Kanak-kanak dan Remaja
Idea untuk Perkembangan dalam Semua Aspek Kehidupan


“Idea untuk Perkembangan dalam Semua Aspek Kehidupan,” Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Kanak-kanak (2019)

“Idea untuk Perkembangan dalam Semua Aspek Kehidupan,” Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Kanak-kanak

Idea untuk Perkembangan dalam Semua Aspek Kehidupan

Halaman-halaman berikut mempunyai idea-idea untuk bagaimana anda boleh mengikuti Juruselamat dan bertumbuh dalam semua aspek kehidupan. Anda tidak perlu menggunakan semua ini—idea-idea terbaik mungkin idea anda sendiri! Berdoa untuk mengetahui apa yang anda boleh lakukan sekarang.

Anda boleh mendapatkan idea-idea tambahan di laman ChildrenandYouth.ChurchofJesusChrist.org.

rohani, sosial, jasmani, intelektual

Idea-idea untuk Perkembangan Rohani

Apakah Idea-idea Anda?

remaja berdoa

Baca Kitab Mormon Setiap Hari

remaja membaca kitab suci

Buat tabiat untuk membaca setiap hari, walaupun ia hanya beberapa ayat.

Bersedia untuk Pergi ke Bait Suci

remaja di bait suci

Belajar dan hidup “Standard-standard Injil Saya” (halaman 63), dan menjemput orang lain untuk melakukan yang sama.

Belajar Fasal-fasal Kepercayaan

remaja mengira

Hafal Fasal-fasal Kepercayaan (halaman 62), dan belajar makna mereka.

Meningkatkan Doa-doa Anda

remaja membaca kitab suci

Sebelum anda berdoa, fikirkan tentang apa yang anda bersyukur dan apa bantuan yang anda perlukan.

Berterima kasih kepada Bapa Syurgawi untuk Berkat-Berkat Anda

senarai semak

Tuliskan tiga perkara yang anda bersyukur. Cuba untuk menulis tiga perkara baru setiap hari.

Menguduskan Hari Sabat

keluarga di luar gereja

Buat keputusan tentang apa yang anda akan mula atau berhenti lakukan untuk membuat hari Sabat satu hari yang istimewa.

Melayani Seseorang

remaja sedang membersih

Cari cara-cara untuk membantu seseorang dalam keluarga anda, di sekolah, atau di gereja.

Buat Sejarah Keluarga

datuk nenek

Tulis surat kepada datuk nenek, mak cik, atau pak cik. Minta mereka memberitahu anda satu cerita tentang ketika mereka umur anda.

Kongsikan Injil

orang bercakap

Bercakap dengan seorang kawan tentang Injil. Jemput kawan anda ke gereja atau ke satu aktiviti.

Mengajar Injil

keluarga sedang membaca

Ajarkan cerita kitab suci kegemaran anda kepada keluarga anda. Lakonkan atau lukis gambar untuk membantu anda mengajar.

Nyanyi satu Lagu Sekolah Primer

remaja bermain gitar

Nyanyi dengan seorang ahli keluarga. Perhatikan bagaimana perasaan anda apabila mendengar muzik yang baik.

Idea-idea untuk Pertumbuhan Sosial

Apakah Idea-idea Anda?

remaja berdoa

Belajar tentang Keluarga

keluarga berjalan bersama

Baca “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” dan bercakap dengan ibu bapa anda tentang apa yang anda telah belajar.

Menunjukkan Kasih Kepada Keluarga Anda

keluarga di sekeliling meja

Lakukan sesuatu baik untuk ahli keluarga anda.

Memasukkan Orang Lain

remaja berjalan

Cari cara-cara untuk meluangkan masa atau melayani seseorang yang mungkin memerlukan persahabatan anda.

Belajar tentang Budaya Lain

remaja dengan seekor llama

Baca tentang budaya lain, bercakap dengan seseorang dari negara lain, atau hadiri perayaan budaya berdekatan anda.

Melayani Jiran Anda

remaja melipat pakaian

Buat sesuatu dalam komuniti anda bersama ibu bapa atau para pemimpin untuk membantu orang ramai yang memerlukan.

Belajar untuk Meminta Maaf dan Memaafkan

remaja dengan kecederaan

Lakonkan situasi di mana seseorang perlu meminta maaf atau memaafkan. Berlatih bagaimana untuk berkongsi perasan anda dan membalas.

Belajar tentang Komuniti Anda

remaja di luar mahkamah

Melawat balai polis, balai bomba, atau khidmat komuniti yang lain. Belajar tentang pekerjaan mereka, dan berterima kasih atas khidmat mereka.

Membuat Kawan Baru

remaja di buaian

Memperkenalkan diri anda kepada seorang baru, dan jemput orang itu untuk bermain dengan anda.

Bercakap Kata-Kata Baik

emoji muka gembira

Berlatih hanya menggunakan kata-kata yang membuat seseorang gembira, bukannya sedih. Bincangkan apa yang anda boleh berkata jika seseorang mengatakan kata-kata tidak baik kepada anda.

