2013
Misi Ilahi Yesus Kristus: Putera Tunggal
Disember 2013


Pesanan Pengajaran Berkunjung, Disember 2013

Misi Ilahi Yesus Kristus: Putera Tunggal

Kajikan bahan bacaan ini dengan berdoa dan carikan perkara yang harus dikongsikan. Bagaimana pemahaman tentang hidup dan misi Juruselamat boleh meningkatkan iman kepada Dia dan boleh memberkat mereka yang anda jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.

Materai Lembaga Pertolongan

Iman, Keluarga, Pertolongan

Juruselamat kita, Yesus Kristus, dipanggil Putera Tunggal kerana hanya Dialah sahaja pada bumi ini dilahir dari seorang ibu yang fana dan dari seorang Bapa yang baqa. Dia sudah mewarisi kuasa ilahi dari Tuhan, Bapa-Nya. Dari ibu-Nya, Maria, Dia sudah mewarisi kefanaan dan dia sudah menahan kelaparan, kedahagaan, keletihan, kesakitan, dan kematian.1

Kerana Yesus Kristus adalah Putera Tunggal Bapa, Dia bermampu untuk mati dan bangkit semula lagi. Ayat-ayat suci ajar bahawa “melalui penebusan Kristus,” kita “boleh mendapatkan kebangkitan” (Yakub 4:11). Kita juga belajar bahawa semua “boleh dibangkitkan dalam kebaqaan pada kehidupan kekal” jika kita “akan percaya” (A&P 29:43).

Bila kita lebih memahami erti Yesus ialah Putera Tunggal Bapa, iman kita kepada Kristus akan bertambah. Elder D. Todd Christofferson dari Kuorum Dua Belas Rasul berkata, “Iman kepada Yesus Kristus ialah kepercayaan yang kukuh dan kepastian tentang (1) tarafnya sebagai Putera Tunggal Tuhan, (2) Penebusan-Nya yang tidak terhingga, dan (3) Kebangkitan-Nya.”2 Para nabi hari ini sudah bersaksi: [Yesus Kristus] ialah … Putera Tunggal dalam daging, Penebus dunia ini.”3

Dari Tulisan Suci

Yohanes 3:16; Ajaran dan Perjanjian 20:21–24; Musa 5:6–9

Dari Sejarah Kita

Dalam Perjanjian Baru kita baca tentang para wanita, adanya nama yang kita kenali, dan adanya kita tidak kenali, yang beriman kepada Yesus Kristus, yang belajar tentang ajaran-Nya dan mematuhi ajaran-Nya, dan bersaksi tentang pelayanan, mukjizat, dan keagungan-Nya. Para wanita ini menjadi teladan pengikut dan saksi yang penting dalam kerja penyelamatan.

Sebagai contoh, Marta memberi kesaksian yang kukuh tentang ketuhanan Juruselamat bila dia berucap kepada Juruselamat, “aku percaya bahawa Tuhan Anak Bapa, dan yang dijanjikan untuk datang ke dunia ini” (Yohanes 11:27).

Ibu-Nya, dan sepupu ibu-Nya Elisabet ialah saksi awal ketuhanan Juruselamat. Selepas malaikat Gabriel mengunjung Maria, Maria pergi mengunjug Elisabet. Bila Elisabet terdengar salam Maria, dia “dikuasai oleh Roh Tuhan” (Lukas 1:41) dan memberi kesaksian bahawa Maria akan menjadi ibu Putera Tuhan.

Nota

  1. Lihat Gospel Principles (2009), 52–53.

  2. D. Todd Christofferson, “Building Faith in Christ,” Liahona, Sept. 2012, 13.

  3. “The Living Christ: The Testimony of the Apostles,” Liahona, Apr. 2000, 2–3.

Apa yang Dapat Saya Lakukan?

  1. Mengapa adalah penting bagi saya untuk memahami peranan-peranan Yesus Kristus?

  2. Bagaimana perjanjian-perjanjian boleh meningkat iman kita kepada Juruselamat?