“32. Pertaubatan dan Majlis Keahlian Gereja,” Pilihan dari Buku Panduan Umum (2023).
“32. Pertaubatan dan Majlis Keahlian Gereja,” Pilihan dari Buku Panduan Umum
32.
Pertaubatan dan Majlis Keahlian Gereja
32.0
Pengenalan
Kebanyakan pertaubatan berlaku di antara seorang individu, Tuhan, dan mereka yang telah terkesan oleh dosa-dosa seseorang. Namun, kadangkala seorang uskup atau presiden pancang perlu membantu ahli-ahli Gereja dalam usaha mereka untuk bertaubat.
Apabila membantu ahli-ahli dengan pertaubatan, uskup dan presiden pancang mengasihi dan mengambil berat. Mereka mengikut teladan Juruselamat, yang mengangkat individu-individu dan membantu individu berpaling dari dosa dan berpaling kepada Tuhan (lihat Matius 9:10–13; Yohanes 8:3–11).
32.1
Pertaubatan dan Pengampunan
Untuk mendatangkan rancangan belas kasihan-Nya, Bapa Syurgawi menghantar Putera Tunggal-Nya, Yesus Kristus, untuk menebus dosa-dosa kita (lihat Alma 42:15). Yesus menderita hukuman yang hukum keadilan tuntut untuk dosa-dosa kita (lihat Ajaran dan Perjanjian 19:15–19; lihat juga Alma 42:24–25). Melalui pengorbanan ini, Bapa dan Putera menunjukkan kasih Mereka yang tidak terhingga kepada kita (lihat Yohanes 3:16).
Apabila kita menjalankan “iman menuju pertaubatan,” Bapa Syurgawi mengampuni kita, memberi belas kasihan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus (Alma 34:15; lihat juga Alma 42:13). Apabila kita dibersihkan dan diampuni, kita akhirnya dapat mewarisi kerajaan Tuhan (lihat Yesaya 1:18; Ajaran dan Perjanjian 58:42).
Pertaubatan adalah lebih daripada mengubah kelakuan. Ia adalah berpaling daripada dosa dan berpaling kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Ia membawa kepada perubahan hati dan minda (lihat Mosia 5:2; Alma 5:12–14; Helaman 15:7). Melalui pertaubatan, kita menjadi orang baru, mendamaikan diri dengan Tuhan (lihat 2 Korintus 5:17–18; Mosia 27:25–26).
Peluang untuk bertaubat adalah salah satu berkat terbesar yang Bapa Syurgawi telah berikan kepada kita melalui kurnia Putera-Nya.
32.2
Tujuan Sekatan atau Penarikan Keahlian Gereja
Jika seorang ahli melakukan dosa yang serius, uskup atau presiden pancang membantu dia untuk bertaubat. Sebahagian daripada proses ini, dia mungkin perlu mengehadkan beberapa keistimewaan keahlian Gereja buat suatu masa. Dalam beberapa situasi tertentu, dia mungkin perlu menarik balik keahlian seseorang untuk suatu masa.
Mengehadkan atau menarik keahlian seseorang tidak bermaksud untuk menghukum. Sebaliknya, tindakan-tindakan ini ada masanya diperlukan untuk membantu seseorang bertaubat dan mengalami perubahan hati. Ia juga memberi seseorang masa untuk bersedia secara rohani untuk memperbaharui dan mentaati perjanjiannya semula.
Tiga tujuan sekatan atau penarikan keahlian adalah seperti berikut.
32.2.1
Bantu Melindungi Orang Lain
Tujuan pertama adalah untuk membantu melindungi orang lain. Kadangkala seseorang memiliki ancaman jasmani atau rohani. Kelakuan pemangsa, kecederaan jasmani, penderaan seksual, penyalahgunaan bahan, penipuan, dan kemurtadan adalah beberapa cara ini boleh berlaku. Dengan ilham, seorang uskup atau presiden pancang bertindak untuk melindungi orang lain apabila seseorang memiliki ancaman dalam cara tersebut dan cara serius yang lain (lihat Alma 5:59–60).
