Buku Panduan dan Panggilan
29. Pertemuan di Gereja


“29. Pertemuan di Gereja,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).

“29. Pertemuan di Gereja,” Pilihan dari Buku Panduan Umum

ibu dan anak di pertemuan sakramen

29.

Pertemuan di Gereja

29.0

Pengenalan

Orang Suci Zaman Akhir bertemu bersama untuk menyembah, meneguhkan sesama, dan mengajar dan belajar injil (lihat Alma 6:6; Moroni 6:5–6). Juruselamat menjanjikan, “Apabila dua atau tiga orang berkumpul kerana Aku, Aku pun di situ bersama-sama mereka” (Matius 18:20). Bertemu bersama adalah satu cara hati kita boleh “terkait bersama dalam perpaduan dan dalam kasih” (Mosia 18:21).

Bagaimanapun, pertemuan tidak harus menggantikan pelayanan seperti Yesus Kristus.

29.1

Merancang dan Mengendali Pertemuan

Pemimpin merancang dan mengendali pertemuan “sebagaimana mereka dituntun oleh Roh Kudus, menurut perintah-perintah dan wahyu-wahyu Tuhan” (Ajaran dan Perjanjian 20:45, lihat juga Moroni 6:9; Ajaran dan Perjanjian 46:2). Mereka mencari jalan untuk menjemput pengaruh Roh dalam pertemuan mereka.

Pemimpin memastikan jumlah dan tempoh pertemuan tidak membebankan ahli atau keluarga mereka.

29.2

Pertemuan Bahagian

29.2.1

Pertemuan Sakramen

29.2.1.1

Merancang Pertemuan Sakramen

Lembaga uskup merancang dan mengacara pertemuan sakramen. Mereka memastikan fokus pertemuan adalah pada sakramen dan membina iman kepada Yesus Kristus.

Pertemuan sakramen berlangsung selama satu jam. Ia termasuk yang berikut:

  1. Muzik pendahuluan (lihat 19.3.2 untuk garis panduan).

  2. Kata-kata aluan.

  3. Penghargaan kepada penguasa pemimpin yang memimpin atau pemimpin lain yang melawat.

  4. Pengumuman. Ini harus ringkas.

  5. Lagu rohani dan doa pembukaan. Lihat 19.3.2 dan 29.6.

  6. Urusan bahagian dan pancang, seperti berikut:

    • Menyokong dan melepaskan pegawai dan pengajar (lihat 30.3 dan 30.6).

    • Persembahkan nama saudara untuk ditahbiskan ke jawatan dalam Imamat Harun (lihat 18.10.3).

    • Mengalu-alukan ahli baharu bahagian, termasuk penganut baru.

  7. Penamaan dan pemberkatan anak (lihat 18.6). Ini biasanya dilakukan pada pertemuan puasa dan kesaksian (lihat 29.2.2).

  8. Menetapkan penganut baru (lihat 18.8).

  9. Lagu rohani sakramen dan pelaksanaan sakramen. Sakramen adalah fokus utama pertemuan itu. Tatacara ini adalah peluang untuk ahli untuk berfikir tentang Juruselamat dan pengorbanan-Nya untuk mereka.

    Untuk maklumat lanjut tentang persediaan, berkat, dan pengedaran sakramen, lihat 18.9.

  10. Pesanan injil dan nyanyian jemaah atau muzik lain.

  11. Lagu rohani dan doa penutup.

  12. Muzik penutupan.

29.2.1.4

Memilih Pembicara

Lembaga uskup memilih pembicara untuk pertemuan sakramen. Sering kali mereka menjemput ahli bahagian, termasuk remaja.

Para pembicara bersaksi tentang Yesus Kristus dan mengajar injil-Nya menggunakan tulisan suci (lihat Ajaran dan Perjanjian 42:12; 52:9).

29.2.2

Pertemuan Puasa dan Kesaksian

Dalam pertemuan puasa dan kesaksian, tidak ada pembicara yang ditugaskan atau pilihan muzik istimewa. Sebaliknya, pengacara memberi kesaksian yang ringkas. Dia kemudian menjemput ahli jemaah untuk memberi kesaksian mereka. Memberi kesaksian bermaksud mengisytiharkan kebenaran injil seperti yang Roh Kudus ilhamkan.

