Pesanan Presidensi Utama, September 2012
Berkongsikan Injil dari Hati ke Hati
Tuhan akan menempatkan orang yang bersedia pada jalan para hamba-Nya yang bersedia untuk berkongsikan injil. Anda sudah berpengalaman begitu dalam hidup anda. Berapa kerap kali ini berlaku bergantung pada persediaan minda dan hati anda.
Seorang sahabat saya berdoa setiap hari untuk menemu seorang yang sedia untuk menerima injil. Dia bawakan satu salinan Kitab Mormon bersamanya. Pada malam sebelum satu perjalanan pendek, dia berputus untuk meninggalkan satu salinan Kitab Mormon tetapi hanya membawa satu kad Gereja. Tetapi bila dia bersedia untuk meninggal, satu impresi rohani datang kepadanya: “Bawakan satu salinan Kitab Mormon bersama anda.” Jadi, dia pun meletakkan satu salinan dalam begnya.
Bila seorang wanita yang dia kenali duduk di sebelahnya pada perjalanan ini, dia menanyakan diri, “Adakah dia orang itu yang harus saya berikan Kitab Mormon?” Wanita itu duduk di sebelahnya sekali lagi pada perjalanan pulang. Dia berfikir, “Bagaimana harus saya memulakan perbualan tentang injil?”
Sebaliknya, wanita itu menanya, “Anda bayar persepuluhan kepada gereja anda, betulkah?” Dia kata dia bayar persepuluhan. Wanita itu memberitahu dia bahawa dia seharusnya membayar persepuluhan kepada gerejanya tetapi dia tidak. Kemudian wanita itu menanya, “Apakah yang boleh anda beritahu saya tentang Kitab Mormon?”
Dia menjelas bahawa kitab itu adalah tulisan suci, satu kesaksian lagi tentang Yesus Kristus, diterjemah oleh Nabi Joseph Smith. Wanita itu nampaknya berminat, jadi dia pun masukkan tangannya ke dalam beg dan berkata, “Saya ditekan untuk membawa buku ini bersama saya. Saya fikir ia adalah untuk anda.”
Wanita itu mula membaca kitab itu. Bila mereka berpisah, wanita itu berkata, “Anda dan saya akan mengadakan perbualan yang lebih lanjut tentang ini.”
Perkara yang tidak diketahui oleh sahabat saya—tetapi Tuhan tahu adalah bahawa wanita itu mencarikan satu gereja. Tuhan tahu bahawa dia sudah memerhati sahabat saya dan menanyakan dirinya sendiri mengapa Gereja ini mendatangkan kegembiraan kepada sahabat saya. Tuhan tahu bahawa wanita itu akan menanya tentang Kitab Mormon dan dia akan rela untuk diajar oleh para mubaligh. Wanita itu sedia. Begitu juga sahabat saya. Anda and saya juga boleh bersedia.
Persediaan yang kita perlukan berlaku dalam minda dan hati kita. Wanita itu sudah dengar tentang Kitab Mormon dan dia ingat kata-kata tentang Kitab Mormon, Gereja Tuhan yang sudah dipulihkan, dan perintah untuk membayar persepuluhan. Dan dia merasa satu permulaan kesaksian tentang kebenaran dalam hatinya.
Tuhan sudah berfirman bahawa Dia akan mendedahkan kebenaran kepada minda dan hati kita melalui Roh Kudus (lihat A&P 8:2). Kebanyakan orang yang akan anda temui sudah ada permulaan persediaan itu. Mereka sudah mendengar tentang Tuhan dan firman-Nya. Jika hati mereka cukup lembut, mereka sudah merasai satu penetapan tentang kebenaran, walaupun betapa malapnya.
Wanita itu sedia. Begitu juga sahabat saya, Orang Suci Zaman Akhir yang sudah membaca Kitab Mormon. Dia merasa satu kesaksian bahawa perkara ini adalah benar, dan dia mengenali arahan dari Roh untuk membawa satu salinan Kitab Mormon bersama dia. Dia sedia dalam minda dan hatinya.
Tuhan sedang menyediakan orang untuk menerima kesaksian anda tentang kebenaran yang sudah dipulihkan. Dia perlukan iman dan tindakan anda untuk berkongsi dengan berani tentang perkara yang sangat bernilai kepada anda dan orang yang anda kasihi.
Bersedia untuk berkongsi dengan mengisikan minda anda setiap hari dengan kebenaran injil. Bila anda mematuhi perintah-perintah dan mentaati perjanjian anda, anda akan merasa kesaksian Roh dan kasih sayang yang lebih besar dari Juruselamat terhadap anda dan mereka yang anda kasihi.
Jika anda melakukan bahagian anda, anda akan mempunyai lebih banyak pengalaman untuk bertemu dengan orang yang sedia untuk mendengar kesaksian anda tentang kebenaran—yang diberikan secara peribadi, dari hati anda ke hati mereka.
© 2012 oleh Intellectual Reserve, Inc. Hak terpelihara. Dicertak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/11. Kelulusan penterjemahan: 6/11. Penterjemahan First Presidency Message, September 2012. Malay. 10369 348