“Standard-standard Injil Saya,” Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Kanak-kanak (2019)
“Standard-standard Injil Saya,” Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Kanak-kanak
Standard-standard Injil Saya
Standard-standard Injil membantu anda bertindak seperti Yesus. Mereka boleh memberi anda idea untuk merancang dan melakukan aktiviti-aktiviti baru.
-
Saya akan mengikuti rancangan Bapa Syurgawi untuk saya.
-
Saya akan mengingati perjanjian pembaptisan saya dan mendengar Roh Kudus.
-
Saya akan memilih yang soleh. Saya tahu saya boleh bertaubat apabila saya melakukan kesilapan.
-
Saya akan jujur dengan Bapa Syurgawi, orang lain, dan diri sendiri.
-
Saya akan menggunakan nama Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dengan penuh hormat.
-
Saya tidak akan bersumpah atau menggunakan kata-kata kasar.
-
Saya akan melakukan perkara-perkara pada hari Sabat yang membantu saya berasa lebih dekat kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.
-
Saya akan menghormati ibu bapa saya dan melakukan bahagian saya untuk menguatkan keluarga saya.
-
Saya akan menjaga minda dan tubuh saya dengan kudus dan suci, dan saya tidak akan mengambil bahan yang membahayakan saya.
-
Saya akan berpakaian sederhana untuk menunjukkan rasa hormat untuk Bapa Syurgawi dan diri sendiri.
-
Saya hanya akan membaca, menonton, dan mendengar perkara-perkara yang menyenangkan Bapa Syurgawi.
-
Saya hanya akan mendengar muzik yang menyenangkan Bapa Syurgawi.
-
Saya akan mencari kawan-kawan baik dan melayan orang lain dengan baik.
-
Saya sekarang akan hidup layak untuk pergi ke bait suci dan melakukan bahagian saya supaya mempunyai keluarga abadi.