2012
Malam Sebelum Hari Krismas yang Sempurna
Disember 2012


Remaja

Malam Sebelum Hari Krismas yang Sempurna

Bila saya masih muda, malam sebelum Krismas ialah satu masa yang paling baik. Keluarga saya memasak piza, menyanyi lagu pujian Krismas, dan berhimpun untuk satu pertemuan rohani Krismas. Kami menyanyikan lagu-lagu rohani dengan harmoni yang tidak begitu indah dan memainkan lagu-lagu pujian Krismas dengan alat-alat muzikal kami yang ganjil. Bapa selalu akhirkan malam itu dengan satu fikiran Krismas yang meninggalkan kami bermata air yang gembira. Hidup yang paling baik adalah pada masa malam sebelum hari Krismas.

Bila saya lebih tua, ibu saya menjaga anak jiran kami, Kelly. Kelly datang ke rumah kami setiap hari selepas sekolah bila ibunya, Patty, bekerja. Kelly sentiasa ikut saya seperti seekor anak anjing—bising dan perlukan perhatian. Saya merasa lebih senang bila Patty angkat anak perempuannya dan tinggalkan rumah dan keluarga saya dalam kedamaian.

Satu bulan Disember, saya berasa marah bila ibu menjemput Patty dan Kelly untuk menyertai kami pada malam sebelum Krismas. Malam sebelum Krismas saya. Ibu senyum dan memastikan saya, “Ia tidak akan mengubahkan apa-apa pun.” Tetapi saya tahu ia akan ubahkan segala hal. Mereka akan makan semua piza kami. Kelly akan mengusik nyanyian kami. Saya pun sudah terima kenyataan bahawa malam sebelum Krismas ini akan menjadi perayaan yang paling teruk.

Bila petang itu sampai, Patty dan Kelly menyertai kami, dan kami berbual-bual dan berketawa dan menyanyi bersama-sama. Ibu saya betul. Ini adalah sempurna. Pada tengah malam mereka mengucapkan terima kasih dan meninggal dengan enggan. Saya pergi tidur dengan hati yang penuh. Saya mendapati bahawa kurnia-kurnia benar Krismas tidak akan hilang bila dikongsikan. Sebaliknya, kurnia-kurnia ini menjadi lebih baik dan bertambah banyak bila kita berikan kepada orang lain.