Buku Panduan dan Panggilan
25. Kerja Bait Suci dan Sejarah Keluarga dalam Bahagian dan Pancang


“25. Kerja Bait Suci dan Sejarah Keluarga dalam Bahagian dan Pancang,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“25. Kerja Bait Suci dan Sejarah Keluarga dalam Bahagian dan Pancang,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

Imej
bait suci

25.

Kerja Bait Suci dan Sejarah Keluarga dalam Bahagian dan Pancang

25.0

Pengenalan

Kerja bait suci dan sejarah keluarga adalah cara untuk menyatukan dan memeteraikan keluarga untuk keabadian (lihat Matius 16:19). Kerja ini termasuk:

Maklumat lanjut ada di “Temples” dan “Family History” (Gospel Topics, topics.ChurchofJesusChrist.org).

25.1

Penglibatan Ahli dan Pemimpin dalam Kerja Bait Suci dan Sejarah Keluarga

Ahli Gereja ada peluang dan tanggungjawab untuk bantu menyatukan keluarga mereka untuk keabadian. Mereka sediakan diri untuk membuat perjanjian semasa mereka menerima tatacara bait suci, dan mereka berusaha untuk mentaati perjanjian tersebut.

Ahli Gereja digalakkan untuk cari saudara-mara mereka yang telah mati yang belum menerima tatacara bait suci. Ahli kemudian membuat tatacara bagi pihak saudara-mara itu (lihat Ajaran dan Perjanjian 128:18). Di dunia roh, individu yang telah mati boleh pilih untuk menerima atau menolak tatacara yang telah dibuat untuk mereka.

25.1.1

Tanggungjawab Individu untuk Kehadiran Bait Suci

Ahli sendiri menentukan bila dan seberapa kerap untuk menyembah di bait suci. Pemimpin tidak tetapkan kuota atau sistem laporan untuk kehadiran bait suci.

25.2

Mengatur Kerja Bait Suci dan Sejarah Keluarga dalam Bahagian

25.2.1

Lembaga Uskup

Lembaga uskup bekerjasama dengan presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan dalam memimpin usaha bait suci dan sejarah keluarga bahagian. Mereka kerap berunding bersama.

Lembaga uskup juga ada tanggungjawab berikut untuk kerja bait suci dan sejarah keluarga dalam bahagian:

  • Pastikan ajaran dan berkat kerja bait suci dan sejarah keluarga diajar di gereja.

  • Pastikan kerja bait suci dan sejarah keluarga diselaraskan dalam pertemuan majlis bahagian dan pertemuan majlis remaja bahagian.

  • Menyelia kursus persediaan bait suci (lihat 25.2.8).

  • Keluarkan kad rekomen bait suci (lihat bab 26).

25.2.2

Presidensi Kuorum Penatua dan Lembaga Pertolongan

Presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan memimpin usaha harian bait suci dan sejarah keluarga dalam bahagian (lihat 8.2.4 dan 9.2.4). Mereka bekerjasama untuk memimpin usaha ini bersama majlis bahagian, di bawah penyelarasan uskup.

Mereka ada tanggungjawab berikut:

  • Bantu ahli bersedia untuk menerima tatacara bait suci dan membuat perjanjian bait suci.

  • Galakkan ahli untuk menyembah di bait suci sekerap yang boleh.

  • Galakkan ahli untuk belajar tentang nenek moyang mereka dan buat tatacara bait suci bagi pihak mereka.

  • Memimpin usaha pemimpin bait suci dan sejarah keluarga bahagian. Jika pemimpin ini tidak dipanggil, seorang ahli presidensi kuorum penatua memenuhi peranan ini (lihat 25.2.3).

Presiden kuorum penatua dan Presiden Lembaga Pertolongan tugaskan seorang ahli presidensi untuk bantu memimpin kerja bait suci dan sejarah keluarga dalam bahagian. Dua ahli presidensi ini bekerjasama. Mereka menghadiri mesyuarat penyelarasan bait suci dan sejarah keluarga bahagian (lihat 25.2.7).

25.2.3

Pemimpin Bait Suci dan Sejarah Keluarga Bahagian

Lembaga uskup berunding dengan presiden pancang untuk tentukan sama ada untuk memanggil pemimpin bait suci dan sejarah keluarga bahagian atau tidak. Orang ini haruslah seorang pemegang Imamat Melkisedek.

Pemimpin bait suci dan sejarah keluarga bahagian menyokong presidensi kuorum penatua dan presidensi Lembaga Pertolongan dalam tanggungjawab bait suci dan sejarah keluarga mereka. Dia juga ada tanggungjawab berikut:

  • Memimpin mesyuarat penyelarasan bait suci dan sejarah keluarga bahagian (lihat 25.2.7).

  • Mengarah perunding bait suci dan sejarah keluarga bahagian. Menyelaras usaha mereka untuk bantu kerja bait suci dan sejarah keluarga para ahli.