32.2.2
Bantu Seseorang Mengakses Kuasa Penebusan Yesus Kristus melalui Pertaubatan
Tujuan kedua adalah untuk membantu seseorang mengakses kuasa penebusan Yesus Kristus melalui pertaubatan. Melalui proses ini, dia boleh menjadi bersih dan layak semula untuk menerima semua berkat Tuhan.
32.2.3
Melindungi Integriti Gereja
Tujuan ketiga adalah untuk melindungi integriti Gereja. Mengehadkan atau penarikan keahlian Gereja seseorang mungkin diperlukan jika kelakuannya ketara membahayakan Gereja (lihat Alma 39:11). Integriti Gereja tidak dilindungi melalui penyembunyian atau pengurangan dosa-dosa serius—tetapi dengan menanganinya.
32.3
Peranan Hakim-Hakim di Israel
Uskup dan presiden pancang dipanggil dan ditetapkan untuk menjadi hakim di Israel (lihat Ajaran dan Perjanjian 107:72–74). Mereka memegang kunci-kunci imamat untuk mewakili Tuhan dalam membantu ahli Gereja bertaubat (lihat Ajaran dan Perjanjian 13:1; 107:16–18).
Uskup dan presiden pancang seringkali membantu dengan pertaubatan melalui kaunseling peribadi. Bantuan ini mungkin termasuk mengehadkan beberapa hak istimewa keahlian Gereja buat suatu masa.
Untuk dosa yang serius, para pemimpin membantu pertaubatan dengan mengadakan majlis keahlian (lihat 32.6). Bantuan ini mungkin termasuk menyekat beberapa keistimewaan keahlian Gereja secara rasmi atau menarik keahlian seseorang buat suatu masa.
Uskup dan presiden pancang mengasihi dan mengambil berat semasa mereka membantu ahli-ahli bertaubat. Interaksi Juruselamat dengan wanita yang berzina adalah satu panduan (lihat Yohanes 8:3–11). Walaupun Dia tidak mengatakan dosa-dosanya diampuni, Dia tidak menghukumnya. Sebaliknya, Dia berfirman “janganlah berdosa lagi”—untuk bertaubat dan mengubah hidupnya.
Para pemimpin ini mengajar bahawa terdapat “kegembiraan … di syurga kerana seorang berdosa bertaubat” (Lukas 15:7). Mereka sabar, menyokong, dan positif. Mereka mengilhami harapan. Mereka mengajar dan bersaksi bahawa kerana korban tebusan Juruselamat, semua boleh bertaubat dan menjadi bersih.
Uskup dan presiden pancang mencari bimbingan Roh untuk tahu bagaimana untuk membantu setiap orang bertaubat. Gereja mempunyai standard yang ditetapkan tentang tindakan yang para pemimpinnya harus ambil untuk dosa serius (lihat 32.6). Tiada dua situasi yang sama. Kaunseling yang pemimpin berikan dan proses pertaubatan yang mereka berikan mesti diilhami dan mungkin berbeza bagi setiap orang.
32.4
Pengakuan, Kerahsiaan, dan Melapor kepada Penguasa Kerajaan
32.4.1
Pengakuan
Pertaubatan memerlukan dosa-dosa diakui kepada Bapa Syurgawi. Yesus Kristus berfirman, “Dengan ini kamu boleh mengetahui jika seseorang itu bertaubat dari dosa-dosanya—lihatlah, dia akan mengakuinya dan meninggalkannya” (Ajaran dan Perjanjian 58:43; lihat juga Mosia 26:29).
