Pesan Presidensi Utama, Februari 2011
Betapa Besar Akan Kebahagiaanmu
Hanya beberapa perkara dalam kehidupan ini adalah lebih manis dan bertahan lebih lama daripada mengetahui bahawa anda telah membantu orang lain mengambil injil Yesus Kristus yang dipulihkan ke dalam hati mereka. Mempunyai kebahagiaan itu adalah peluang yang tersedia untuk setiap ahli Gereja. Ketika kita dibaptis, kita mengikat janji bahawa kita akan “berdiri sebagai saksi bagi Tuhan pada setiap waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat di mana [kita] mungkin berada, bahkan sampai kematian, agar [kita] boleh ditebus oleh Tuhan, dan terbilang di antara mereka dalam kebangkitan pertama, agar [kita] boleh memperoleh kehidupan kekal” (Mosia 18:9).
Semua ahli gereja menerima sebahagian tugas yang diberikan kepada Gereja untuk mengambil injil Yesus Kristus ke seluruh dunia, dimana-mana mereka tinggal, sepanjang hidup. Tuhan mengatakannya dengan jelas: “Lihatlah, Aku mengutusmu keluar untuk bersaksi dan memperingatkan orang-orang, dan adalah sepatutnya bagi setiap orang yang telah diperingatkan untuk memperingatkan sesamanya” (A&P 88:81). Misionaries sepenuh-masa semestinya mempunyai kuasa mengajarkan mereka yang belum ahli Gereja. Ahli-ahli Gereja semestinya mempunyai kuasa mencari mereka yang Tuhan telah sediakan untuk diajar oleh para misionaris.
Kita mesti beriman bahawa Tuhan telah menyediakan orang-orang di sekeliling kita yang siap diajar. Dia tahu siapa mereka dan bila mereka sedia, dan Dia dapat memimpin kita ke mereka melalui kuasa Roh Kudus dan memberi kita perkataan untuk menjemput mereka diajar. Janji yang Tuhan mengikat dengan seorang misionari pada 1832 adalah janji yang sama yang Dia berikan kepada kita dalam tugas kita mencari orang yang sedia diajar oleh para misionaris: “Dan Aku akan mengirim ke atas dirinya Penghibur, yang akan mengajarkannya kebenaran dan jalan ke mana dia hendaknya pergi; dan sejauh dia setia, Aku akan memahkotainya lagi dengan berkas-berkas” (A&P 79:2–3).
Dan janji kebahagiaan yang besar bagi misionari yang setia juga dipunyai oleh kita sebagai ahli gereja yang setia yang memberikan hati kita dalam perkerjaan misionaris.
Dan jika kebahagiaan kita besar dengan satu jiwa yang kita bawa kepada Juruselamat dalam kerajaan Bapa, betapa besarnya kebahagiaan kita jika kita membawa ramai jiwa kepada Dia! (A&P 18:15–16).
“Lihatlah, kamu memiliki Injil-Ku di hadapanmu, dan batu karang-Ku, dan keselamatan-Ku.
“Mintalah kepada Bapa dalam nama-Ku, dalam iman percaya bahawa kamu akan menerima, dan kamu akan memperoleh Roh Kudus, yang menyatakan segala hal yang perlu kepada anak-anak manusia” (A&P 18:16–18).
Selain daripada Roh Kudus untuk membantu kita mengenali dan menjemput mereka yang sedia diajar, Tuhan telah memanggil dan melatih pemimpin untuk membimbing kita. Dalam sepucuk surat yang bertanggal 28 Febuari, 2002, Presidensi Utama meningkatkan tanggungjawab bagi uskup-uskup dan wad-wad dalam perkerjaan misionaris.1 Dengan pertolongan majlis cawangan atau wad, jawatankuasa eksekutif keimamatan menyediakan rancangan perkerjaan misionaris untuk cawangan atau wadnya. Dalam rancangan itu ada cadangan tentang bagaimana ahli-ahli dapat mencari mereka yang sedia diajar oleh para misionaris. Ada seorang yang dipanggil sebagai pemimpin misionaris cawangan atau wad. Pemimpin misionaris itu selalu berkomunikasi dengan misionaris sepenuh-masa dan simpatisan-simpatisan mereka.
Ada pelbagai cara anda dapat memenuhi kewajipan peribadi anda dengan lebih baik dan mencari orang untuk diajar oleh para misionaris. Cara yang paling sederhana adalah terbaik.
Berdoa untuk dipimpin oleh Roh Kudus. Bercakap dengan pemimpin tempatan dan misionaris, minta nasihat mereka dan janji pertolonganmu. Menggalakkan mereka yang terlibat dengan anda dalam perkerjaan ini. Dan menjadi seorang saksi pada setiap masa dalam apa yang anda katakan dan lakukan bahawa Yesus adalah Kristus dan bahawa Tuhan menjawab doa.
Saya bersaksi bahawa Roh Kudus akan membimbing anda kepada mereka yang mencari kebenaran ketika anda berdoa dan berusaha mendapat bimbingan itu. Dan saya tahu dari pengalaman bahawa kebahagiaanmu akan bertahan lama dengan mereka yang memilih untuk mengambil injil ke dalam hati lalu bertahan dalam iman.
© 2011 oleh Intellectual Reserve, Inc. Hak Cipta Terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/10. Kelulusan Terhemahan: 6/10. Terjemahan First Presidency Message, February 2011. Malay. 09762 348