyian jemaah atau muzik lain.
-
Lagu rohani dan doa penutup.
-
Muzik penutupan.
29.2.1.4
Memilih Pembicara
Lembaga uskup memilih pembicara untuk pertemuan sakramen. Sering kali mereka menjemput ahli bahagian, termasuk remaja.
Para pembicara bersaksi tentang Yesus Kristus dan mengajar injil-Nya menggunakan tulisan suci (lihat Ajaran dan Perjanjian 42:12; 52:9).
29.2.2
Pertemuan Puasa dan Kesaksian
Dalam pertemuan puasa dan kesaksian, tidak ada pembicara yang ditugaskan atau pilihan muzik istimewa. Sebaliknya, pengacara memberi kesaksian yang ringkas. Dia kemudian menjemput ahli jemaah untuk memberi kesaksian mereka. Memberi kesaksian bermaksud mengisytiharkan kebenaran injil seperti yang Roh Kudus ilhamkan.
29.2.3
Persidangan Bahagian
29.2.4
Mesyuarat Lembaga Uskup
Hal penting untuk pertimbangan boleh termasuk:
-
Menyelaras kerja penyelamatan dan permuliaan di bahagian.
-
Menguatkan individu dan keluarga dalam bahagian—terutamanya remaja dan kanak-kanak.
-
Mengenal pasti ahli yang boleh bersedia untuk menerima tatacara, termasuk pentahbisan imamat.
-
Mengenal pasti ahli untuk panggilan bahagian.
29.2.5
Mesyuarat Majlis Bahagian
Uskup merancang, memimpin, dan mengadakan mesyuarat majlis bahagian. Majlis tidak membuat keputusan besar tanpa uskup.
Pemimpin organisasi bahagian menghadiri mesyuarat majlis bahagian dalam dua keupayaan:
-
Sebagai ahli majlis bahagian yang membantu memberkati semua ahli bahagian.
-
Sebagai wakil organisasi mereka.
Apabila mereka bertemu bersama, ahli majlis bahagian membincangkan hal-hal yang akan berguna dari usaha bersatu seluruh majlis. Setiap ahli majlis digalakkan untuk berkongsi fikiran dan ilham mereka tentang hal-hal ini.
Pertemuan majlis bahagian biasanya tidak berlangsung lebih daripada satu jam. Ia mula dengan doa dan laporan ringkas tentang tugasan dari pertemuan sebelumnya. Uskup mengutamakan hal-hal yang paling perlu untuk memberkati individu dan keluarga.
-
Menjalankan injil Yesus Kristus. Membantu semua ahli membina iman, menerima tatacara penyelamatan, dan mentaati perjanjian mereka.
-
Menjaga orang yang memerlukan. Berkongsi sumber dan kemahiran untuk memberkati individu, keluarga, dan komuniti. Membantu ahli bahagian untuk berdikari. (Lihat bab 22.)
-
Menjemput semua untuk menerima injil. Menyemak kemajuan mereka yang belajar tentang injil, dan juga ahli baru dan yang kembali. Bincangkan cara ahli boleh berkongsi injil dengan orang lain. (Lihat bab 23.)
-
Menyatukan keluarga untuk keabadian. Semak kemajuan ahli yang bersedia untuk menerima tatacara bait suci. Rancang cara untuk membantu lebih ramai ahli layak untuk kad rekomen bait suci. Bincang cara ahli boleh terlibat dalam kerja bait suci dan sejarah keluarga. (Lihat bab 25.)
Ahli majlis mesti pastikan maklumat peribadi atau sensitif itu sulit (lihat 4.4.6).
29.2.6
Mesyuarat Majlis Remaja Bahagian
Sebelum setiap mesyuarat, uskup dan pengacara semak semula hal-hal yang akan dibincangkan.
-
Pekerjaan penyelamatan dan permuliaan.
-
Keperluan remaja dalam bahagian dan cara menanganinya.
-
Usaha untuk menjangkau remaja yang kurang aktif atau ahli baru.
-
Aktiviti, termasuk peluang untuk melayani mereka yang memerlukan. Kebanyakan rancangan dilakukan dalam pertemuan presidensi kuorum atau kelas (lihat bab 20).
-
Pelayanan (lihat bab 21).
-
Melatih presidensi kuorum dan kelas yang baru dipanggil.
29.2.8
Jadual untuk Pertemuan Hari Ahad
Bahagian memilih salah satu jadual dua jam berikut untuk pertemuan hari Ahad.
