Pesanan Presidensi Utama, SePtember 2013
Orang-orang Suci pada Segala Musim
Masa kanak-kanak saya berlaku pada tempat yang sangat indah dalam keempat-empat musim. Setiap bulan adalah sangat indah dan agung. Pada hari musim sejuk yang sempurna, salji jatuh pada gunung dan jalan. Hujan pada musim bunga membersihkan segala dan pokok-pokok dan tanaman membunga. Matahari bersinar pada langit tenang musim panas. Dan musim luruh yang istimewa mengubahkan alam semulajadi ke warna-warna oren, kuning, dan merah. Dari masa kanak-kanak sehingga hari ini, saya suka sifat-sifat dan keunikan setiap musim.
Kita juga ada musim yang berbeza dalam hidup kita. Ada musim yang panas dan baik. Ada musim yang tidak baik. Ada masanya dalam hidup kita indah seperti foto dalam kalendar. Ada juga hari dan keadaan yang menyebabkan kesakitan hati dan membawakan perasaan putus asa, kemarahan, dan kepahitan.
Saya pasti pada suatu masa kita semua fikir adalah baik untuk hidup pada satu tempat yang hanya penuh dengan musim yang sempurna dan elakkan masa teruk.
Tetapi ini tidak mungkin terjadi. Dan tidak harus diingini.
Bila saya renungkan kehidupan saya, adalah jelasnya banyak masa perkembangan yang terbesar saya berlaku semasa saya mengalami pengalaman yang sukar.
Bapa Syurgawi kita yang bijaksana tahu bahawa untuk anak-anak-Nya berkembang menjadi manusia yang harus mereka menjadi, mereka perlu mengalami musim kesukaran semasa perjalanan mereka pada hidup fana. Nabi Lehi dari Kitab Mormon berkata bahawa tanpa pertentangan, “kebenaran tidak dapat didatangkan” (2 Nefi 2:11). Sesungguhnya, kepahitan hidup membenarkan kita untuk mengenali, membeza, dan menghargai kemanisan hidup (lihat A&P 29:39; Musa 6:55).
Presiden Brigham Young kata:”Semua jiwa yang bijaksana yang ditakhtakan mahkota kemuliaan, kebaqaan, dan kehidupan kekal mesti mengalami setiap pengalaman pahit yang dipilih untuk dialami oleh jiwa-jiwa bijaksana, untuk memperoleh kemuliaan mereka. Manusia fana mesti menderita setiap malapetaka yang datang kepada mereka … untuk menyedia mereka untuk menikmati kehadiran Tuhan. … Setiap cubaan dan pengalaman yang anda alami diperlukan demi penyelamatan anda.”1
Soalan yang kita harus jawab bukan adakah kita akan mengalami musim kesukaran tetapi bagaimanakah kita akan bertindak terhadap kesukaran. Peluang kita semasa musim-musim hidup yang berubah-ubah adalah untuk memegang teguh kepada firman Tuhan, nasihat-Nya yang tidak hanya menolong kita menahan pengalaman yang susah tetapi juga membimbing kita untuk mengatasi pengalaman-pengalaman itu. Bapa Syurgawi kita sudah berikan firman-Nya melalui para nabi-Nya — ilmu yang berharga yang diberikan untuk membimbing kita untuk melalui cabaran musim kesukaran yang menuju terhadap kebahagiaan dan terang kehidupan abadi. Adalah penting bagi pengalaman hidup untuk kita membina kekuatan, keberanian, dan integriti untuk memegang teguh kepada kebenaran dan kesolehan walaupun kita mengalami kesukaran.
Orang yang sudah dibaptis dan sudah terima kurnia Roh Kudus meletakkan jejakan mereka pada jalan penganutan dan diperintah untuk mengikut jejakan Juruselamat kita dengan setia dan dengan beriman.
Juruselamat ajar bahawa matahari terbit “untuk orang yang baik dan yang jahat. Dia menurunkan hujan untuk orang yang mentaati Tuhan dan juga yang tidak mentaati-Nya” (Matius 5:45). Kadang-kala kita tidak faham mengapa perkara yang susah dan tidak adil berlaku. Tetapi sebagai pengikut Kristus, kita percaya bahawa jika kita “carilah dengan tekun, berdoa selalu, dan percayalah, … segala sesuatu akan bekerja bersama demi kebaikan [kita], jika [kita] berjalan dengan lurus” (A&P 90:24; tekanan ditambahkan).
Sebagai ahli Gereja-Nya, sebagai Orang-orang Suci, kita melayan dengan gembira dan dengan hati yang rela dalam segala cuaca dan dalam segala musim. Bila kita buat demikian, hati kita dipenuh dengan iman yang suci, harapan yang menyembuhkan, dan ihsan syurgawi.
Kita masih mesti melalui segala musim — yang indah dan yang susah. Walau apapun musim itu, sebagai pengikut Yesus Kristus, kita akan mendasarkan harapan kita di atas Dia semasa kita menuju terhadap terang-Nya.
Sebagai ringkasan, kita Orang-orang Suci Tuhan, bertekad untuk belajar dari Dia, untuk mengasihi Dia, dan untuk mengasihi saudara-saudari kita. Kita penziarah pada jalan penganutan yang suci, and kita akan berjalan dengan teguh terhadap matlamat syurgawi kita.
Jadi, biarlah kita menjadi Orang-orang Suci pada musim bunga, musim panas, musim luruh, dan musim sejuk. Biarlah kita menjadi Orang-orang suci pada segala musim.
© 2013 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/12. Kelulusan penterjemahan: 6/12. Penterjemahan First Presidency Message, September 2013. Malay. 10669 348