Remaja
Ketahui tentang Perkara yang Harus Diucapkan
Jika anda rasa anda tidak cukup berilmu untuk berkongsikan injil dengan orang lain, anda boleh dapat kesenangan dari jaminan dari tulisan-tulisan suci ini:
“Angkatlah suaramu kepada orang-orang ini; bicarakanlah pemikiran yang akan Aku taruh ke dalam hatimu, dan kamu tidak akan dipermalukan di hadapan manusia;
“Kerana akan diberikan kepadamu pada jam yang tepat, ya, pada saat yang tepat, apa yang akan kamu katakan” (A&P 100:5–6).
“Roh Tuhan, Penolong yang akan diutus oleh Bapa demi nama-Ku, akan mengajar kamu segala-galanya dan akan mengingatkan kamu segala yang telah Aku katakan kepada kamu” (Yohanes 14:26).
Semua ini adalah jaminan yang besar, tetapi untuk memperoleh mereka, kita mesti lakukan bahagian kita. Dalam pesanan ini, Presiden Eyring mengajar kita cara ini: “Bersedia untuk [berkongsikan injil] dengan mengisikan minda anda setiap hari dengan kebenaran injil.” Apakah yang boleh anda lakukan untuk mengisikan minda anda dengan kebenaran injil?