“31. Temu duga dan Pertemuan Lain dengan Ahli,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).
“31. Temu duga dan Pertemuan Lain dengan Ahli,” Pilihan dari Buku Panduan Umum
31.
Temu duga dan Pertemuan Lain dengan Ahli
31.0
Pengenalan
Yesus Kristus sering melayani orang lain satu demi satu (lihat, contohnya, Yohanes 4:5–26; 3 Nefi 17:21). Dia mengasihi setiap anak Tuhan. Dia membantu mereka secara individu.
Bab ini dapat membantu semua pemimpin yang berpeluang untuk bertemu dengan ahli secara individu.
31.1
Asas-asas Bimbingan
31.1.1
Bersedia secara Rohani
Sediakan diri anda secara rohani melalui doa, pembelajaran tulisan suci, dan kehidupan soleh. Dengarkan bisikan Roh Kudus.
31.1.2
Bantu Ahli Merasakan Kasih Tuhan
Apabila ahli berjumpa anda untuk temu duga atau untuk bantuan cabaran peribadi, seringkali apa yang mereka perlukan adalah untuk tahu bahawa Bapa Syurgawi mengasihi mereka.
Tulisan suci dan kata-kata para nabi zaman akhir menjemput Roh dan mengajar ajaran yang suci. Gunakan ia untuk mengilhami dan menggalakkan, tidak menghukum, memaksa atau menakutkan (lihat Lukas 9:56).
31.1.3
Bantu Ahli Mendekati Kuasa Juruselamat
Galakkan ahli untuk berpaling kepada-Nya. Bantu mereka mendekati kuasa-Nya untuk kekuatan, penghiburan dan penebusan.
31.1.4
Bantu Ahli Merasa Selesa dan Selamat
Sentiasa beri ahli pilihan untuk ada seorang teman semasa temu duga atau pertemuan. Apabila bertemu dengan seorang ahli yang bertentangan jantina, seorang kanak-kanak, atau remaja, pastikan seorang ibu bapa atau orang dewasa lain hadir. Dia boleh menyertai pertemuan atau tunggu di luar bilik, bergantung kepada pilihan ahli yang anda temui.
Jangan berkongsi maklumat sulit dengan sesiapa pun—termasuk pasangan anda atau pemimpin Gereja lain—kecuali ahli itu memberi kebenaran.
31.1.5
Tanya Soalan Berilham dan Dengar dengan Teliti
Apabila bertemu dengan seorang ahli, tanya soalan yang membantu anda fahami situasinya.
Semasa ahli sedang bercakap, dengar dengan teliti dan penuh perhatian.
31.1.6
Menggalakkan Keberdikarian
Kerana kasih anda terhadap ahli, anda mungkin ingin segera tawarkan penyelesaian kepada masalah mereka. Namun, anda akan lebih memberkati mereka dengan membantu mereka mencari penyelesaian mereka sendiri dan membuat keputusan mereka sendiri (lihat Ajaran dan Perjanjian 9:8).
31.1.7
Menyokong Usaha untuk Bertaubat
Hanya uskup atau presiden pancang boleh bantu seseorang menyelesaikan dosa serius. Beberapa di antara ini disenaraikan dalam 32.6. Jika ahli itu telah melakukan dosa-dosa ini, dia harus segera bertemu dengan uskup atau presiden pancang.
31.1.8
Bertindak dengan Sesuai Terhadap Penderaan
Penderaan tidak boleh diterima dalam apa jua bentuk. Pandang serius terhadap laporan penderaan. Jika anda ketahui seseorang telah didera, laporkan penderaan itu kepada penguasa awam dan berunding dengan uskup. Garis panduan untuk melapor dan bertindak terhadap penderaan ada dalam 38.6.2.
31.2
Temu Duga
31.2.1
Tujuan Temu Duga
Secara umum, pemimpin Gereja menemu duga ahli untuk menentukan jika mereka:
-
Bersedia untuk menerima atau terlibat dalam satu tatacara.
-
Akan diberi panggilan dalam Gereja.
31.2.2
Jenis Temu Duga
Siapa yang boleh menjalankan temu duga |
Tujuan temu duga |
---|---|
Siapa yang boleh menjalankan temu duga Uskup sahaja | Tujuan temu duga
|
Siapa yang boleh menjalankan temu duga Uskup atau penasihat yang dia tugaskan | Tujuan temu duga
|
31.2.3
Temu Duga Pembaptisan dan Penetapan
31.2.3.1
Kanak-kanak yang Merupakan Ahli Rekod
Uskup memegang kunci-kunci imamat untuk membaptiskan ahli rekod yang berumur 8 tahun dalam bahagiannya. Untuk ini, dia atau seorang penasihat yang ditugaskan menemu duga orang berikut untuk pembaptisan:
-
Kanak-kanak berumur 8 tahun yang merupakan ahli rekod.
-
Kanak-kanak yang berumur 8 tahun bukan ahli rekod tetapi ada seorang ibu bapa atau penjaga yang merupakan seorang ahli.
-
Ahli rekod yang berumur 9 tahun dan ke atas yang pembaptisannya telah ditunda kerana kurang upaya intelektual.
