Pesan Presidensi Utama, April 2012
“Dia Sudah Bangkit”
Kesaksian Seorang Nabi
“Pemohonan agama Kristian,” telah diisytiharkan oleh Presiden Thomas S. Monson, adalah bahawa Yesus dari Nasaret bangkit dari kematian. “Kenyataan Kebangkitan menyediakan kepada semua orang kesejahteraan yang tidak mungkin difahami” (lihat Filipi 4:7).1
Dalam perenggan berikut, Presiden Monson berkongsikan kesaksiannya dan kesyukurannya terhadap Kebangkitan Juruselamat dan mengisytiharkan bahawa sebab Putera mengatasi kematian, jadi semua anak Bapa yang datang ke bumi akan hidup sekali lagi.
Kehidupan Selepas Kefanaan
“Saya percaya tidak ada sesiapa pun di kalangan kita boleh memikirkan maksud penuh perkara yang telah Kristus lakukan untuk kita dalam Taman Getsemani, tetapi saya bersyukur setiap hari dalam kehidupan saya terhadap korban tebusan-Nya bagi pihak kita.
“Pada saat terakhir, Dia masih boleh pusing balik. Tetapi Dia tidak. Dia lakukan segala hal supaya Dia dapat menyelamatkan segala hal. Dengan membuat demikian, Dia berikan kita kehidupan selepas kewujudan fana ini. Dia menebuskan kita dari Kejatuhan Adam.
“Jauh dalam jiwa saya, saya bersyukur kepada Dia. Dia mengajar kita cara hidup. Dia mengajar kita cara mati. Dia menjaminkan penyelamatan kita.”2
Menghapuskan Kegelapan Kematian
“Dalam kebanyakan situasi, seperti penderitaan dan kesakitan yang hebat, kematian datang sebagai satu malaikat belas kasihan. Tetapi biasanya, kita memandangnya sebagai musuh kegembiraan manusia.
“Kegelapan kematian boleh dihapuskan oleh cahaya kebenaran yang sudah diwahyukan. ‘Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup,’ firman Guru. ‘Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya.’
“Kejaminan ini—ya, bahkan penetapan kudus—tentang kehidupan selepas kubur boleh menyediakan kedamaian yang dijanjikan oleh Juruselamat bila Dia menjamin kepada pengikut-pengikut-Nya: ‘Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.’”3
Dia Tidak Ada Di Sini
“Juruselamat kita hidup lagi. Hal ini adalah hal yang termulia, yang paling menyenangkan hati, dan yang paling menyakinkan sudah berlaku—kemenangan ke atas kematian. Kesakitan dan kesengsaraan di Getsemani dan Kalvari sudah dihapuskan. Penyelamatan manusia sudah dikukuhkan. Kejatuhan Adam sudah dituntuk balik.
“Kubur yang kosong pada pagi Hari Paska pertama adalah jawapan kepada soalan Ayub, ‘Jika manusia mati, dapatkah mereka hidup lagi?’ Kepada semua yang dapat mendengar suara saya, saya mengiystiharkan, jika manusia mati, mereka dapat hidup lagi. Kita tahu, kerana kita mempunyai cahaya kebenaran yang sudah diwahyuklan. …
“Saudara dan saudari yang ku kasahi, pada waktu kesedihan kita yang terbesar, kita boleh menerima kedamaian yang mendalam dari kata-kata malaikat pada pagi Hari Paska pertama: ‘Dia tidak ada di sini: Dia sudah bangkit.’”4
Semua Akan Hidup Lagi
“Kita ketawa, kita menanggis, kita bekerja, kita bermain, kita menyayangi, kita hidup. Dan kemudian kita mati. …
“Dan kita akan tetap menjadi mati jika tanpa seorang dan Misi-Nya, Yesus dari Nasaret. …
“Dengan segala hati ku dan semangat ku yang berkobar-kobar, saya meningkatkan suara saya dalam kesaksian sebagai seorang saksi yang istimewa dan mengisytiharkan bahawa Tuhan hidup. Yesus adalah Putera-Nya, Anak Sulung Bapa yang bertubuh badan. Dia adalah Penebus kita, Dia adalah Perantara kita dengan Bapa. Dia yang mati di atas salib untuk menebuskan dosa-dosa kita. Dia menjadi hasil buah pertama Kebangkitan. Kerana Dia sudah mati, semua dapat hidup lagi.”5
Satu Kesaksian Peribadi
“Saya mengisytiharkan kesaksian peribadi saya bahawa kematian sudah dikalahkan, kemenangan ke atas kubur sudah dimenangkan. Semoga firman yang dijadi-sucikan oleh Dia yang sudah memenuhkan firman itu menjadi pengetahuan yang benar kepada semua orang. Ingatlah firman-firman itu. Hargailah mereka. Hormatilah mereka. Dia sudah bangkit.”6
© 2012 by Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/11. Kelulusan terjemahan: 6/11. Terjemahan First Presidency Message, April 2011. Malay. 10364 348