Tarikan Sesama Jantina
Bagaimanakah saya memahami dan menggunakan istilah serta perkataan yang berkaitan dengan komuniti LGBTQ?


“Bagaimanakah saya memahami dan menggunakan istilah serta perkataan yang berkaitan dengan komuniti LGBTQ?” Tarikan Sesama Jenis: Keluarga dan Rakan (2020)

“Bagaimanakah saya memahami dan menggunakan istilah serta perkataan yang berkaitan dengan komuniti LGBTQ?” Tarikan Sesama Jenis: Keluarga dan Rakan

Bagaimanakah saya memahami dan menggunakan istilah serta perkataan yang berkaitan dengan komuniti LGBTQ?

Istilah

Orientasi seksual boleh merujuk kepada tarikan emosi, secara romantik atau seksual dan juga rasa identiti. Bagi sesetengah orang, ia membantu untuk membezakan antara tarikan seksual, tarikan emosi dan identiti daripada mengelompokkan semuanya sebagai “orientasi seksual”.

Label yang paling biasa ialah lesbian (wanita tertarik dengan wanita), gay (lelaki tertarik dengan lelaki) dan biseksual (lelaki atau wanita tertarik pada kedua-dua jantina). Sesetengah wanita juga mungkin menggunakan istilah gay untuk menggambarkan diri mereka sendiri. Orang mungkin menggunakan label lain, dan sesetengah orang yang mengalami tarikan sesama jenis memilih untuk tidak menggunakan label bagi menggambarkan diri mereka sendiri. Cara orang memilih untuk dikenal pasti berubah dari masa ke masa.

Tarikan bukanlah identiti. Orang boleh membuat pilihan sendiri tentang cara untuk dikenal pasti. Terdapat ahli Gereja yang memegang kad rekomen bait suci aktif yang mematuhi hukum kemurnian akhlak dan mengenal pasti diri mereka sebagai gay, lesbian atau biseksual. Terdapat ahli-ahli Gereja aktif yang mengalami tarikan sesama jenis dan tidak pernah memilih untuk mengenal pasti diri mereka menggunakan label. Identiti utama kita akan sentiasa menjadi anak Tuhan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang identiti jantina atau disforia jantina, lihat Transgender: Memahami Diri Anda dan Transgender: Menyokong Orang Lain, ChurchofJesusChrist.org.

Orientasi Seksual dan Identiti Jantina

Tarikan sesama jenis (TSJ) merujuk kepada tarikan emosi, jasmani, secara romantik atau seksual terhadap orang yang mempunyai jantina yang sama. Sekiranya anda mengalami tarikan sesama jenis, anda boleh memilih atau tidak memilih untuk menggunakan label orientasi seksual untuk menggambarkan diri anda. Walau apa pun, tarikan sesama jenis ialah istilah teknikal yang menggambarkan pengalaman tanpa meletakkan label. Laman web ini menggunakan istilah ini untuk merangkumi orang yang tidak selesa menggunakan label, bukan untuk menafikan wujudnya identiti gay, lesbian atau biseksual.

Tarikan sesama jenis dan disforia jantina adalah sangat berbeza. Sebagai contoh, orang yang mengalami disforia jantina mungkin mengalami atau juga mungkin tidak mengalami tarikan sesama jenis, dan kebanyakan orang yang mengalami tarikan sesama jenis tidak mahu mengubah jantina mereka. Dari perspektif psikologi dan pelayanan, kedua-duanya berbeza.