Kitab Suci
Alma 25


Bab 25

Serangan-serangan bangsa Laman menyebar—Keturunan para imam Nuh binasa seperti yang Abinadi nubuatkan—Banyak bangsa Laman insaf dan bergabung dengan orang Anti-Nefi-Lehi—Mereka percaya kepada Kristus dan mentaati hukum Musa. Kira-kira 90–77 tahun S.M.

1 Dan lihatlah, sekarang terjadilah bahawa bangsa Laman itu lebih marah kerana mereka telah membunuh saudara-saudara mereka; oleh itu mereka bersumpah untuk membalas dendam ke atas bangsa Nefi; dan mereka tidak lagi cuba membunuh orang Anti-Nefi-Lehi pada waktu itu.

2 Tetapi mereka membawa tentera mereka dan pergi melintas ke dalam sempadan negeri Zarahemla, dan menyerang orang yang berada di negeri Amoniha dan menghancurkan mereka.

3 Dan setelah itu, mereka melakukan banyak pertempuran melawan bangsa Nefi, di mana mereka dihalau dan dibunuh.

4 Dan di kalangan bangsa Laman yang terbunuh hampir semuanya keturunan Amulon dan saudara-saudaranya, yang adalah para imam Nuh, dan mereka dibunuh oleh tangan bangsa Nefi;

5 Dan yang tertinggal, setelah melarikan diri ke padang belantara timur, dan setelah merebut kuasa dan wewenang atas bangsa Laman, menyebabkan bahawa banyak daripada bangsa Laman dibinasakan oleh api kerana kepercayaan mereka—

6 Kerana banyak daripada mereka, setelah menderita banyak kehilangan dan sedemikian banyaknya kesengsaraan, mula tergugah dalam ingatan akan kata-kata yang telah Harun dan saudara-saudaranya khutbahkan kepada mereka di negeri mereka; oleh itu mereka mula tidak mempercayai adat resam nenek moyang mereka, dan percaya kepada Tuhan, dan bahawa Dia memberikan kekuatan besar kepada bangsa Nefi; dan demikianlah banyak daripada mereka bertukar hati di padang belantara.

7 Dan terjadilah bahawa para pemerintah itu yang adalah lebihan daripada anak-anak Amulon, menyuruh agar mereka hendaknya dihukum mati, ya, mereka semua yang percaya pada hal-hal ini.

8 Sekarang, kesyahidan ini menyebabkan bahawa banyak daripada saudara-saudara mereka dihasut sampai menjadi marah; dan mulalah ada perselisihan di padang belantara; dan bangsa Laman mula memburu keturunan Amulon dan saudara-saudaranya dan mula membunuh mereka; dan mereka melarikan diri ke padang belantara timur.

9 Dan lihatlah mereka diburu pada hari ini oleh bangsa Laman. Demikianlah terlaksana kata-kata Abinadi, yang dia katakan berkenaan keturunan para imam yang menyebabkan bahawa dia menderita kematian oleh api.

10 Kerana dia berkata kepada mereka: Apa yang akan kamu lakukan kepadaku akan menjadi suatu contoh hal-hal yang akan datang.

11 Dan sekarang, Abinadi adalah yang pertama yang menderita kematian oleh api kerana kepercayaannya kepada Tuhan; sekarang, inilah yang dia maksudkan, bahawa banyak yang akan menderita kematian oleh api, seperti yang telah dideritakannya.

12 Dan dia berkata kepada para imam Nuh bahawa keturunan mereka akan menyebabkan banyak dihukum mati, dengan cara seperti yang dideritakannya, dan bahawa mereka akan dicerai-beraikan dan dibunuh, bahkan seperti seekor domba yang tidak mempunyai gembala dihalau dan dibunuh oleh binatang buas; dan sekarang, lihatlah, kata-kata ini terbukti, kerana mereka dihalau oleh bangsa Laman, dan mereka diburu, dan mereka didera.

13 Dan terjadilah bahawa ketika bangsa Laman melihat bahawa mereka tidak dapat mengalahkan bangsa Nefi mereka kembali lagi ke negeri mereka sendiri; dan banyak daripada mereka datang untuk hidup di negeri Ismael dan negeri Nefi, dan menggabungkan diri mereka dengan umat Tuhan, yang adalah orang Anti-Nefi-Lehi.

14 Dan mereka juga menanamkan senjata peperangan mereka, seperti yang telah saudara-saudara mereka lakukan, dan mereka mula menjadi umat yang soleh; dan mereka berjalan di jalan Tuhan, dan berusaha mentaati perintah-Nya dan peraturan-Nya.

15 Ya, dan mereka mentaati hukum Musa; kerana adalah perlu bahawa mereka hendaknya mentaati hukum Musa pada masa ini, kerana belum semuanya digenapi. Tetapi tidak mengira hukum Musa, mereka menanti-nantikan kedatangan Kristus, menganggap bahawa hukum Musa adalah suatu contoh kedatangan-Nya, dan mempercayai bahawa mereka mesti mentaati pelaksanaan lahiriah itu sampai waktu ketika Dia akan diungkapkan kepada mereka.

16 Sekarang, mereka tidak menyangka bahawa keselamatan datang melalui hukum Musa; tetapi hukum Musa bermanfaat untuk menguatkan iman mereka kepada Kristus; dan demikianlah mereka mengekalkan suatu harapan melalui iman, pada keselamatan abadi, bersandar pada roh nubuat, yang berucap tentang hal-hal yang akan datang itu.

17 Dan sekarang, lihatlah, Amon, dan Harun, dan Omner, dan Himni, dan saudara-saudara mereka amat bersukacita, kerana kejayaan yang telah mereka alami di kalangan bangsa Laman, memandangkan bahawa Tuhan telah mengabulkan kepada mereka menurut doa-doa mereka, dan bahawa Dia telah juga membuktikan firman-Nya kepada mereka dalam setiap hal.