Pesanan Presidensi Utama, Disember 2013
Keluarga dan Sahabat yang Kekal
Di mana pun anda tinggal, anda ada sahabat yang mencarikan kegembiraan yang lebih besar yang sudah anda dapat dengan mematuhi injil Yesus Kristus yang sudah dipulihkan. Mereka mungkin tidak dapat menghuraikan kegembiraan itu dengan perkataan, tetapi mereka boleh mengenalinya bila mereka ternampak kegembiraan itu dalam hidup anda. Mereka akan ingin belajar tentang sumber kegembiraan itu, terutamanya bila mereka lihat anda juga mengalamai cubaan seperti mereka.
Anda sudah merasa kegembiraan bila anda mematuhi perintah-perintah Tuhan. Itu hasil yang sudah dijanjikan dari mematuhi injil (lihat Mosia 2:41). Anda tidak mematuhi perintah-perintah Tuhan dengan beriman kerana anda ingin orang lain melihat anda, tetapi mereka yang memerhati kegembiraan anda sedang disediakan oleh Tuhan untuk mendengar berita baik injil Pemulihan.
Berkat-berkat yang sudah anda terima menciptakan obligasi dan peluang yang agung bagi anda. Kerana anda seorang pengikut yang sudah buat perjanjian dengan Yesus Kristus, anda mempunyai kewajipan untuk memberikan peluang kepada orang lain untuk mencarikan kegembiraan yang lebih besar, terutamanya sahabat dan ahli keluarga anda.
Tuhan nampak peluang anda dan menghuraikan obligasi anda dengan perintah ini: “Adalah sepatutnya bagi setiap orang yang telah diperingatkan untuk memperingatkan sesamanya” (A&P 88:81).
Tuhan buatkan perintah itu lebih senang dipatuhi melalui perubahan yang terjadi dalam hati anda bila anda menerima dan mematuhi injil Yesus Kristus. Sebagai hasilnya, kasih sayang anda terhadap orang lain menambah, dan anda juga ingin mereka memiliki kegembiraan yang sudah anda alami.
Satu contoh perubahan itu adalah anda akan menyambut peluang untuk menolong dalam kerja mubaligh Tuhan. Para mubaligh sepenuh masa akan belajar bahawa mereka boleh mengharapkan balasan baik dari seorang penganut baru bila mereka mintakan rujukan. Para penganut baru inginkan sahabat dan ahli keluarga mereka untuk mengongsikan kegembiraan mereka.
Bila pemimpin misi bahagian anda atau para mubaligh mintakan nama orang yang boleh mereka ajar, itu ialah satu pujian bagi anda. Mereka tahu sahabat anda sudah nampak kegembiraan anda, jadi, mereka sudah disediakan untuk mendengar dan menerima injil. Dan mereka berkeyakinan bahawa andalah sahabat yang mereka perlu bila mereka datang ke kerajaan Tuhan.
Anda tidak harus takut bahawa anda akan hilangkan sahabat anda dengan menjemput mereka bertemu dengan para mubaligh. Saya ada sahabat yang menolak para mubaligh tetapi mengucapkan terima kasih kepada saya kerana saya ingin memberi mereka sesuatu yang mereka tahu sangat berharga bagi saya. Anda boleh mendapat sahabat yang kekal dengan mengongsikan injil, yang dapat mereka lihat sudah membawakan anda kegembiraan. Jangan lepaskan peluang untuk menjemput seorang sahabat dan terutamanya seorang ahli keluarga untuk memilih untuk mengikut rancangan kegembiraan.
Peluang yang terbesar demi jemputan itu boleh didapati dalam bait-bait suci Gereja. Di situ Tuhan boleh kurniakan tatacara penyelamatan kepada nenek moyang kita yang tidak dapat terima tatacara itu bila mereka masih hidup. Mereka memandang anda dari dunia roh dengan kasih sayang dan harapan. Tuhan sudah janji bahawa mereka akan berpeluang untuk datang ke kerajaan-Nya (lihat A&P 137:7–8), dan Dia sudah tumbuh dalam hati anda kasih sayang terhadap mereka.
Kebanyakan anda sudah berasa kebahagiaan bila menjalankan tatacara bait suci bagi orang lain, seperti bila anda berikan nama kepada para mubaligh. Anda juga sudah berasa kebahagiaan yang lebih besar dari melakukan tatacara bagi nenek moyang anda. Wahyu diberikan kepada Nabi Joseph Smith bahawa kegembiraan abadi kita mungkin dicapai jika kita berikan jalan terhadap berkat itu kepada nenek moyang kita melalui tatacara bait suci secara wakilan (lihat A&P 128:18).
Masa Krisma ialah satu waktu untuk merenung tentang Juruselamat dan kebahagiaan yang datang dari injil-Nya. Cara yang paling baik untuk menunjukkan kesyukuran kita kepada Dia adalah bila kita bawakan kebahagiaan itu kepada orang lain. Kesyukuran menjadi kebahagiaan bila kita berikan nama kepada para mubaligh dan bila kita bawakan nama nenek moyang kita ke bait suci. Bukti kesyukuran itu membolehkan sahabat dan keluarga bertahan selama-lamanya.
© 2013 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/13. Kelulusan terjemajan: 6/13. Penterjemahan First Presidency Message, December 2013. Malay. 10672 348