2012
Mengasih, Menjaga, dan Memperkuatkan
April 2012


Pesan Pengajaran Berkunjung, April 2012

Mengasih, Menjaga, dan Memperkuatkan

Pelajarilah pesanan ini secara penuh doa dan, sebagaimana sesuai, berbincang mengenainya dengan para saudari yang anda kunjungi.Gunakan soalan-soalan yang di bawah untuk menolong menguatkan para saudari yang anda ajar dan membuat Lembaga Pertolongan sebahagian giat dalam hidup anda sendiri.

Iman, Keluarga, Pertolongan

Seperti Juruselamat, para pengajar berkunjung melayani satu demi satu (lihat 3 Nefi 11:15). Kita tahu kita sudah berjaya dalam pelayanan kita sebagai pengajar berkunjung bila saudari-saudari kita berkata: (1) pengajar berkunjung saya menolong saya berkembang secara rohani; (2) saya tahu bahawa pengajar berkunjung saya memang mengambil berat tentang saya dan keluarga saya; dan (3) jika saya menghadapi masalah, saya tahu pengajar berkunjung saya akan mengambil tindakan tanpa menunggukan permintaan.1

Bagaimana kita sebagai para pengajar berkunjung boleh mengasih, menjaga, dan memperkuatkan seorang saudari? Berikut adalah sembilan cadangan yang terdapat dalam bab 7 Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society untuk membantu para pengajar berkunjung melayan saudari-saudari mereka:

  • Berdoa setiap hari untuk dia dan keluarganya.

  • Mencarikan ilham untuk mengetahui dia dan keluarganya.

  • Selalu mengunjungi dia untuk mengenal keadaannya dan untuk menyenangkan dia dan memperkuatkan dia.

  • Selalu menghubungi dia melalui kunjungan, panggilan telefon, e-mail, pesanan teks, dan tindakan kebaikan yang kecil.

  • Menyambut dia pada pertemuan-pertemuan Gereja.

  • Membantu dia bila dia menemui kecemasan, kesakitan, atau keperluan cemas lain.

  • Mengajarkan dia injil dari kitab-kitab suci dan Pesanan-Pesanan Pengajaran Berkunjung.

  • Mengilhamkan dia dengan menjadi satu teladan yang baik.

  • Melapor kepada pemimpin Lembaga Pertolongan tentang pelayanan mereka dan keadaan rohani dan jasmani saudari itu.

Dari Tulisan Suci

Lukas 10:38–39; 3 Nefi 11:23–26; 27:21

Dari Sejarah Kita

“Pengajaran berkunjung sudah menjadi satu kenderaan untuk para wanita Orang suci Zaman Akhir di seluruh dunia untuk mengasih, menjaga, dan melayan—untuk ‘bertindak menurut simpati yang sudah Tuhan tanam dalam dada [kita],’ seperti yang diajar oleh Joseph Smith.”2

Seorang saudari yang menjadi balu baru-baru ini berkata tentang pengajar-pengajar berkunjungnya: “Mereka mendengar. Mereka menyenangkan hati saya. Mereka menanggis bersama saya. Dan mereka memeluk saya … [Mereka] menolong saya untuk memulih dari kemelesetan dan depresi yang mendalam pada waktu yang sunyi pada beberapa bulan awal itu.”3

Menolong dengan tugas-tugas duniawi juga satu bentuk pelayanan. Pada persidangan umum hari bulan Oktober 1856, Presiden Brigham Young mengumumkan bahawa adanya sekumpulan perintis kereta sorong terkandas dalam salji yang dalam pada tempat sejauh 270–370 batu (435–595km). Dia memanggil para Orang Suci Zaman Akhir di Salt Lake City untuk menyelamat mereka dan untuk “hanya berfokus pada perkara-perkara yang kita panggil duniawi.”4

Lucy Meserve Smith merekodkan bahawa para wanita pun menanggalkan skirt dalam dan stoking mereka yang panas di khemah ibadat dengan serta-merta dan menempatkan pakaian itu ke dalam kereta-kereta sorong yang dihantar kepada para perintis yang sejuk itu. Kemudian mereka mengumpulkan peralatan tempat tidur dan pakaian untuk mereka yang akan sampai di situ dengan sedikit barang-barang milik mereka. Bila kumpulan kereta sorong itu sampai, satu bangunan dalam kota itu “penuh dengan bekalan bagi mereka.”5

Nota

  1. Lihat Julie B. Beck, “What I Hope My Granddaughters (and Grandsons) Will Understand about Relief Society,” Liahona, Nov. 2011, 113.

  2. Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society (2011), 112.

  3. Daughters in My Kingdom, 119–20.

  4. Brigham Young, “Remarks,” Deseret News, Oct. 15, 1856, 252.

  5. Lihat Daughters in My Kingdom, 36–37.

Apa yang Dapat Saya Lakukan?

  1. Bagaimana saya boleh mengetahui keperluan para saudari saya?

  2. Bagaimana para saudari saya tahu bahawa saya mengambil berat tentang mereka?