Mengawal Emosi Anda

remaja ambivalen

Berlatih untuk menenangkan diri apabila anda berasa marah. Sebagai contoh, tarik nafas panjang, kira ke sepuluh, atau bayangkan diri di tempat kegemaran.

Mengalu-alukan Orang Lain

remaja bercakap

Memperkenalkan diri kepada seorang baru di sekolah, jiran,di bahagian atau cabang anda. Membantu orang ini bertemu dengan orang lain.

Idea-idea untuk Pertumbuhan Jasmani

Apakah Idea-idea Anda?

remaja berdoa

Belajar Memasak

remaja memasak

Membantu menyediakan makanan sihat. Berkongsi dengan keluarga atau kawan-kawan anda.

Kuatkan Badan Anda

remaja bersenam

Buat sesuatu dengan kerap untuk menggerakkan badan anda, seperti sukan, tarian, senaman, atau bermain di luar.

Menghormati Badan Anda

remaja menggosok gigi dan rambut

Jaga kebersihan badan anda setiap hari. Mandi dengan kerap. Gosok gigi anda dan sikat rambut setiap hari.

Menjaga Rumah Anda

remaja mengitar semula

Buat sesuatu yang bantu membuat rumah anda satu tempat tinggal yang baik, seperti membersihkan, menghias, atau membersihkan halaman.

Jaga Barang-Barang Kepunyaan Anda

remaja mengaturkan harta benda

Minta ibu bapa mengajar anda untuk membaiki atau menjaga benda-benda yang anda gunakan.

Belajar Kemahiran Seni Baru

remaja mewarna gambar

Melukis atau mewarnakan satu gambar dan berikan kepada seseorang yang anda kasihi.

Belajar Kemahiran Muzik Baru

remaja bermain gitar

Belajar bagaimana menyanyi lagu, bermain instrumen, atau memimpin muzik. Tawarkan untuk berkongsi kemahiran anda di malam keluarga atau di aktiviti lain.

Patuhi Kata-kata Bijaksana

remaja berfikir tentang makanan ringan

Baca Ajaran dan Perjanjian 89 untuk melihat apa yang dijanjikan Bapa Syurgawi jika kita mentaati Kata-Kata Bijaksana. Fikirkan bagaimana anda boleh mematuhi dengan lebih baik.

Nikmati Masa Di Luar

keluarga mendaki

Berjalan atau mendaki dengan keluarga atau kawan-kawan untuk menjelajahi dunia di sekeliling anda.

Kongsi Bakat-Bakat Anda

orang bermain trompet

Berkongsi salah satu bakat anda dengan seseorang yang kesepian.

Bersedia untuk Kecemasan

orang melihat peta

Buat satu rancangan dengan ibu bapa atau para pemimpin anda tentang apa yang perlu di lakukan semasa kecemasan.

Idea-idea untuk Perkembangan Intelektual

Apakah Idea-idea Anda?

remaja berdoa

Belajar tentang Persepuluhan

remaja membayar persepuluhan

Belajar mengapa ia penting untuk membayar persepuluhan. Berikan sepuluh peratus pendapatan anda kepada Tuhan.

Meningkatkan Kemahiran Membaca Anda

ibu dan anak perempuan membaca

Baca buku tentang subjek baru, atau baca buku lebih panjang daripada yang anda biasa baca.

Belajar Cara Melayari Dalam Talian dengan Selamat

keluarga menggunakan komputer

Buat satu senarai peraturan keluarga anda untuk penggunaan internet atau aplikasi-aplikasi.

Belajar Sesuatu Baru

remaja membaca

Pilih sesuatu yang anda minat, dan belajar sebanyak yang boleh tentangnya.

Hadir atau Tonton Acara Budaya

orang di muzium

Lawat muzium atau acara budaya di kawasan anda. Bercakap dengan kawan-kawan atau keluarga tentang sesuatu perkara baru yang anda telah belajar.

Belajar tentang Pekerjaan-pekerjaan Lain

orang membaiki kereta

Lawat seorang yang anda kenal di tempat kerja mereka untuk belajar tentang pekerjaan mereka.

Belajar tentang Orang yang Anda Kagumi

orang bercakap

Ini mungkin seseorang yang anda kenal atau seseorang dari sejarah atau kitab suci. Buat keputusan tentang bagaimana anda boleh menjadi seperti orang itu.

Belajar Cara Membuat Pilihan Baik

carta, sebab dan kesan

Semua pilihan mempunyai akibatnya, yang merupakan perkara yang berlaku akibat apa yang anda lakukan. Buat satu senarai beberapa pilihan dan akibat mereka.

Meningkatkan Ingatan Anda

seorang berfikir

Hafal satu ayat suci, puisi, atau lagu kegemaran.

Belajar Bahasa Baru

remaja menggunakan telefon pintar

Belajar untuk berkata apa khabar dan kata-kata mudah dalam bahasa lain. Jika boleh, berlatih dengan seorang yang bercakap bahasa itu.

Tulis Cerita

remaja menulis

Tulis cerita tentang kehidupan anda atau tentang seorang ahli keluarga.