2011
Pemulihan Segala Hal
Februari 2011


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Februari 2011

Pemulihan Segala Hal

Pelajarilah pesanan ini dan, sebagaimana sesuai, berbicara mengenainya dengan para saudari yang anda kunjungi. Gunakanlah soalan-soalan yang diberikan untuk menolong anda menguatkan para saudari yang anda ajar dan juga untuk membuat Lembaga Pertolongan suatu bahagian yang giat dalam kehidupan anda.

Relief Society seal

Iman • Keluarga • Pertolongan

Nabi Joseph Smith mendirikan Lembaga Pertolongan sebagai sebahagian mustahak Gereja. Sebagai presidensi, kami harap agar kami dapat membantu anda memahami kenapa Lembaga Pertolongan adalah mustahak dalam kehidupan anda.

Kami tahu bahawa para wanita dari Perjanjian Lama menunjukkan iman dalam Yesus Kristus dan terlibat dalam perkerjaan-Nya. Maria, yang “duduk dekat kaki Yesus, dan mendengarkan perkataan-Nya” (Lukas 10:39). Dalam Injil Yohanes 11:27 Marta bersaksi mengenai Yesus: “dia berkata kepada Dia, Ya, Tuhan: Saya percaya engkaulah Mesias, Anak Allah, yang akan datang ke dalam dunia.” Kisah Para Rasul 9:36, 39 berbicara mengenai “seorang perempuan murid yang bernama Tabita, … yang banyak sekali telah berbuat baik. … Dan semua janda datang berdiri dekatnya … menunjukkan semua baju dan pakaian yang [dia] buat.” Febe, dalam Roma 16:1–2, ialah “pelayan jemaat” dan “memberikan bantuan kepada orang ramai.”

Pola-pola iman, kesaksian, dan pelayanan ini diteruskan dalam Gereja zaman akhir dan di dirasmikan dengan pembentukan Lembaga Pertolongan. Julie B. Beck, presiden umum Lembaga Pertolongan, mengajar: “Sama seperti Juruselamat menjemput Maria dan Marta yang hidup semasa zaman Perjanjian Baru untuk melibatkan diri dalam perkerjaan-Nya, para wanita zaman ini ada tugas yang rasmi untuk melibatkan diri dalam perkerjaan Tuhan. … Pembentukan Lembaga Pertolongan pada 1842 menggiatkan kuasa bersama para wanita dan tugas khusus mereka untuk membangun kerajaan Tuhan.”1

Kita mencapai perkerjaan kita ketika kita fokus pada tujuan-tujuan Lembaga Pertolongan: meningkatkan iman dan kesolehahan peribadi, memperkuatkan keluarga dan rumah tangga, dan mencari mereka yang perlu pertolongan.

Saya bersaksi bahawa Lembaga Pertolongan didirikan secara ilahi untuk membantu dalam perkerjaan keselamatan. Setiap saudari Lembaga Pertolongan ada peranan yang mustahak untuk memainkan dalam pencapaian kerja yang suci ini.

Silvia H. Allred, penasihat pertama dalam presidensi umum Lembaga Pertolongan.

Dari Tulisan Suci

Yoel 2:28–29; Lukas 10:38–42; Efesus 1:10

Dari Sejarah Kita

Saudari Julie B. Beck telah mengajar bahawa “kita tahu melalui Nabi Joseph Smith bahawa Lembaga Pertolongan adalah bahagian rasmi Pemulihan.”2 Proses pemulihan bermula dengan Penglihatan Pertama pada tahun 1820 dan berterus “garis demi garis, ajaran demi ajaran” (A&P 98:12). Apabila Lembaga Pertolongan ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 17 Mac 1842, Nabi mengajarkan wanita mengenai tempat mereka yang terpenting dalam Gereja yang dipulihkan. Dia berkata, “Gereja tidak ditubuhkan secara sempurna sehingga para wanita ditubuhkan seperti yang demikian.”3

Catatan-Catatan

  1. Julie B. Beck, “Memenuhi Tujuan Lembaga Pertolongan,” Liahona, Nov. 2008, 108.

  2. Julie B. Beck, “Memenuhi Tujuan Lembaga Pertolongan,” 108.

  3. Ajaran Presiden-Presiden Gereja: Joseph Smith (2007), 451.

Apa yang Dapat Saya Lakukan?

  1. Apa pertolongan akan saya berikan kepada saudari-saudari saya bulan ini yang menunjukkan iman saya sebagai seorang murid wanita Yesus Kristus?

  2. Apa ajaran injil yang dipulihkan akan saya mengaji untuk memperkuatkan kesaksian saya bulan ini?