2012
Melayan dalam Bait Suci
Ogos 2012


Remaja

Melayan dalam Bait Suci

Bila saya berusia 17, saya mula berfikir dengan seriusnya tentang masa depan saya, dan saya berdoa kepada Bapa Syurgawi tentang perkara yang boleh saya lakukan untuk bersedia untuk melayan satu misi dan menerima Imamat Melkisedek. Saya berasa saya harus menghadiri bait suci dengan lebih kerap kerana ia adalah rumah Tuhan dan di situ saya akan berasa lebih dekat dengan Bapa Syurgawi.

Jadi saya tetapkan satu matlamat untuk melakukan 1,000 pembaptisan dalam satu tahun. Saya benar-benarnya berasa saya perlu tetapkan matlamat ini; saya berpuasa untuk mengetahui sama ada inilah perkara yang harus saya lakukan. Bapa Syurgawi kita menjawab saya, dan saya mula pergi ke Bait Suci Tampico Mexico setiap hari Sabtu.

Selepas saya melakukan 500 pembaptisan, saya tetapkan satu matlamat untuk melakukan penyelidikan sejarah keluarga nenek moyang saya, dan saya gemarkan kerja penyelidikan itu sehingga saya tidak tidur kerana saya sibuk mencarikan nama-nama nenek moyang saya. Saya sudah dapat 50 nama dan lapan generasi sejarah keluarga saya; saya tolong melakukan kerja bait suci untuk mereka.

Pada akhirnya, saya melakukan 1,300 pembaptisan, dan saya berijazah dari seminari, menerima Imamat Melkisedek, dan sekarang melayan misi penuh masa, salah satu matlamat terbesar dalam hidup ini.