29.2.3

Persidangan Bahagian

29.2.4

Mesyuarat Lembaga Uskup

Hal penting untuk pertimbangan boleh termasuk:

  • Menyelaras kerja penyelamatan dan permuliaan di bahagian.

  • Menguatkan individu dan keluarga dalam bahagian—terutamanya remaja dan kanak-kanak.

  • Mengenal pasti ahli yang boleh bersedia untuk menerima tatacara, termasuk pentahbisan imamat.

  • Mengenal pasti ahli untuk panggilan bahagian.

29.2.5

Mesyuarat Majlis Bahagian

Uskup merancang, memimpin, dan mengadakan mesyuarat majlis bahagian. Majlis tidak membuat keputusan besar tanpa uskup.

Pemimpin organisasi bahagian menghadiri mesyuarat majlis bahagian dalam dua keupayaan:

  1. Sebagai ahli majlis bahagian yang membantu memberkati semua ahli bahagian.

  2. Sebagai wakil organisasi mereka.

Apabila mereka bertemu bersama, ahli majlis bahagian membincangkan hal-hal yang akan berguna dari usaha bersatu seluruh majlis. Setiap ahli majlis digalakkan untuk berkongsi fikiran dan ilham mereka tentang hal-hal ini.

Pertemuan majlis bahagian biasanya tidak berlangsung lebih daripada satu jam. Ia mula dengan doa dan laporan ringkas tentang tugasan dari pertemuan sebelumnya. Uskup mengutamakan hal-hal yang paling perlu untuk memberkati individu dan keluarga.

  • Menjalankan injil Yesus Kristus. Membantu semua ahli membina iman, menerima tatacara penyelamatan, dan mentaati perjanjian mereka.

  • Menjaga orang yang memerlukan. Berkongsi sumber dan kemahiran untuk memberkati individu, keluarga, dan komuniti. Membantu ahli bahagian untuk berdikari. (Lihat bab 22.)

  • Menjemput semua untuk menerima injil. Menyemak kemajuan mereka yang belajar tentang injil, dan juga ahli baru dan yang kembali. Bincangkan cara ahli boleh berkongsi injil dengan orang lain. (Lihat bab 23.)

  • Menyatukan keluarga untuk keabadian. Semak kemajuan ahli yang bersedia untuk menerima tatacara bait suci. Rancang cara untuk membantu lebih ramai ahli layak untuk kad rekomen bait suci. Bincang cara ahli boleh terlibat dalam kerja bait suci dan sejarah keluarga. (Lihat bab 25.)

Ahli majlis mesti pastikan maklumat peribadi atau sensitif itu sulit (lihat 4.4.6).

4:37

29.2.6

Mesyuarat Majlis Remaja Bahagian

Sebelum setiap mesyuarat, uskup dan pengacara semak semula hal-hal yang akan dibincangkan.

  • Pekerjaan penyelamatan dan permuliaan.

  • Keperluan remaja dalam bahagian dan cara menanganinya.

  • Usaha untuk menjangkau remaja yang kurang aktif atau ahli baru.

  • Aktiviti, termasuk peluang untuk melayani mereka yang memerlukan. Kebanyakan rancangan dilakukan dalam pertemuan presidensi kuorum atau kelas (lihat bab 20).

  • Pelayanan (lihat bab 21).

  • Melatih presidensi kuorum dan kelas yang baru dipanggil.

29.2.8

Jadual untuk Pertemuan Hari Ahad

Bahagian memilih salah satu jadual dua jam berikut untuk pertemuan hari Ahad.

Rancangan 1

60 minit

Pertemuan sakramen

10 minit

Peralihan ke kelas dan pertemuan

50 minit

Semua Hari Ahad: Sekolah Primer, termasuk nurseri

Ahad pertama dan ketiga bulanan: Sekolah Minggu

Ahad Kedua dan keempat: pertemuan kuorum imamat, pertemuan Lembaga Pertolongan, dan pertemuan Remaja Puteri

Ahad kelima: pertemuan untuk remaja dan orang dewasa. Lembaga uskup menentukan topik dan menugaskan pengajar.

