Kuorum Penatua
Tanggungjawab


sekumpulan lelaki duduk bersama

Panggilan Saya sebagai Penasihat dalam Presidensi Kuorum Penatua

Tanggungjawab

Tuhan bersyukur atas kerelaan anda untuk melayani dalam Gereja-Nya. Berikut ialah gambaran keseluruhan tentang tanggungjawab panggilan anda.

Tujuan Kuorum Penatua

Imamat Melkisedek membantu anak-anak Tuhan bersedia untuk kembali ke hadirat-Nya. Ahli-ahli kuorum penatua bekerjasama untuk membantu mencapai pekerjaan penyelamatan dan permuliaan Tuhan. Mereka melayani orang lain, memenuhi tugas imamat, membina kesatuan, serta belajar dan menjalani ajaran (lihat Buku Panduan Umum, Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 8.1).

Penasihat

Penasihat kuorum penatua menyokong presiden dengan tanggungjawabnya untuk mengatur usaha dengan presiden Lembaga Pertolongan dan mengawasi pelayanan, aktiviti, laporan, rekod, dan kewangan. Para penasihat dari kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan boleh ditugaskan untuk mengetuai pekerjaan misionari bahagian atau usaha bait suci dan sejarah keluarga (lihat 8.3.3.2).

Presidensi

Presidensi kuorum penatua dan setiausaha kerap bertemu. Membantu bakal penatua bersedia untuk menerima Imamat Melkisedek adalah salah satu keutamaan tertinggi presidensi (lihat 8.4).

Kuorum Penatua dan Lembaga Pertolongan

Presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan menyelaraskan tugasan pelayanan dan membantu memimpin pekerjaan dan usaha bait suci dan sejarah keluarga untuk menjemput semua orang untuk menerima berkat-berkat injil. Mereka juga mempunyai peranan penting dalam mengajar ahli-ahli bahagian asas-asas pelayanan, temu duga pelayanan, mematuhi hukum puasa, membina keberdikarian, dan meningkat persediaan peribadi dan keluarga (lihat 22.6.2).

Pertemuan Hari Ahad

Kuorum penatua bertemu pada hari Ahad kedua dan keempat dengan tujuan untuk meningkatkan iman kepada Yesus Kristus, membina kesatuan, dan memperkuatkan keluarga dan rumah. Presidensi kuorum penatua dengan penuh doa memilih pesanan dari persidangan umum terkini untuk dibincangkan berdasarkan keperluan ahli (lihat 8.2.1.2).

Pelayanan dan Aktiviti

Presidensi kuorum penatua boleh merancang aktiviti untuk mengukuhkan ahli kuorum dan memberi mereka peluang untuk melayani bersama. Presidensi membincangkan aktiviti dengan uskup (lihat 8.2.1.3).