“Mulakan!” Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Remaja (2019)
“Mulakan!” Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Remaja
Mulakan!
Cuba gunakan pola Menemui, Rancang, Bertindak dan Renungkan untuk membantu anda mengikut teladan Juruselamat sambil anda berkembang. Pertimbangkan untuk mencipta matlamat dalam setiap empat aspek ini demi memastikan kehidupan anda seimbang. Anda boleh menggunakan muka surat yang berikut sebagai panduan anda. Atau anda boleh menggunakan jurnal atau cara penetapan matlamat lain yang bersesuaian untuk anda.
Ingat, perkembangan anda bergantung pada anda, tetapi anda tidak melakukannya sendiri. Bapa Syurgawi ingin membantu dan anda boleh meminta bantuan daripada ibu bapa, pemimpin dan kawan. Cari peluang untuk menolong orang lain dalam perkembangan mereka juga. Bapa Syurgawi inginkan anak-anak-Nya agar menyayangi dan menyokong satu sama lain.
Menemui
Apakah yang anda rasa anda patut pelajari atau tingkatkan? Tulis tanggapan atau idea sambil anda memikirkan soalan seperti ini: Bagaimanakah saya boleh membangunkan bakat saya? Apakah yang saya suka lakukan? Apakah tanggungjawab yang saya ada sekarang? Bagaimanakah saya dapat mengenali Roh Kudus? Siapakah yang boleh saya layani?
Rohani
Contoh: Menulis jurnal, berdoa setiap pagi, membaca tulisan suci setiap hari, menguduskan Hari Sabat
Sosial
Contoh: Melayani orang lain, mengelak daripada mengumpat, berkawan
Intelektual
Contoh: Membangun hobi atau kemahiran, berlatih mengajar, belajar untuk berjimat cermat
Jasmani
Contoh: Menyediakan dan makan makanan berkhasiat, bersenam, membersihkan atau menambah baik kawasan sekeliling anda
Rancang
Matlamat saya:
Mengapakah hal ini penting bagi saya?
Bagaimanakah hal ini akan membantu saya menjadi lebih seperti Yesus Kristus?
Bagaimanakah saya melakukannya:
Apakah langkah atau tindakan lebih kecil yang boleh saya ambil untuk mencapai matlamat saya?
Tarikh/Berapa Kerap
Tarikh/Berapa Kerap
Tarikh/Berapa Kerap
Siapakah yang dapat membantu saya?
Bertindak
-
Apakah yang saya pelajari?
-
Apakah penyesuaian yang perlu saya buat?
Renungkan
-
Apakah yang telah saya pelajari?
-
Bagaimanakah saya boleh lebih dekat dengan Juruselamat?
-
Bagaimanakah saya boleh menggunakan pembelajaran saya untuk melayani orang lain?
Tarikh siap:
Saya akan meraikan perkembangan saya dengan:
Apakah yang akan saya lakukan selepas ini?
Kembali ke borang Menemui untuk mendapatkan idea.