2012
Pengajaran Berkunjung, satu Kerja Penyelamatan
Disember 2012


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Disember 2012

Pengajaran Berkunjung, satu Kerja Penyelamatan

Pelajarilah pesanan ini secara penuh doa dan, sebagaimana sesuai, berbincang mengenainya dengan saudari yang anda kunjungi.Gunakan soalan-soalan yang di bawah untuk menolong menguatkan para saudari yang anda ajar dan membuat Lembaga Pertolongan sebahagian giat dalam hidup anda sendiri.

Materai Lembaga Pertolongan

Iman • Keluarga • Pertolongan

Pengajaran berkunjung berikan para wanita peluang untuk menjaga, memperkuatkan, dan mengajar satu sama lain—ia memang ialah kerja penyelamatan. Melalui pengajaran berkunjung, para saudari melayan bagi pihak Juruselamat dan membantu menyediakan para wanita demi berkat-berkat kehidupan abadi.

“Kita harus ‘memperingatkan, memaparkan, mengimbau dan mengajar, dan mengajak [orang lain]untuk datang kepada Kristus’ (A&P 20:59), seperti yang dijelaskan oleh Juruselamat dalam wahyu-Nya,” kata Presiden Spencer W. Kimball (1895–1985). Dia berkata dengan selanjutnya, “Kesaksian anda adalah satu medium yang baik.”1

Bila kita sebagai pengajar berkunjung meningkatkan ilmu kita tentang kebenaran injil, kesaksian kita memperkuatkan dan menyokong para saudari yang bersedia demi pembaptisan dan penetapan. Kita menolong ahli-ahli baru untuk melibatkan diri sendiri dengan sepenuhnya dalam injil. Kunjungan dan kasih sayang kita menolong “untuk membawa balik mereka yang sudah sesat [dan] memanaskan hati mereka yang sudah menjadi sejuk dalam injil.”2 Dan kita menggalak para saudari untuk datang ke Kristus melalui kehadiran bait suci.

“Anda akan menyelamatkan jiwa,” kata Presiden Kimball kepada para pengajar berkunjung, “dan perkara yang menunjukkan ini ialah para ahli yang aktif dalam Gereja hari ini kerana anda pergi ke rumah mereka dan berikan mereka satu pandangan yang baru, satu visi yang baru. Anda membuka mata mereka. Anda memperluaskan horizon mereka …

“Lihatlah, anda tidak sahaja menyelamatkan para saudari ini, tetapi mungkin juga menyelamatkan suami dan keluarga mereka.”3

Dari Tulisan Suci

Ajaran dan Perjanjian 20:59; 84:106; 138:56

Dari Sejarah Kita

Bila Nabi Joseph Smith mengorganisasikan Lembaga Pertolongan, dia berkata bahawa para wanita tidak sahaja menjaga orang yang miskin tetapi menyelamatkan jiwa juga. Dia mengajar bahawa para wanita dalam Gereja mempunyai peranan-peranan yang penting dalam rancangan penyelamatan Bapa Syurgawi.4 Dibimbing oleh asas-asas yang diajar oleh Nabi Joseph Smith, kita sebagai para saudari dalam Lembaga Pertolongan boleh bekerja sama untuk menyediakan para wanita dan keluarga mereka demi berkat-berkat Tuhan.

“Biarlah kita mempunyai rasa kasihan terhadap satu sama lain,” kata Presiden Brigham Young (1801–77), “dan biarlah [mereka yang] yang kuat merawat mereka yang lemah sehingga menjadi kuat, dan biarlah mereka yang dapat melihat membimbing yang buta sehingga mereka dapat melihat jalan bagi diri sendiri.”5

Nota

  1. Spencer W. Kimball, dalam Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society (2011), 116.

  2. Eliza R. Snow, dalam Daughters in My Kingdom, 108.

  3. Spencer W. Kimball , dalam Daughters in My Kingdom, 117.

  4. Lihat Joseph Smith, dalam Daughters in My Kingdom, 171–72.

  5. Brigham Young, dalam Daughters in My Kingdom, 107.

Apa yang Boleh Saya Lakukan?

  1. Bagaimana Lembaga Pertolongan menyediakan saya demi berkat-berkat kehidupan abadi?

  2. Apakah yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan iman mereka yang saya jaga?