Rancangan 2

50 minit

Semua Hari Ahad: Sekolah Primer, termasuk nurseri

Ahad pertama dan ketiga bulanan: Sekolah Minggu

Ahad Kedua dan keempat: pertemuan kuorum imamat, pertemuan Lembaga Pertolongan, dan pertemuan Remaja Puteri

Ahad kelima: pertemuan untuk remaja dan orang dewasa. Lembaga uskup menentukan topik dan menugaskan pengajar.

10 minit

Peralihan ke pertemuan sakramen

60 minit

Pertemuan sakramen

29.3

Pertemuan Pancang

29.3.1

Persidangan Pancang

29.3.2

Pertemuan Umum Imamat Pancang

29.3.3

Pertemuan Kepimpinan Imamat Pancang

29.3.4

Pertemuan Kepimpinan Pancang

29.3.5

Pertemuan Kuorum Imam Tinggi Pancang

29.3.6

Pertemuan Presidensi Pancang

29.3.7

Pertemuan Majlis Tinggi

29.3.8

Pertemuan Majlis Pancang

29.3.9

Pertemuan Jawatankuasa Kepimpinan Dewasa Pancang

29.3.10

Pertemuan Jawatankuasa Kepimpinan Remaja Pancang

29.3.11

Pertemuan Majlis Uskup Pancang

29.5

Pengebumian dan Perkhidmatan Lain bagi Orang Mati

29.5.1

Asas-asas Umum

Tujuan penting perkhidmatan Gereja bagi orang mati adalah untuk bersaksi tentang rancangan keselamatan, terutamanya Korban Tebusan dan Kebangkitan Juruselamat. Perkhidmatan ini haruslah dibuat dengan pengalaman bermaruah dan rohani.

Para pemimpin Gereja tidak seharusnya memasukkan ibadat agama atau kumpulan lain dalam perkhidmatan Gereja bagi orang mati.

29.5.2

Memberi Bantuan kepada Keluarga

Sebagai pengikut Yesus Kristus, para pemimpin dan ahli Gereja “berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa … dan menghibur mereka yang memerlukan penghiburan” (Mosia 18:9). Apabila seorang ahli meninggal, uskup melawat keluarga itu untuk memberi penghiburan.

Uskup menawarkan bantuan ahli bahagian, termasuk kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan.

29.5.4

Majlis Pengebumian (Menurut Adat)

Pengebumian yang diacarakan oleh uskup, sama ada di bangunan Gereja atau tempat lain, adalah pertemuan Gereja dan pelayanan keagamaan. Ia haruslah menjadi acara rohani.

Pengebumian harus mula tepat pada masa. Umumnya, ia tidak seharusnya berlangsung lebih dari 1.5 jam, sebagai ihsan kepada hadirin.

Majlis pengebumian biasanya tidak diadakan pada hari Ahad.

29.6

Doa dalam Pertemuan Gereja

Doa dalam pertemuan Gereja haruslah ringkas, mudah, dan diarahkan oleh Roh. Ahli Gereja yang telah dibaptiskan boleh ucapkan doa pembukaan dan penutupan. Kanak-kanak yang belum dibaptiskan boleh berdoa di Sekolah Primer.

29.7

Pertemuan Siaran dan Mengadakan Pertemuan Virtual

Uskup boleh, sebagai pengecualian, membenarkan siaran langsung pertemuan sakramen dan pengebumian dan perkahwinan yang diadakan di bangunan gereja.

Siaran langsung pertemuan sakramen tidak termasuk pelaksanaan sakramen.

Untuk sesetengah pertemuan, uskup atau presiden pancang boleh membenarkan ahli yang tidak dapat hadiri secara fizikal untuk terlibat secara virtual. Pertemuan ini termasuk:

  • Pertemuan kepimpinan, seperti pertemuan presidensi atau majlis.

  • Pertemuan kuorum, Lembaga Pertolongan, dan Remaja Puteri.

  • Kelas Sekolah Minggu.

  • Kelas Sekolah Primer dan waktu menyanyi.