2013
Bolehkan Saya Kongsikan satu Kitab Mormon?
Disember 2013


Remaja

Bolehkan Saya Kongsikan satu Kitab Mormon?

Pengarang ini meninggal di Washington, USA.

Semasa tahun pertama sekolah menengah, guru seminari saya menjemput kelas saya untuk memberikan satu salinan Kitab Mormon kepada rakan-rakan yang bukan ahli Gereja. Walaupun saya sangat malu, saya terima jemputan itu.

Selepas beberapa hari saya baru cukup berani untuk memberikan rakan saya Britny buku itu semasa makan petang dan saya berikan satu kesaksian yang ringkas. Britny mengucap terima kasih kepada saya.

Pada hujung tahun itu, Britny pun pindah, tetapi kami masih terus berkomunikasi. Dia beritahu saya tentang sekolah barunya dan hampir semua rakan-rakannya ialah ahli Gereja, tetapi dia tidak bincangkan perkara rohani bersama saya.

Itu berubah sebelum saya pergi melayan misi. Saya menerima satu mesej dari Britny beritahu saya tentang berita besarnya: dia akan dibaptis, dan dia hendak mengucap terima kasih kepada saya ke atas kesahabatan kami dan menjadi satu teladan bagi dia.

Tuhan mengarahkan seorang budak yang malu yang berumur 15 tahun tanpa sebarang pengalaman mubaligh untuk mengongsikan injil dengan seorang yang dia tahu akan menerima injil. Saya tahu bahawa dengan mematuhi Roh, kita semua boleh mencari orang di sekeliling kita yang sedang menunggu untuk belajar tentang injil yang sudah dipulihkan. Saya tahu bahawa jika kita hanya bawakan meskipun satu orang kepada Tuhan, “betapa akan besar sukacita [kita] bersamanya di dalam kerajaan Bapa [kita]!” (A&P 18:15).