Rancangan 1
60 minit |
Pertemuan sakramen |
---|---|
10 minit |
Peralihan ke kelas dan pertemuan |
50 minit |
Semua Hari Ahad: Sekolah Primer, termasuk nurseri Ahad pertama dan ketiga bulanan: Sekolah Minggu Ahad Kedua dan keempat: pertemuan kuorum imamat, pertemuan Lembaga Pertolongan, dan pertemuan Remaja Puteri Ahad kelima: pertemuan untuk remaja dan orang dewasa. Lembaga uskup menentukan topik dan menugaskan pengajar. |
Rancangan 2
50 minit |
Semua Hari Ahad: Sekolah Primer, termasuk nurseri Ahad pertama dan ketiga bulanan: Sekolah Minggu Ahad Kedua dan keempat: pertemuan kuorum imamat, pertemuan Lembaga Pertolongan, dan pertemuan Remaja Puteri Ahad kelima: pertemuan untuk remaja dan orang dewasa. Lembaga uskup menentukan topik dan menugaskan pengajar. |
---|---|
10 minit |
Peralihan ke pertemuan sakramen |
60 minit |
Pertemuan sakramen |
29.3
Pertemuan Pancang
29.3.1
Persidangan Pancang
29.3.2
Pertemuan Umum Imamat Pancang
29.3.3
Pertemuan Kepimpinan Imamat Pancang
29.3.4
Pertemuan Kepimpinan Pancang
29.3.5
Pertemuan Kuorum Imam Tinggi Pancang
29.3.6
Pertemuan Presidensi Pancang
29.3.7
Pertemuan Majlis Tinggi
29.3.8
Pertemuan Majlis Pancang
29.3.9
Pertemuan Jawatankuasa Kepimpinan Dewasa Pancang
29.3.10
Pertemuan Jawatankuasa Kepimpinan Remaja Pancang
29.3.11
Pertemuan Majlis Uskup Pancang
29.5
Pengebumian dan Perkhidmatan Lain bagi Orang Mati
29.5.1
Asas-asas Umum
Tujuan penting perkhidmatan Gereja bagi orang mati adalah untuk bersaksi tentang rancangan keselamatan, terutamanya Korban Tebusan dan Kebangkitan Juruselamat. Perkhidmatan ini haruslah dibuat dengan pengalaman bermaruah dan rohani.
Para pemimpin Gereja tidak seharusnya memasukkan ibadat agama atau kumpulan lain dalam perkhidmatan Gereja bagi orang mati.
29.5.2
Memberi Bantuan kepada Keluarga
Sebagai pengikut Yesus Kristus, para pemimpin dan ahli Gereja “berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa … dan menghibur mereka yang memerlukan penghiburan” (Mosia 18:9). Apabila seorang ahli meninggal, uskup melawat keluarga itu untuk memberi penghiburan.
Uskup menawarkan bantuan ahli bahagian, termasuk kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan.
29.5.4
Majlis Pengebumian (Menurut Adat)
Pengebumian yang diacarakan oleh uskup, sama ada di bangunan Gereja atau tempat lain, adalah pertemuan Gereja dan pelayanan keagamaan. Ia haruslah menjadi acara rohani.
Pengebumian harus mula tepat pada masa. Umumnya, ia tidak seharusnya berlangsung lebih dari 1.5 jam, sebagai ihsan kepada hadirin.
Majlis pengebumian biasanya tidak diadakan pada hari Ahad.
29.6
Doa dalam Pertemuan Gereja
Doa dalam pertemuan Gereja haruslah ringkas, mudah, dan diarahkan oleh Roh. Ahli Gereja yang telah dibaptiskan boleh ucapkan doa pembukaan dan penutupan. Kanak-kanak yang belum dibaptiskan boleh berdoa di Sekolah Primer.
29.7
Pertemuan Siaran dan Mengadakan Pertemuan Virtual
Uskup boleh, sebagai pengecualian, membenarkan siaran langsung pertemuan sakramen dan pengebumian dan perkahwinan yang diadakan di bangunan gereja.
Siaran langsung pertemuan sakramen tidak termasuk pelaksanaan sakramen.
Untuk sesetengah pertemuan, uskup atau presiden pancang boleh membenarkan ahli yang tidak dapat hadiri secara fizikal untuk terlibat secara virtual. Pertemuan ini termasuk:
-
Pertemuan kepimpinan, seperti pertemuan presidensi atau majlis.
-
Pertemuan kuorum, Lembaga Pertolongan, dan Remaja Puteri.
-
Kelas Sekolah Minggu.
-
Kelas Sekolah Primer dan waktu menyanyi.