2013
Sikap Bergantung pada Sendiri
September 2013


Pesanan Pengajaran Berkunjung, September 2013

sikap bergantung pada sendiri

Pelajarilah pesanan ini secara penuh doa dan, sebagaimana sesuai, berbincang mengenainya dengan saudari yang anda kunjungi. Gunakan soalan-soalan di bawah untuk menolong menguatkan para saudari yang anda ajar dan membuat Lembaga Pertolongan sebahagian giat dalam hidup anda sendiri. Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.reliefsociety.lds.org.

Materai Lembaga Pertolongan

Iman, Keluarga, Pertolongan

Sikap bergantung pada sendiri ialah satu keupayaan, komitmen, dan usaha untuk menyedia demi kesihatan rohani dan jasmani bagi kita diri sendiri dan bagi keluarga kita.1

Bila kita belajar dan mengaplikasikan asas-asas sikap bergantung pada sendiri dalam rumah tangga dan komuniti kita, kita berpeluang untuk menjaga orang yang miskin dan yang berkeperluan serta menolong orang lain menjadi bergantung pada sendiri supaya mereka boleh menahan masa kesusahan.

Kita mempunyai hak istimewa dan tugas untuk menggunakan hak pilihan kita untuk menjadi bergantung pada sendiri secara rohani dan jasmani. Elder Rober D. Hales dari Kuorum Dua Belas Rasul berkata mengenai sikap bergantung pada sendiri secara rohani dan penggantungan kita kepada Bapa Syurgawi: “Kita menjadi penganut dan bergantung pada sendiri secara rohani bila kita menjaga perjanjian kita dengan penuh doa — melalui mengambil sakramen dengan layak, menjadi layak untuk memperoleh surat rekomen bait suci, dan berkorban untuk melayan orang lain.”2

Elder Hales menasihati kita untuk menjadi bergantung pada sendiri, “termasuk memperoleh pendidikan yang lebih lanjut selepas sekolah menengah atau pendidikan vokasional, belajar untuk bekerja, dan hidup dengan jimat. Dengan mengelakkan hutang dan menimpan wang sekarang, kita bersedia demi pelayanan sepenuh masa Gereja pada masa depan. Tujuan bergantung pada sendiri secara jasmani dan rohani adalah untuk memastikan kita terjamin supaya kita boleh menolong orang lain yang berkeperluan.3

Dari Tulisan Suci

Matius 25:1–13;  Timotius 5:8; Alma 34:27–28; Ajaran dan Perjanjian 44:6; 58:26–29; 88:118

Dari Sejarah Kita

Selepas Orang-orang Suci Zaman Akhir berkumpul di Lembah Salt Lake, satu gurun yang terpencil, Presiden Brigham Young inginkan mereka untuk berkembang dan menubuhkan rumah tangga yang tetap. Ini bererti Orang-orang Suci itu perlu belajar kemahiran yang akan membenarkan mereka untuk menjadi bergantung pada sendiri. Dalam usaha ini, Presiden Young percaya terhadap kapasiti, bakat, iman, dan kerelaan para wanita, dan dia menggalakkan mereka dalam tugas-tugas tertentu. Walaupun tugas-tugas para saudari Lembaga Pertolongan berbeza hari ini, asas-asasnya masih tetap:

  1. Belajar untuk suka bekerja dan mengelakkan kemalasan.

  2. Memperoleh sikap bergantung pada sendiri.

  3. Menerima tanggungjawab peribadi terhadap kekuatan rohani, kesihatan jasmani, pendidikan, pekerjaan, perihal kewangan, makanan, dan keperluan-keperluan lain yang menyokong hidup.

  4. Berdoa demi iman dan keberanian untuk menemui cabaran.

  5. Memperkukuhkan orang lain yang perlukan bantuan.4

Nota

  1. Lihat Handbook 2: Administering the Church (2010), 6.1.1.

  2. Robert D. Hales, “Coming to Ourselves: The Sacrament, the Temple, and Sacrifice in Service,” Liahona dan Ensign, Mei 2012,34.

  3. Robert D. Hales, “Coming to Ourselves,” 36.

  4. Lihat Daughters in My Kingdom: The History and Work of Relief Society (2011), 51.

Apa yang Dapat Saya Lakukan?

  1. Bagaimana saya menolong para saudara yang saya jaga untuk mencarikan penyelesaian kepada keperluan jasmani dan rohani mereka?

  2. Adakah saya meningkatkan sikap bergantung pada sendiri secara rohani melalui bersedia untuk sakramen dan berkorban untuk melayan?