Apabila ahli Gereja melakukan dosa-dosa serius, pertaubatan mereka juga termasuk pengakuan kepada uskup atau presiden pancang mereka. Kemudian dia dapat menggunakan kunci-kunci Injil pertaubatan bagi pihak mereka (lihat Ajaran dan Perjanjian 13:1; 84:26–27; 107:18, 20). Ini membantu mereka pulih dan kembali ke jalan injil melalui kuasa Korban Tebusan Juruselamat.
Tujuan pengakuan adalah untuk menggalakkan ahli-ahli melepaskan beban diri supaya mereka boleh mencari bantuan Tuhan dengan sepenuhnya dalam mengubah dan penyembuhan. Hati yang “hancur dan jiwa yang menyesal” dibantu dengan pengakuan (2 Nefi 2:7). Pengakuan sukarela menunjukkan seseorang ingin bertaubat.
Apabila seorang ahli mengaku, uskup atau presiden pancang mengikuti garis panduan untuk kaunseling dalam 32.8. Dia dengan penuh doa mencari bimbingan tentang keadaan yang sesuai untuk membantu ahli itu bertaubat. Dia mempertimbangkan sama ada majlis keahlian akan membantu. Jika polisi Gereja memerlukan majlis keahlian, dia menjelaskan ini (lihat 32.6).
Kadangkala seorang ahli telah membuat kesalahan terhadap pasangan atau orang dewasa lain. Sebagai sebahagian daripada pertaubatan, dia harus mengaku kepada orang itu dan mendapatkan keampunan. Seorang remaja yang melakukan dosa serius lazimnya digalakkan untuk berunding dengan ibu bapanya.
32.4.4
Kerahsiaan
Uskup, presiden pancang, dan penasihat mereka mempunyai tugas kudus untuk melindungi semua maklumat sulit yang dikongsi dengan mereka. Maklumat ini boleh datang dalam temu duga, kaunseling, dan pengakuan. Tugas sulit yang sama digunakan untuk semua yang mengambil bahagian dalam majlis keahlian. Kerahsiaan adalah penting kerana ahli-ahli mungkin tidak mengakui dosa-dosa atau mencari bimbingan jika apa yang mereka kongsi tidak akan dirahsiakan. Melanggar keyakinan mengkhianati kepercayaan ahli-ahli dan menyebabkan mereka hilang keyakinan terhadap pemimpin-pemimpin mereka.
Selaras dengan kewajipan kesulitan, uskup, presiden pancang, atau penasihat mereka hanya boleh berkongsi maklumat seperti berikut:
-
Mereka perlu berbincang dengan presiden pancang, presiden misi, atau uskup ahli tentang mengadakan majlis keahlian atau hal-hal yang berkaitan.
-
Orang itu berpindah ke bahagian baru (atau pemimpin imamat dilepaskan) sementara tindakan keahlian atau kebimbangan serius lain sedang menunggu.
-
Seorang uskup atau presiden pancang mendapat tahu bahawa seorang ahli Gereja yang tinggal di luar bahagian atau pancang mungkin terlibat dalam dosa serius.
-
Ia adalah perlu untuk mendedahkan maklumat semasa majlis keahlian.
-
Seorang ahli memilih untuk memberi kebenaran kepada pemimpin untuk berkongsi maklumat dengan orang tertentu.
-
Ia mungkin diperlukan untuk berkongsi maklumat terhad tentang keputusan majlis keahlian.
Untuk membantu para pemimpin melindungi orang lain dan mematuhi undang-undang, Gereja memberi bantuan profesional yang terlatih. Untuk menerima bimbingan ini, para pemimpin menelefon talian bantuan penderaan Gereja di mana ia tersedia (lihat 38.6.2.1). Di mana ia tidak tersedia, presiden pancang menghubungi penasihat undang-undang kawasan di pejabat kawasan.
Hanya dalam satu situasi di mana seorang uskup atau presiden pancang boleh mendedahkan maklumat sulit tanpa memperoleh bimbingan terlebih dahulu. Ini adalah apabila pendedahan diperlukan untuk mengelakkan bahaya yang mengancam nyawa atau kecederaan serius dan tidak ada masa untuk mencari bimbingan. Dalam situasi seperti ini, kewajipan untuk melindungi orang lain adalah lebih penting daripada tugas kerahsiaan. Para pemimpin harus menghubungi penguasa sivil dengan segera.