Dalam temu duga itu, ahli lembaga uskup memastikan kanak-kanak memahami tujuan pembaptisan (lihat 2 Nefi 31:5–20). Dia juga memastikan kanak-kanak memahami perjanjian pembaptisan dan komited untuk menjalankannya (lihat Mosia 18:8–10). Dia tidak perlu guna senarai soalan tertentu. Ini bukan temu duga untuk menentukan kelayakan, kerana “anak-anak kecil tidak memerlukan pertaubatan” (Moroni 8:11).
31.2.3.2
Penganut Baru
Presiden misi pegang kunci-kunci imamat untuk membaptiskan penganut baru. Untuk ini, misionari sepenuh masa menemu duga:
-
Orang yang berumur 9 tahun dan ke atas yang tidak pernah dibaptis dan ditetapkan. Lihat 31.2.3.1 untuk pengecualian bagi mereka yang kurang upaya intelektual.
-
Kanak-kanak yang berumur 8 tahun dan ke atas yang bukan ahli Gereja.
-
Kanak-kanak yang berumur 8 tahun dan ke atas yang ada seorang ibu bapa yang telah dibaptis dan ditetapkan.
31.2.4
Temu duga untuk Pentahbisan ke Jawatan Imamat Harun
Untuk maklumat lanjut, lihat 18.10.2.
31.2.5
Temu Duga Kad Rekomen Bait Suci
Bait Suci ialah rumah Tuhan. Memasuki bait suci dan terlibat dalam tatacaranya adalah satu kesempatan kudus. Kesempatan ini disimpan untuk mereka yang bersedia secara rohani dan berusaha untuk patuhi standard Tuhan, seperti ditentukan oleh pemimpin imamat yang diberi wewenang.
Untuk tentukan ini, pemimpin imamat menemu duga ahli menggunakan soalan dalam LCR (lihat juga garis panduan dalam 26.3).
31.2.6
Temu duga untuk Pentahbisan ke Jawatan Imamat Melkisedek
Presiden pancang memegang kunci-kunci imamat untuk menganugerahkan Imamat Melkisedek. Dia juga memegang kunci-kunci untuk mentahbiskan jawatan penatua dan imam tinggi.
Dengan kelulusan presidensi pancang, uskup menemu duga ahli menggunakan soalan yang tersedia dalam Rekod Pentahbisan Imamat Melkisedek.
31.3
Peluang Lain untuk Pemimpin bertemu dengan Ahli
-
Ahli boleh minta untuk bertemu dengan pemimpin Gereja apabila mereka memerlukan bimbingan rohani atau ada masalah peribadi yang berat.
-
Uskup atau seseorang yang dia tugaskan bertemu dengan ahli yang ada keperluan duniawi (lihat 22.6).
-
Seorang ahli lembaga uskup bertemu dengan setiap kanak-kanak umur 11 tahun semasa dia berpindah dari Sekolah Primer ke kuorum diaken atau kelas Remaja Puteri.
31.3.1
Bertemu dengan Remaja
Uskup atau salah seorang penasihatnya bertemu dengan setiap remaja dua kali setahun. Sekurang-kurangnya salah satu pertemuan ini setiap tahun harus bersama uskup. Bermula tahun remaja berumur 16 tahun, kedua-dua pertemuan sepanjang tahun harus dengan uskup jika boleh.
Presiden Remaja Puteri juga ada tanggungjawab untuk melayani individu remaja puteri. Dia boleh melakukan ini dengan bertemu dengan remaja puteri satu per satu (atau bersama orang dewasa lain yang hadir).
31.3.1.2
Topik untuk Dibincangkan
Tujuan utama pertemuan dengan remaja adalah untuk membina iman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dan membantu remaja mengikuti Mereka. Pertemuan ini haruslah menjadi pengalaman rohani yang mengangkat.
31.3.2
Bertemu dengan Belia Bujang
Uskup memberi keutamaan tinggi terhadap kemajuan rohani belia bujang dalam bahagiannya. Dia atau seorang penasihat yang ditugaskan bertemu dengan setiap belia bujang sekurang-kurangnya sekali setahun.
31.3.3
Bertemu dengan Ahli untuk Membincangkan Panggilan dan Tanggungjawab Mereka
Presidensi pancang, lembaga uskup, dan pemimpin lain bertemu dengan ahli secara individu yang melaporkan kepada mereka tentang panggilan mereka.
Pemimpin itu menyatakan kesyukuran untuk pelayanan ahli dan memberi galakan.
31.3.6
Kaunseling dan Terapi Profesional
Pemimpin Gereja tidak dipanggil untuk menjadi penasihat profesional atau menyediakan terapi. Bantuan yang mereka berikan adalah rohani, bertumpu pada kuasa Yesus Kristus yang memperkuatkan, menghibur, menebus. Tambahan kepada bantuan yang penting dan diilhamkan ini, sesetengah ahli mungkin bermanfaat dari kaunseling profesional di mana ia tersedia.
31.4
Bertemu dengan Ahli Secara Virtual
Biasanya, para pemimpin bertemu dengan ahli secara bersemuka untuk temu duga dan memberi bantuan rohani dan pelayanan. Walaup bagaimanapun, sebagai pengecualian, mereka boleh bertemu secara virtual apabila pertemuan secara bersemuka tidak praktikal.