Pesanan Pengajaran Berkunjung, Januari 2012
Menjaga dan Melayan melalui Pengajaran Berkunjung
Pelajarilah pesanan ini dan, sebagaimana sesuai, berbicara mengenainya dengan saudari-saudari yang anda kunjungi.Gunakanlah soalan-soalan yang diberikan untuk menolong anda menguatkan para saudari yang anda ajar dan juga untuk membuat Lembaga Pertolongan suatu bahagian yang giat dalam kehidupan anda.
“Ihsan [bererti] lebih daripada satu perasaan murah hati sahaja,” ajar Presiden Henry B. Eyring, Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama. “Ihsan datang dari iman dalam Tuhan Yesus Kristus dan adalah satu kesan PenebusanNya.”1 Untuk para saudari Lembaga Pertolongan, pengajaran berkunjung adalah satu tindakan ihsan, satu cara yang penting untuk melaksanakan iman kita dalam Juruselamat.
Melalui pengajaran berkunjung, kita memberikan penjagaan dengan menghubungi setiap orang saudari, mengongsikan satu pesanan injil, dan mencarikan dan mengetahui keperluannya dan keperluan keluarganya. “Pengajaran berkunjung menjadi kerja Tuhan bila kita berfokus pada orang dan bukan peratusan,” jelas Julie B. Beck, presiden umum Lembaga Pertolongan. “Dalam realiti, pengajaran berkunjung tidak tamat. Ia adalah satu cara hidup dan bukan satu tugas. Melayan sebagai seorang pengajar berkunjung dengan beriman adalah bukti penganutan kita.”2
Bila kita berikan penjagaan yang konsisten dan berdoa, kita belajar tentang cara untuk melayan dan menemui keperluan setiap saudari dan keluarganya. Pelayanan boleh datang dalam pelbagai bentuk—ada yang besar dan ada yang kecil. “Biasanya, tindakan pelayanan yang kecil diperlukan untuk meningkat dan memberkat orang lain: satu soalan mengenai keluarga seseorang, kata-kata galakan, satu pujian yang ikhlas, satu nota kesyukuran, satu panggilan telefon yang ringkas,” ajar Presiden Thomas S. Monson. “Jika kita tajam daya pemerhatian dan sedar, dan jika kita bertindak ke atas perasaan yang datang kepada kita, kita boleh mencapai banyak kebaikan. … Tindakan pelayanan yang tak terbilang sudah diberikan oleh tentera besar pengajar berkunjung Lembaga Pertolongan.”3
Dari Tulisan Suci
Yohanes 13:15, 34–35; 21:15; Mosia 2:17; Ajaran dan Perjanjian 81:5; Musa 1:39
Dari Sejarah Kita
Pada tahun 1843, ahli-ahli Gereja di Nauvoo, Illinois dipisahkan kepada empat bahagian. Pada bulan Julai tahun itu, para pemimpin Lembaga Pertolongan menubuhkan satu jawatankuasa yang mengandungi empat orang saudari untuk setiap bahagian. Tanggungjawab jawatankuasa pengajaran berkunjung termasuk menaksirkan keperluan dan mengumpulkan dermaan. Lembaga Pertolongan menggunakan dermaan itu untuk orang yang berkeperluan.4
Sekarang para pengajar berkunjung tidak lagi mengumpulkan dermaan, mereka masih bertanggungjawab untuk menaksirkan keperluan—rohani dan keperluan jasmani—dan bekerja untuk menemui keperluan-keperluan itu. Eliza R. Snow(1804–87), presiden umum Lembaga Pertolongan kedua, menjelaskan: “Seorang pengajar … harus memiliki Roh Tuhan, dan bila dia memasuki satu rumah, dia mengenali roh yang dia temui dalam rumah itu. … Merayu kepada Tuhan dan Roh Kudus untuk memperolehi {Roh} supaya anda dapat menemui roh yang berada dalam rumah itu … dan anda boleh mengucapkan kata-kata yang damai dan yang menyenangkan, dan jika anda menemui seorang saudari yang merasa sejuk, bawalah dia ke hati anda seperti anda memegang seorang kanak-kanak ke dadamu dan memanaskannya.”5
© 2012 by Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/11. Kelulusan terjemahan: 6/11. Terjemahan Visiting Treaching Message, January 2012. Malay. 10361 348