Kuorum Penatua
Selamat Datang


Imej
lukisan Yesus membawa anak domba

Selamat Datang

Selamat datang ke panggilan baru anda. Kami menghargai kasih dan komitmen kepada Bapa di Syurga yang anda telah tunjukkan dengan kerelaan anda untuk melayani anak-anak-Nya. Melalui anda, Dia boleh menyentuh hati, menguatkan penukaran hati, dan membimbing anak-anak-Nya sepanjang jalan perjanjian.

Sumber untuk Diketahui

Buku Panduan Umum Gereja dan sumber-sumber Panggilan Saya akan membantu membimbing anda dalam panggilan anda. Baca penerangan di bawah untuk lebih memahami cara menggunakan kedua-dua sumber ini.

Buku Panduan Umum: Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir memberikan arahan terperinci untuk pelbagai tanggungjawab anda. Sila manfaatkan buku panduan ini sepanjang pelayanan anda dan pertimbangkan dengan penuh doa akan bimbingan yang diberikan.

Panggilan Saya: Panggilan Saya memberikan gambaran keseluruhan tentang tanggungjawab baru anda. Bersama dengan ringkasan ini adalah beberapa pautan kepada Buku Panduan Umum untuk maklumat yang lebih terperinci.

Cetak