2013
Saya Dapat Lepaskan Kedukaan Saya
September 2013


Remaja

Saya Dapat Lepaskan Kedukaan Saya

Pengarang ini dari Taiwan.

Bila sahabat saya Brother Chen dan isterinya dibaptis dalam bahagian kami, saya berasa sangat gembira. Setahun selepas pembaptisan mereka, mereka dimeteraikan dalam bait suci, dan anak lelaki mereka yang sudah meninggal dunia sebelum mereka menjadi ahli Gereja dimeterai dengan mereka. Adalah sangat baik untuk menyaksi keluarga Chen berkembang dalam injil.

Kemudian Brother Chen dibunuh dalam satu kemalangan kereta pada tahun lepas. Selepas kemalangan itu, kematiannya selalu dalam fikiran saya dan saya selalu mimpin tentang perkara itu. Saya bangun dari tidur dengan air mata mengalir dan menanya berkali-kali, “Mengapa? Mengapa Tuhan benarkan tragedi begini berlaku? Mengapa perkara ini berlaku kepada keluarga yang baik ini?” Pada suatu hari, semasa saya berjuang dengan soalan-soalan ini, saya angkatkan satu buku manual pengajaran dan bacakan kata-kata berikut dari President Spencer W. Kimball (1895–1985):

“Jika kita anggapkan kefanaan sebagai segala kewujudan kita, jadi kesakitan, kesedihan, kegagalan, dan hidup yang pendek akan menjadi malapetaka. Tetapi jika kita anggapkan hidup ini sebagai satu perkara yang dilanjutkan dari kehidupan prafana dan ke hadap masa depan abadi selepas kematian, semua yang berlaku dapat dipandang dengan perspektif yang sesuai. …

“Tidakkah kita didedah kepada godaan untuk mengaji kekuatan kita, kesakitan supaya kita boleh belajar kesabaran, kematian supaya kita boleh menjadi baqa dan mulia?”1

Pada saat itu, saya buat keputusan untuk melepaskan kedukaan saya dan memandang terhadap masa depan yang sudah dijanjikan. Saya lihat dalam akal saya Brother Chen bersatu dengan keluarganya dengan gembira. Ini bawakan saya kedamaian. Saya tahu bahawa Bapa Syurgawi akan berikan kita kebijaksanaan dan keberanian untuk menemui kesusahan.

Nota

  1. Teachings of Presidents of the Church: Spencer W. Kimball (2006), 15.

Cetak