2014
Saya Melayan Lagi
September 2014


Saya Melayan Lagi

Pegarang ini tinggal di Rio Grande do Norte, Brazil.

Pada satu hari, selepas habis satu projek pelayanan, saya berjalan kaki lalu bangunan gereja kami dan ternampak dua orang saudari sedang membersihkan bangunan itu. Saya kata: “Saudari, kamu perlukan bantuan?” Salah seorang mereka bersenyum dan memberitahu bahawa saya sampai pada masa yang sesuai kerana hanya merekalah yang membersihkan bangunan itu dan mereka sangat letih. Dia kata dia sudah berdoa kepada Tuhan untuk menghantarkan bantuan. Saya berasa gembira untuk menjadi jawapan bagi doanya. Saya baru habis memberi pelayanan kepada orang lain dan juga berasa letih, tetapi saya ikut hati saya dan melayan lagi.

Untuk bekerja dengan gembira ialah satu perintah (lihat A&P 24:7). Apabila kita berhasrat untuk selalu melayan, kita boleh melakukan mukjizat dalam kehidupan orang lain. Kehidupan kita menjadi lebih bererti apabila kita melayan. Tuhan benar-benarnya menyayangi kita, Dia menolong setiap orang anak-Nya, dan Dia akan berikan kita kekuatan untuk melayan.