Kanak-kanak dan Remaja
Idea untuk Perkembangan dalam Semua Aspek Kehidupan


“Idea untuk Perkembangan dalam Semua Aspek Kehidupan,” Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Remaja (2019)

“Idea untuk Perkembangan dalam Semua Aspek Kehidupan,” Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Remaja

Idea untuk Perkembangan dalam Semua Aspek Kehidupan

Terdapat pelbagai cara anda dapat berkembang dalam hidup anda! Dapatkan idea daripada muka surat yang berikut atau fikirkan idea anda sendiri. Minta Bapa Syurgawi membantu anda untuk memahami apa yang perlu anda usahakan sekarang.

Anda boleh mendapatkan idea tambahan di ChildrenandYouth.ChurchofJesusChrist.org dan aplikasi “Gospel Living”.

Rohani

remaja sedang membaca tulisan suci
  • Berdoa secara ikhlas.

  • Kaji tulisan suci dan kata-kata para nabi yang hidup.

  • Mencari peluang untuk berkongsi injil.

  • Menyedari dan mengembangkan kurniaan rohani anda.

  • Bersedia untuk berkat bapa bangsa anda.

  • Menerima dan memegang kad rekomen bait suci dengan layak.

  • Mengusahakan sejarah keluarga anda dan melayani dalam bait suci.

  • Bersyukur setiap hari.

  • Mentaati perintah secara lebih menyeluruh.

  • Mengkaji kehidupan Yesus Kristus.

  • Mengambil sakramen dengan layak setiap minggu.

  • Mengambil bahagian dalam seminari.

Sosial

remaja mengucap selamat kepada orang dewasa
  • Menumpukan lebih perhatian kepada keperluan orang lain.

  • Belajar untuk mendengar dengan baik dan menyampaikan idea dengan jelas.

  • Mengasihi dan melayani orang di sekeliling anda.

  • Meluangkan masa bersama keluarga.

  • Bersedia untuk menjadi suami isteri dan ibu bapa.

  • Memupuk semangat yang tidak mudah luntur—keupayaan untuk menyesuaikan diri dan bertahan apabila menghadapi kesukaran.

  • Menyertai aktiviti sekolah atau komuniti.

  • Mencari jalan untuk menolong mereka yang miskin.

  • Belajar meminta maaf. Belajar memaafkan.

  • Bertutur dengan lembut, berlaku baik dan mengelak daripada mengumpat.

Jasmani

remaja sedang mengayuh basikal
  • Meningkatkan kesihatan jasmani dan kekuatan anda.

  • Belajar atau meningkatkan kemahiran jasmani, seperti sukan, tarian atau aktiviti luar.

  • Belajar atau meningkatkan kemahiran seni atau kraf.

  • Mengurus keinginan jasmani secara afiat.

  • Belajar cara melindungi diri sendiri daripada penderaan dan meminta bantuan sekiranya perlu.

  • Mengelak pornografi.

  • Mencari cara yang baik untuk menangani emosi dan tekanan.

  • Belajar menjaga kanak-kanak.

  • Mengamalkan kebersihan.

  • Belajar menggunakan perkakas asas kebun dan rumah secara berhati-hati.

  • Belajar bantuan kecemasan dan kemahiran menyelamatkan diri di luar rumah.

  • Menggunakan bahasa yang sesuai dan jangan menyumpah.

Intelektual

remaja sedang belajar
  • Meningkatkan kemahiran membaca dan menulis anda.

  • Membangun sifat belajar yang baik.

  • Mengetahui apa yang perlu anda lakukan untuk mendapat pekerjaan yang baik dan mula berusaha ke arah mencapai matlamat tersebut.

  • Mempelajari secara lebih mendalam sesuatu yang anda minati.

  • Berbual-bual dengan mereka yang anda kagumi dan mengkaji cara mereka mengembangkan sifat yang ingin anda peroleh.

  • Belajar cara mengurus wang dengan bijak.

  • Belajar topik injil secara mendalam.

  • Belajar kemahiran kerja asas yang boleh anda gunakan sekarang dan kelak.

  • Menghadiri acara kebudayaan.

  • Belajar bahasa lain.

  • Menjadi lebih berdikari.

  • Belajar dan berlatih asas disiplin kendiri.