Pesanan Presidensi Utama, Januari 2012
Kehidupan yang Berlimpah-limpah
Pada permulaan tahun yang baru ini, saya mencabar Orang-orang Suci di merata-rata tempat untuk mengerjakan satu usaha yang peribadi, yang gigih, dan yang utama yang saya panggil kehidupan yang berlimpah-limpah dengan kejayaan, kebaikan, dan berkat. Seperti dasar-dasar yang kita pelajari dalam sekolah, saya memberikan anda asas-asas yang dasar untuk menolong kita semua memperolehi kehidupan yang berlimpah-limpah.
Memperolehi Sikap yang Positif
Perkara pertama pada senarai asas-asas saya adalah sikap. William James, seorang orang Amerika dan peneroka dalam bidang psikologi dan falsafah, menulis, “Revolusi yang paling besar pada generasi kita adalah penemuan bahawa manusia, jika mengubahkan sikap mereka, boleh mengubah aspek luaran mereka.”1
Banyak perkara dalam hidup bergantung pada sikap kita. Cara kita memilih untuk memandang dan bertindak terhadap perkara-perkara ini boleh menjadikan semua perbezaan. Jika kita bekerja dengan sedaya upaya dan memilih untuk menjadi gembira tentang apa-apa pun keadaan kita, kita akan menerima kedamaian dan kepuasan hati.
Charles Swindoll—pengarang, pendidik, dan paderi Kristian—berkata: “Pada pendapat saya, sikap adalah lebih penting dari … masa lepas, … lebih penting dari wang, lebih penting dari keadaan, kegagalan, kejayaan, dan apa yang difikir atau dikatakan oleh orang lain. Ia lebih penting dari wajah, bakat, atau kemahiran. Ia akan menjayakan atau menjatuhkan satu syarikat, satu gereja, atau satu keluarga. Perkara yang istimewa adalah bahawa kita mempunyai pilihan setiap hari mengenai sikap kita terhadap hari itu.”2
Kita tidak boleh mengarahkan angin, tetapi kita boleh mengubah suai layar. Demi kegembiraan, kedamaian, dan kepuasan hati yang maksimum, semoga kita memilih satu sikap yang positif.
Percaya dalam Diri Sendiri
Kedua, percaya dalam diri sendiri, dalam mereka yang di sekeliling anda, dan dalam asas-asas abadi.
Jujur dengan diri sendiri, dengan orang lain, dan dengan Bapa Syurgawi anda. Menurut Shakespeare, seorang yang tidak jujur dengan Tuhan sehingga terlalu lambat adalah Cardinal Wolsey, yang melayani tiga orang raja dan menikmati kekayaan dan kuasa buat masa yang panjang. Akhirnya, dia dipotong dari kuasa dan kekayaannya oleh seorang raja yang kurang sabar. Cardinal Wolsey menyeru:
Jika saya melayani Tuhan saya dengan setengah semangat,
Saya melayani raja saya, Dia tidak akan meninggalkan saya
kepada musuh-musuh saya pada masa tua saya.3
Thomas Fuller, seorang paderi dan sejarawan yang hidup pada abad 17-an, menuliskan kebenaran ini: “Seorang yang tidak hidup selaras dengan kepercayaannya tidak benar-benarnya percaya.”4
Jangan hadkan diri sendiri dan jangan biarkan orang lain meyakinkan anda bahawa anda adalah terhad dalam perkara yang anda boleh lakukan. Percaya dalam diri sendiri dan kemudian hidup untuk mencapai kemungkinan anda.
Anda boleh mencapai apa-apa pun yang anda percaya anda boleh capai. Berkeyakinan dan percaya dan beriman.
Menemui Cabaran dengan Keberanian
Keberanian menjadi satu hemah yang bermanfaat dan bererti apabila ia bukan tentang kerelaan untuk mati dengan gagah tetapi tentang satu tekad untuk hidup dengan tertib.
Seorang penulis dan penyair orang Amerika Ralph Waldo Emerson berkata: “Anda perlukan keberanian untuk semua perkara yang anda lakukan. Apa-apa pun jalan yang anda tekad menurut, tentunya ada orang yang akan memberitahu anda bahawa anda salah untuk memilih jalan itu. Akan ada kesukaran yang muncul yang akan menggoda anda untuk mempercayai bahawa pengkritik-pengkritik anda adalah betul. Untuk memetakan perjalanan tindakan dan mengikut peta itu sehingga ketamatan memerlukan keberanian seperti seorang askar. Kedamaian akan menang, tetapi ia memerlukan lelaki dan perempuan yang berani untuk mencapai kemenangan itu.”5
Akan ada masa bila anda merasa takut dan tawar hati. Mungkin anda merasa bahawa anda sudah dikalahkan. Peluang untuk mencapai kemenangan boleh nampaknya terlalu susah. Ada masanya anda mungkin merasa seperti Daub cuba untuk menentang Goliat. Tetapi ingatkanlah—Daud mengalahkan Goliat!
Keberanian diperlukan untuk mendorong seseorang ke arah matlamatnya, tetapi keberanian yang lebih besar diperlukan bila seseorang tersandung dan mesti buatkan usaha kedua untuk mencapai matlamat itu.
Berazam untuk melakukan usaha itu, berfokus untuk berusaha terhadap satu matlamat yang layak, dan keberanian yang diperlukan untuk menemui cabaran akan datang tetapi keberanian untuk berusaha buat kali kedua juga akan datang, jika diperlukan. “Kadang kala keberanian adalah bisikan pada ketamatan hari yang berkata, ‘Saya akan cuba lagi hari besok.’”6
Semoga kita ingati bahawa asas-asas ini semasa kita memulakan perjalanan kita terhadap satu tahun yang baru, memupuk sikap yang positif, satu kepercayaan bahawa kita boleh mencapai matlamat dan resolusi kita, dan keberanian untuk menghadapi cabaran yang akan kita tempuhi. Dengan demikian, kita akan mencapai hidup yang berlimpah-limpah.
© 2012 oleh Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/11. Kelulusan terjemahan: 6/11. Terjemahan First Presidency Message, January 2012. Malay. 10361 348