Pesanan Pengajaran Berkunjung, Ogos 2012
Mengambil Tindakan pada Masa yang Diperlukan
Pelajarilah pesanan ini secara penuh doa dan, sebagaimana sesuai, berbincang mengenainya dengan para saudari yang anda kunjungi.Gunakan soalan-soalan yang di bawah untuk menolong menguatkan para saudari yang anda ajar dan membuat Lembaga Pertolongan sebahagian giat dalam hidup anda sendiri.
Sebagai pengajar berkunjung, salah satu tujuan kita adalah untuk menolong untuk memperkuatkan keluarga dan rumah tangga. Saudari-saudari yang kita kunjungi harus boleh berkata, “Jika saya menemui masalah, saya tahu pengajar berkunjung saya akan monolong tanpa menunggukan permintaan.” Untuk melayan, kita bertanggungjawab untuk menyedar tentang keperluan-keperluan saudari-saudari yang kita kunjungi. Bila kita mencarikan inspirasi, kita akan tahu cara untuk membalas terhadap keperluan-keperluan rohani dan jasmani setiap saudari yang kita kunjungi. Kemudian, dengan menggunakan masa kita, kemahiran kita, bakat kita, doa yang beriman, dan sokongan rohani dan emosi, kita boleh memberikan pelayanan yang berbelas kasihan semasa waktu kesakitan, kematian, dan keadaan-keadaan lain yang khas.1
Melalui bantuan laporan dari para pengajar berkunjung, presidensi Lembaga Pertolongan mengenal pasti orang yang memilik keperluan khas kerana kesakitan fizikal atau kesakitan emosi, kecemasan, kelahiran, kematian, ketidakupayaan, kesunyian, atau cabaran-cabaran lain. Presiden Lembaga Pertolongan kemudian melaporkan perkara-perkara ini kepada uskup. Di bawah arahan uskup, Presiden Lembaga Pertolongan mengoordinatkan bantuan.2
Sebagai pengajar berkunjung, kita mempunyai “betapa besarnya alasan … untuk bersukacita” kerana “berkat yang telah dilimpahkan ke atas diri kita, bahawa kita telah dijadikan alat dalam tangan Tuhan untuk mendatangkan pekerjaan yang besar ini” (Alma 26:1,3).
Dari Tulisan Suci
Matius 22:37–40; Lukas 10:29–37;Alma 26:1–4; Ajaran dan Perjanjian 82:18–19
Dari Sejarah Kita
Pada tahun-tahun permulaan Gereja, keahlian adalah kecil dan terpusat. Ahli-ahli boleh berbalas dengan cepatnya bila seseorang perlukan bantuan. Hari ini keahlian kita lebih dari 14 juta dan menyebar di seluruh dunia. Pengajaran berkunjung adalah satu bahagian rancangan Tuhan untuk memberikan bantuan kepada semua anak-anak-Nya.
“Sistem yang boleh memberikan bantuan dan kesenangan dalam gereja yang begitu besar dalam dunia yang berbeza ini adalah melalui hamba-hamba individu yang berdekatan dengan orang yang berkeperluan,” kata Presiden Henry B. Eyring, Penasihat Pertama dalam Presidensi Utama.
“… Setiap uskup dan setiap presiden cabang mempunyai seorang presiden Lembaga Pertolongan yang boleh mereka bergantung pada,” dia terus berkata. “Presiden Lembaga Pertolongan mempunyai pengajar-pengajar berkunjung, yang mengetahui cubaan dan keperluan setiap saudari. Presiden Lembaga Pertolongan, melalui pengajar berkunjung, boleh mengetahui tentang hati individu dan hati keluarga. Dia boleh menemui keperluan dan menolong uskup dalam panggilannya untuk mengasuh individu dan keluarga.”3
© 2012 by Intellectual Reserve, Inc. Hak cipta terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/11. Kelulusan Penterjemahan: 6/11. Penterjemahan Visiting Teaching Message, August 2012. Malay. 10368 348