Pesanan Presidensi Utama, Disember 2012
Menemukan Roh Krismas Semula Lagi
Banyak tahun lalu bila saya seorang penatua yang muda, saya dipanggil bersama orang lain untuk memberikan berkat-berkat kepada kanak-kanak yang sakit di satu hospital. Bila masuk ke hospital itu, kami melihat satu pokok Krismas yang berisi dengan lampu-lampu yang terang dan indah dan bungkusan-bungkusan di bawah cabang-cabangnya. Kemudian kami berjalan pada koridor di mana kanak-kanak kecil—dengan pembebat pada lenggan atau kaki mereka, ada juga yang bersakitan penyakit yang tidak dapat diubat dengan mudah—menyambut kami dengan seyuman.
Seorang budak lelaki kecil yang sangat sakit memanggil saya, “Apakah nama anda?”
Saya pun memberitahu dia nama saya, dan dia menanya, “Bolehkan anda berikan saya satu berkat?”
Saya pun berikan dia satu berkat, dan semasa kami meninggalkan tepi katilnya, dia berkata, “Terima kasih banyak.”
Kami berjalan beberapa langkah, dan kemudian saya mendengar dia berkata, “Oh, Brother Monson, selamat hari Krisma kepada kamu.” Kemudian satu senyuman muncul pada mukanya.
Budak itu memiliki roh Krismas. Roh Krismas ialah sesuatu yang saya harap bahawa kita semua akan memiliki dalam hati dan hidup kita—tidak sahaja pada musim ini tetapi sepanjang tahun.
Bila kita memiliki roh Krismas, kita mengingati Juruselamat dengan merayakan hari lahir-Nya pada musim ini: “Pada hari ini di Kota Daud telah lahir Juruselamat kamu, Kristus, Tuhan” (Lukas 2:11).
Pada zaman kini, pemberian hadiah merupakan satu bahagian yang besar dalam perayaan musim Krismas. Saya tertanya bolehkah kita bermanfaat dari menanyakan diri sendiri, apakah hadiah yang Tuhan ingin saya berikan kepada Dia atau kepada orang lain pada musim yang berharga ini?
Sila biarkan saya cadangkan bahawa Bapa Syurgawi kita inginkan kita memberikan kepada Dia dan Anak-Nya kepatuhan. Saya juga berasa bahawa Dia ingin menanya kita untuk memberikan kita diri sendiri dan tidak mementingkan diri sendiri atau tamak atau suka bertengkar, seperti yang dicadangkan dalam Kitab Mormon:
“Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, dia yang memiliki semangat perselisihan bukanlah dari-Ku, tetapi dari iblis, yang … menghasut hati manusia, untuk berselisih dengan amarah, satu sama lain.
“Lihatlah, ini bukanlah ajaran-Ku, untuk menghasut hati manusia dengan marah, satu terhadap yang lain; tetapi inilah ajaran-Ku, bahawa hal-hal seperti itu hendaklah diakhiri” (3 Nefi 11:29–30).
Pada dispensasi kegenapan zaman yang hebat ini, peluang-peluang untuk menyayangi dan memberikan perkhidmatan adalah tidak berhad, tetapi peluang-peluang ini juga cepat hilang. Pada hari ini, ada hati yang perlu digembirakan, kata-kata yang berbelas kasihan perlu diucapkan, perkhidmatan dilakukan, dan jiwa diselamatkan.
Seorang yang mempunyai pemahaman yang mendalam tentang roh Krismas menulis:
Sayalah Roh Krismas—
Saya masuk ke rumah yang miskin, menyebabkan mata-mata kanak-kanak pucat membuka, dengan kegembiraan.
Saya menyebabkan orang yang tamak untuk mengendurkan genggaman dan melukis satu gambar yang terang pada jiwanya.
Saya menyebabkan orang yang tua untuk membaharukan kebeliaan dan untuk berketawa seperti pada masa muda mereka.
Saya menghidupkan kegembiraan dalam hati zaman kanak-kanak, dan menerangkan tidur dengan mimpi-mimpi yang indah.
Saya menyebabkan tapak kaki yang rela untuk melayan orang yang berkeperluan, dan meninggalkan hati-hati yang kagum dengan kebaikan dunia ini.
Saya menyebabkan orang yang boros untuk berhenti sekejap pada jalannya untuk menghantarkan sesuatu kepada orang yang dia kasihi yang akan membebaskan air mata—air mata yang akan hapuskan kedukaan.
Saya masuk ke penjara yang gelap, mengingatkan mereka yang takut tentang perkara yang mungkin berlaku dan menujukan kepada hari-hari baik yang akan datang.
Saya masuk ke rumah yang sakit, dan bibir yang terlalu lemah untuk mengucap bergeletar dalam kesyukuran yang senyap dan petah.
Dalam beribu-ribu cara, saya menyebabkan dunia yang letih ini untuk memandang muka Tuhan, dan untuk satu tempoh masa yang ringkas, melupakan hal-hal yang kecil dan menyakitkan.
Sayalah Roh Krismas1
Semoga kita masing-masing menemukan roh Krismas semula lagi—bahkan Roh Kristus.
© 2012 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Inggeris: 6/11. Kelulusan penterjemahan First Presidency Message, December 2012. Malay. 10372 348