2012
Saya Akan Jumpa Dia Lagi
April 2012


Remaja

Saya Akan Jumpa Dia Lagi

Bapa membuatkan kami setiap anak-anaknya berasa istimewa. Dia menyayangi kami dan mengampunkan kami dengan mudahnya. Dia berlaku dengan sedaya upayanya untuk memastikan kami gembira, dan dia menjelaskan bahawa dia inginkan yang paling baik bagi kami. Saya sangat menyayangi dia.

Bila saya dalam darjah enam, bapa saya meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta. Keluarga saya dan saya sangat sedih. Wujudnya satu lubang yang besar dalam keluarga kami. Bapalah orang yang saya bergantung pada, orang yang saya hampiri jika saya menemui masalah. Sebalik dari mencarikan kebantuan, saya biarkan kemarahan dan kesakitan tetap bersama saya. Saya akhirnya memutus bahawa ia adalah kesalahan Tuhan. Saya berhenti membaca kitab-kitab suci dan berhenti berdoa. Saya pergi ke gereja hanya kerana Ibu inginkan saya pergi. Saya cuba menjauhkan diri dari Bapa Syurgawi saya.

Kemudian saya menghadiri khemah Remaja Puteri buat kali pertama. Saya suka menemui rakan-rakan baru, tetapi saya masih tidak membaca kitab-kitab suci. Pada petang hari terakhir, kami adakan satu pertemuan kesaksian. Saya berasa sesuatu yang saya tidak terasa buat waktu yang lama: Roh Kudus. Saya menyanjungi para remaja puteri yang memberikan kesaksian mereka, tetapi saya tetap berduduk kerana saya fikir saya tidak mempunyai satu kesaksian. Tiba-tiba saya berasa saya mesti berdiri. Saya buka mulut, memikir apa yang harus saya ucapkan. Jadi saya pun berkata bahawa saya berasa sukacita terhadap khemah Remaja Puteri. Kemudian saya terus berkata bahawa saya tahu Yesus Kristus mati untuk saya dan Bapa Syurgawi saya menyayangi saya dan Gereja ini adalah benar.

Saya dipenuhi dengan kedamaian yang luar biasa. Kerana pengalaman ini saya boleh berkata bahawa saya tahu saya akan jumpa bapa saya lagi kerana Penebusan dan Kebangkitan Juruselamat.