32.6
Keberatan Dosa dan Polisi Gereja
Keberatan dosa adalah pertimbangan penting dalam menentukan keadaan yang akan (1) membantu melindungi orang lain dan (2) membantu seseorang bertaubat. Tuhan telah berfirman bahawa Dia “tidak dapat memandang dosa dengan sedikit keizinan pun” (Ajaran dan Perjanjian 1:31; lihat juga Mosia 26:29). Para hamba-Nya tidak harus mengabaikan bukti dosa yang serius.
Dosa-dosa serius adalah kesalahan sengaja dan besar terhadap hukum-hukum Tuhan. Kategori-kategori dosa serius disenaraikan di bawah.
-
Keganasan dan penderaan
-
Kelakuan seksual tidak berakhlak
-
Penipuan
-
Pecah amanah
-
Salah laku lain
Apabila Majlis Keahlian Diperlukan atau Mungkin Diperlukan
Jenis Dosa |
Majlis Keahlian Diperlukan |
Majlis Keahlian Mungkin Diperlukan |
---|---|---|
Jenis Dosa Tindakan dan Penganiayaan Ganas | Majlis Keahlian Diperlukan
| Majlis Keahlian Mungkin Diperlukan |
Jenis Dosa Kelakuan Seksual Tidak Berakhlak | Majlis Keahlian Diperlukan
| Majlis Keahlian Mungkin Diperlukan
|
Jenis Dosa Tindakan Penipuan | Majlis Keahlian Diperlukan
| Majlis Keahlian Mungkin Diperlukan
|
Jenis Dosa Pecah Amanah | Majlis Keahlian Diperlukan
| Majlis Keahlian Mungkin Diperlukan
|
Jenis Dosa Tindakan-tindakan Lain | Majlis Keahlian Diperlukan
| Majlis Keahlian Mungkin Diperlukan
|
32.6.3
Apabila Presiden Pancang Berunding dengan Presidensi Kawasan tentang Sama ada Majlis Keahlian atau Tindakan Lain Diperlukan
Ada perkara yang memerlukan kepekaan dan bimbingan tambahan. Untuk tahu cara membantu yang terbaik, presiden pancang mesti berunding dengan Presidensi Kawasan tentang situasi-situasi dalam bahagian ini.
32.6.3.2
Kemurtadan
Isu-isu kemurtadan sering mempunyai kesan yang melampaui sempadan bahagian atau pancang. Ia perlu ditangani dengan segera untuk melindungi orang lain.
Uskup berunding dengan presiden pancang jika dia rasa tindakan seorang ahli boleh menyebabkan kemurtadan.
Seperti yang digunakan di sini, kemurtadan merujuk kepada seorang ahli yang terlibat dalam salah satu yang berikut:
-
Berulang kali dengan sengaja dan nyata menentang Gereja, ajaran, polisi, atau pemimpin
-
Berterusan mengajar ajaran bukan Gereja sebagai ajaran Gereja walaupun telah diperbetulkan oleh uskup atau presiden pancang
-
Menunjukkan pola dengan sengaja berusaha untuk melemahkan iman dan aktiviti para ahli Gereja
-
Terus mengikuti ajaran-ajaran kumpulan murtad walaupun selepas diperbetulkan oleh uskup atau presiden pancang
-
Menyertai gereja lain secara rasmi dan menggalakkan ajaran-ajarannya
32.6.3.3
Penyelewengan Dana Gereja
Jika ahli menyeleweng dana Gereja atau mencuri harta Gereja yang berharga, presiden pancang berbincang dengan Presidensi Kawasan sama ada majlis keahlian atau tindakan lain mungkin diperlukan.