2012
Keberanian untuk Menahan Taufan
Januari 2012


Remaja

Keberanian untuk Menahan Taufan

Pada malam kedua kem pancang Remaja Puteri saya, kami mengalami satu ribut hujan dan tornado yang hebat. Agak-agak ada 24 orang remaja puteri dan dua orang pemimpin dari bahagian saya yang menghadiri kem itu, dan kami semua masuk ke dalam satu kabin yang kecil untuk perlindungan. Hujan jatuh dengan hebat, dan angin bertiup-tiup juga. Saya terus mengingatkan diri sendiri tentang doa demi keselamatan yang diberikan oleh presiden pancang sebelum itu. Bahagian kami juga mengucapkan doa kumpulan dalam kabin kami, dan saya mengucapkan doa peribadi saya juga.

Ada banyak orang remaja puteri yang merasa takut, dan sebabnya mudah dilihat. Kabin kami tidak tegap, dan kami berada di sebelah sebatang sungai. Ribut itu menjadi lebih teruk dalam 20 minit dan seluruh pancang kami harus lari dari kabin-kabin bahagian mereka ke kabin-kabin kaunselor mereka, yang terletak pada tanah yang lebih tinggi. Presiden pancang saya mengucapkan satu doa lagi, dan kami menyanyikan lagu rohani, lagu Sekolah Primer, dan lagu kem untuk cuba menyenangkan diri sendiri. Ya, kami memang takut, tetapi kami dapat merasa bahawa segala perkara adalah dalam keadaan baik. Setelah setengah jam, kami semua pun dapat kembali ke kabin bahagian kami.

Selepas itu, kami mengetahui tentang apa yang sudah berlaku kepada tornado itu pada malam itu. Tornado itu dipisah kepada dua ribut. Satu daripada ribut taufan itu pergi ke arah kanan kami dan yang satu lagi pergi ke arah kiri kami. Apa yang kami alami bukan ribut yang paling teruk!

Saya tahu bahawa Tuhan mendengar doa kami pada malam itu dan Dia melindungi kami dari ribut taufan yang paling teruk. Mengapa satu tornado boleh dipisahkan kecuali jika Tuhan inginkannya? Saya tahu bahawa adanya ribut taufan dalam hidup, kita boleh berdoa kepada Bapa Syurgawi dan Dia akan mendengar dan menjawab kita, berikan kita keberanian dan perlindungan yang kita perlukan untuk menjadi selamat.