  • Bekerjasama dengan pemimpin misi bahagian dan para misionari untuk bantu mereka yang mempelajari injil, ahli baharu, dan ahli yang kembali terlibat dalam kerja bait suci dan sejarah keluarga.

25.2.4

Perunding Bait Suci dan Sejarah Keluarga Bahagian

Perunding bait suci dan sejarah keluarga bahagian melayani di bawah arahan pemimpin bait suci dan sejarah keluarga bahagian atau ahli presidensi kuorum penatua yang memenuhi peranan ini. Lembaga uskup memanggil ahli-ahli ini untuk melayani. Orang dewasa dan remaja boleh dipanggil.

Perunding ada tanggungjawab berikut:

  • Bantu ahli mengalami berkat mencari nenek moyang mereka dan membuat tatacara bait suci bagi pihak mereka.

  • Bantu ahli bersedia untuk menerima tatacara bait suci dan membuat perjanjian bait suci.

  • Terlibat dalam pertemuan penyelarasan bait suci dan sejarah keluarga (lihat 25.2.7).

25.2.7

Mesyuarat Penyelarasan Bait Suci dan Sejarah Keluarga Bahagian

Mesyuarat penyelarasan bait suci dan sejarah keluarga yang singkat diadakan secara kerap. Jika pemimpin bait suci dan sejarah keluarga bahagian dipanggil, dia mengendalikan mesyuarat ini. Jika tidak, ahli presidensi kuorum penatua akan memenuhi peranan ini.

Orang lain yang dijemput termasuk:

  • Ahli Lembaga Pertolongan dan presidensi kuorum penatua yang ditugaskan.

  • Seorang penolong dalam kuorum imam.

  • Seorang ahli presidensi kelas Remaja Puteri yang paling dewasa.

  • Konsultan Bait suci dan Sejarah Keluarga

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk:

  • Merancang cara untuk membantu ahli bahagian tertentu tentang kerja bait suci dan sejarah keluarga mereka seperti yang diminta.

Mesyuarat ini boleh diadakan secara bersemuka atau dari jauh. Penyelarasan juga boleh dibuat dalam cara lain, termasuk panggilan telefon, teks, dan e-mel.

25.2.8

Kursus Persediaan Bait Suci

Di bawah arahan uskup, kursus persediaan bait suci boleh diatur untuk bantu ahli bersedia membuat perjanjian semasa mereka menerima tatacara bait suci. Kursus ini diadakan di luar masa pertemuan hari Ahad biasa pada masa yang ahli senang. Ia boleh diadakan di bangunan gereja atau di rumah.

Pelajaran dan arahan untuk mengatur kursus ada dalam Endowed from on High: Temple Preparation Seminar Teacher’s Manual. Peserta diberikan salinan Preparing to Enter the Holy Temple. Untuk sumber pengkajian dan pengajaran peribadi, lihat temples.ChurchofJesusChrist.org.

25.4

Sumber Sejarah Keluarga

25.4.1

Keluarga Saya: Kisah-Kisah Yang Menyatukan Kita

Keluarga Saya: Kisah-Kisah Yang Menyatukan Kita membantu orang mencari saudara-mara dan nenek moyang dan mengumpulkan cerita mereka. Buku kecil ini juga boleh membantu ahli mula menyediakan nama ahli keluarga untuk tatacara bait suci.

Risalah ini boleh dimuat turun di ChurchofJesusChrist.org. Salinan cetakan boleh dipesan di store.ChurchofJesusChrist.org.

25.4.2

FamilySearch.org dan Aplikasi FamilySearch

FamilySearch.org adalah laman web Gereja untuk kerja bait suci dan sejarah keluarga. Ia boleh membantu pengguna:

  • Bina perhubungan sejarah keluarga.

  • Cari nenek moyang dan cerita mereka.

  • Kongsi dan memelihara cerita keluarga, gambar dan sejarah.

  • Sediakan nama keluarga untuk tatacara bait suci.

Aplikasi FamilySearch Tree dan FamilySearch Memories membolehkan orang ramai untuk terlibat dalam kerja bait suci dan sejarah keluarga dari peranti mudah alih.

25.5

Merekomen dan Memanggil Pekerja Bait Suci

25.5.1

Merekomen Pekerja Bait Suci

Pekerja bait suci yang berpotensi dikenal pasti melalui cara berikut:

  • Ahli yang uskup atau pemimpin bahagian yang lain kenal pasti

  • Ahli yang beritahu uskup mahu melayani

  • Ahli yang presiden bait suci, matron, atau pemimpin bait suci yang lain cadangkan

  • Ahli yang sedang bersedia atau baru kembali dari pelayanan misionari (lihat bab 24)

Nama potensi pekerja bait suci dihantar menggunakan alat Rekomen Pekerja Bait Suci. Alat ini tersedia untuk uskup, presiden pancang dan presidensi bait suci.

Cetak