2011
Misionaris yang Ramai Dalam Kehidupan Saya
Februari 2011


Remaja

Misionaris yang Ramai Dalam Kehidupan Saya

Hari Ahad pertama saya menghadiri gereja dengan misionaris, saya mengenali orang-orang yang membesar bersama saya dan yang saya kenal dari komuniti. Saya melihat salah satu dari kawan rapat saya dari sekolah, setiausaha sekolah rendah dan sekolah menengah, seorang remaja puteri yang pada masa lampau telah saya memperlakukan secara tidak sebaik mungkin, dan bahkan seorang remaja putera yang pernah saya cintai.

Setiap orang dari individu-individu ini telah meninggalkan kesan yang bertahan lama dalam kehidupan saya. Kawan terbaik saya ialah seorang remaja puteri yang sangat berintegriti, dan oleh kerana dia, saya memilih terus belajar tentang Gereja. Para setiausaha itu yang mengenali saya dari sekolah membantu saya tahu bahawa saya seorang yang penting. Saya belajar tentang kasih ilahi dan kasih yang murni dari remaja puteri itu yang memelukkan saya walaupun saya telah memperlakukannya dengan kurang baik pada masa sebelumnya. Orang itu yang pernah saya cintai menjadi teladan yang baik, saya mengenali cahayanya dan ingin berada di sekitar dia.

Pengalaman-pengalaman ini menolong saya belajar bahawa, bahkan sebelum pertama kali saya kenal para misionaris, Bapa di Syurga telah menyediakan saya menerima injil melalui orang-orang yang telah Dia letakkan di sekitar saya. Dari mereka saya belajar bahawa perkara kecil yang kita lakukan ada kesan yang hebat. Paling penting, saya telah belajar bahawa perkerjaan misionaris bermula dengan saya.

Cetak