Pesanan Pengajaran Berkunjung, September 2012
Keperluan-keperluan Khas dan Pelayanan yang Diberikan
Pelajarilah pesanan ini secara penuh doa dan, sebagaimana sesuai, berbincang mengenainya dengan saudari yang anda kunjungi.Gunakan soalan-soalan yang di bawah untuk menolong menguatkan para saudari yang anda ajar dan membuat Lembaga Pertolongan sebahagian giat dalam hidup anda sendiri.
“Keperluan-keperluan orang lain wujud di sekeliling kita,” kata Presiden Thomas S. Monson, “dan kita masing-masing boleh melakukan sesuatu untuk membantu seseorang. … Jika kita tidak hilangkan diri sendiri dalam pelayanan kepada orang lain, hidup kita akan mempunyai sedikit tujuan sahaja.”1
Sebagai para pengajar berkunjung kita boleh mengenali dan menyayangi setiap orang saudari yang kita kunjungi dengan ikhlas. Pelayanan kepada mereka yang kita kunjungi akan datang dengan natural dari kasih sayang kita terhadap mereka. (lihat Yohanes 13:34–35).
Bagaimana kita boleh tahu tentang keperluan-keperluan rohani dan jasmani saudari-saudari supaya kita boleh berikan pelayanan bila diperlukan? Sebagai para pengajar berkunjung, kita berhak untuk menerima inspirasi bila kita berdoa tentang mereka yang kita kunjungi.
Perhubungan yang tetap dengan para saudari kita juga penting. Kunjungan peribadi, panggilan telefon, nota galakan, e-mail, duduk bersama dia, satu pujian yang ikhlas, menyambut dia di gereja, menolong dia pada masa kesakitan atau masa keperluan, dan tindakan pelayanan lain menolong kita menjaga dan memperkuatkan satu sama lain.2
Para pengajar berkunjung diminta untuk melaporkan keadaan, keperluan-keperluan para saudari, dan pelayanan yang sudah diberikan kepada mereka. Laporan-laporan ini dan pelayanan kepada para saudari kita menolong kita untuk menunjukkan penganutan kita.3
Dari Tulisan Suci
Dari Sejarah Kita
Pelayanan satu sama lain selalunya adalah pusat pengajaran berkunjung. Melalui pelayanan yang berterusan kita mendatangkan kemurahan hati dan kesahabatan yang lebih dari kunjungan bulanan. Kasih sayang kitalah yang penting.
“Saya merayu kepada para saudari kita untuk berhenti bimbang tentang satu panggilan telefon atau kunjungan suku tahun atau kunjungan bulanan,” kata Mary Ellen Smoot, presiden umum Lembaga Pertolongan yang ke tiga belas. Dia meminta kita untuk “menumpukan perhatian ke atas menjaga jiwa-jiwa yang lembut.”4
Presiden Spencer W. Kimball (1895–1985) mengajar, “Adalah sangat penting bahawa kita melayan satu sama lain dalam kerajaan ini.” Tetapi dia sedar bahawa bukan semua pelayanan perlu merupakan tindakan hero. “Biasanya, tindakan pelayanan kita mengandungi galakan yang sederhana atau pemberian … bantuan demi tugas-tugas yang biasa,” dia berkata, “tetapi penghasilan yang mulia akan datang … dari tindakan yang kecil tetapi bertujuan!”5
© 2012 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Inggeris: 6/11. Kelulusan penterjemahan: 6/11. Penterjemahan Visiting Teaching Message, September 2012. Malay. 10369 348