Pesanan Presidensi Utama, Ogos 2012
Panggilan Juruselamat untuk Melayan
Semua yang pernah belajar matematik tahu tentang penyebut yang sama. Bagi Orang Suci Zaman Akhir, adanya satu sifat yang sama yang menggabungkan kita. Sifat itu adalah panggilan individu yang kita terima untuk melaksanakan tugas dalam kerajaan Tuhan pada bumi ini.
Pernahkan anda mendesis bila satu panggilan diberikan kepada anda? Atau anda menerima setiap peluang untuk melayan saudara saudari anda dengan kesyukuran, dengan mengetahui bahawa Bapa Syurgawi kita akan memberkat mereka yang Dia panggil?
Saya harap kita tidak akan hilangkan tujuan benar peluang kita untuk melayan. Tujuan itu, matlamat abadi itu, adalah sama dengan yang difirmankan Tuhan dalam Mutiara yang Sangat Berharga: “Kerana lihatlah, inilah pekerjaan-Ku dan kemuliaan-Ku—untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan kekal bagi manusia.”1
Semoga kita selalu mengingat bahawa mantel keahlian dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir bukan satu jubah keselesaan sahaja tetapi satu baju tup tanggungjawab. Tugas kita, selain daripada menyelamat diri sendiri, adalah untuk membimbing orang lain ke kerajaan selestial Tuhan.
Dengan berjalan secara rela pada jalan pelayanan Tuhan, kita tidak akan berada dalam situasi seperti Cardinal Wolsey dari Shakespeare. Selepas disingkirkan dari kuasanya setelah pelayanan sepanjang hidupnya kepada maharajanya, dia meratap dengan sedihnya:
Jika saya melayani Tuhan saya dengan setengah semangat,
Saya melayani raja saya, Dia tidak akan meninggalkan saya
kepada musuh-musuh saya pada masa tua saya.2
Pelayanan apakah yang dihendaki oleh syurga? “Tuhan menuntut hati dan suatu fikiran yang rela; dan yang bersedia dan yang patuh akan memakan yang baik dari tanah Sion pada zaman terakhir ini.”3
Saya berhenti sekejap bila saya renungkan kata-kata Presiden John Taylor (1808–87): “Jika anda tidak mengembangkan panggilan anda, Tuhan akan buat anda bertanggungjawab terhadap mereka yang mungkin dapat anda selamat jika anda lakukan tugas anda.”4
Hidup Yesus seperti satu lampu sorot kebaikan bila Dia melayan di kalangan orang ramai. “Aku ada antara kamu sebagai orang yang melayan,”5 Yesus mengisytiharkan bila Dia berikan tenaga kepada kaki tangan orang yang lumpuh, penglihatan kepada mata orang yang buta, pendengaran kepada telinga orang yang pekak, dan nyawa kepada orang yang mati.
Dengan perumpamaan orang Samaria yang baik, Guru mengajar kita untuk menyayangi jiran-jiran kita seperti kita menyayangi diri sendiri.6 Dengan jawapan-Nya kepada raja yang kaya, Dia mengajar kita untuk menyingkirkan sifat mementingkan diri.7 Dengan memberi makanan kepada 5,000 orang, Dia mengajar kita untuk mencarikan keperluan orang lain.8 Dan dengan khutbah pada Gunung, Dia mengajar kita untuk mencarikan kerajaan Tuhan sebelum apa-apa hal pun.9
Dalam Dunia Baru, Tuhan yang sudah bangkit mengisytiharkan, “Kamu tahu apa yang mesti kamu lakukan di gereja-Ku; kerana pekerjaan yang telah kamu lihat Aku lakukan itu akan kamu lakukan juga; kerana apa yang telah kamu lihat Aku lakukan bahkan itu akanlah kamu lakukan.”10
Kita memberkat orang lain bila kita melayan dalam bayang “Yesus orang Nasaret … pergi ke serata tempat untuk berbuat baik.”11 Tuhan memberkat kita untuk mencarikan kebahagiaan dalam pelayanan kita kepada Bapa kita di syurga bila kita melayan anak-anak-Nya pada bumi ini.
© 2012 by Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/11. Kelulusan Penterjemahan: 6/11. Penterjemahan First Presidency Message, August 2012. Malay. 10368 348