2014
Adakah Kita Sedia?
September 2014


Pesanan Presidensi Utama, September 2014

Adakah Kita Sedia?

Pada satu kawasan yang pernah saya tinggal dan melayan, Gereja menjalankan satu projek ladang ayam, dikerjakan oleh para sukarelawan dari bahagian-bahagian tempatan. Kebanyakan masa ia satu projek yang berkesan, membekalkan rumah stor uskup beribu-ribu biji telur yang segar dan beratus-ratus paun daging ayam. Tetapi, ada masanya untuk menjadi pekebun sukarela bandar mendatangkan lepuh pada tangan dan juga kekecewaan hati dan minda.

Sebagai contohnya, saya akan selalu ingatkan masa kami himpunkan para remaja putera Imamat Harun untuk membersihkan tempat itu. Kumpulan kami yang bersemangat dan bertenaga berkumpul di situ dan dengan cepatnya mencabut, mengumpul, dan membakarkan banyak rumpai dan sampah sarap. Dengan nyala dari unggun api, kami makan hot dog dan mengucap tahniah kepada satu sama lain ke atas satu kerja yang berjaya.

Tetapi, timbulnya satu masalah. Bunyi dan api itu mengganggu 5,000 ekor ayam di situ sehingga kebanyakan mereka salin bulu dan henti bertelur. Selepas itu, kami menahan beberapa rumpai supaya kami dapat memperoleh lebih banyak telur.

Tidak seorang ahli Gereja pun yang akan lupa atau berasa kesal ke atas pengalaman untuk memberi pertolongan kepada orang yang berkeperluan. Untuk menjadi berindustri, jimat cermat, bergantung pada diri sendiri, dan berkongsi dengan orang lain bukan satu perkara yang baru bagi kita.

Kita harus ingat bahawa sistem rumah stor yang paling baik adalah untuk setiap keluarga dalam Gereja memperolehi bekalan makanan, pakaian, dan jika mampu, keperluan kehidupan lain. Rumah stor Tuhan termasuk masa, bakat, kemahiran, belas kasihan, bahan pembaktian, dan kewangan dari para ahli Gereja yang beriman. Sumber-sumber ini sedia ada bagi para uskup untuk menolong orang yang berkeperluan.

Kami menegas bahawa semua Orang Suci Zaman Akhir untuk menjadi hemat dalam rancangan mereka, untuk menjadi konservatif dalam kehidupan mereka, dan untuk mengelakkan hutang yang berlebihan atau yang tidak diperlukan. Banyak orang boleh menahan kesukaran kewangan jika mereka mempunyai bekalan makanan dan pakaian serta bebas dari hutang. Hari ini kita mendapati bahawa banyak orang memperbalikkan nasihat ini: mereka berhutang dan tidak mempunyai makanan simpanan.

Saya ulangkan apa yang diumumkan oleh Presidensi Utama beberapa tahun dahulu:

“Orang-orang Suci Zaman Akhir sudah dinasihati buat banyak tahun untuk bersedia demi kesukaran dengan menyimpan wang. Menyimpan wang akan menambahkan jaminan dan kesihatan hidup. Setiap keluarga mempunyai satu tanggungjawab untuk membekal demi keperluannya mengikut kemampuan.

“Kami menggalak kamu di mana pun kamu berada di dunia ini untuk membuat persediaan demi kesukaran dengan menimbangkan keadaan kewangan kamu. Kami menasihati kamu untuk berhemat dalam pembelajaan kamu; berdisiplin dalam pembelian kamu untuk mengelakkan hutang. Bayar balik hutang secepat mungkin, dan bebaskan diri sendiri dari perhambaan ini. Simpan sedikit wang dengan perlahan-lahan untuk membina satu simpanan.”1

Adakah kita sedia untuk menghadapi kecemasan dalam hidup kita? Adakah kemahiran kita sempurna? Adakah kita hidup dengan hemat? Adakah kita mempunyai pembekalan simpanan? Adakah kita patuh kepada perintah Tuhan? Adakah kita ikut ajaran-ajaran para nabi? Adakah kita sedia untuk memberikan barang kita kepada orang yang miskin dan yang berkeperluan? Bolehkah kita menghadapi Tuhan?

Kita tinggal dalam satu zaman yang bergelora. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan; jadi, kita sepatutnya bersedia demi ketidakpastian. Apabila masa untuk membuat keputusan sampai, masa untuk membuat persediaan sudah lalu.

Nota

  1. Presidensi Utama, All Is Safely Gathered In: Family Finances (risalah, 2007).

Mengajar dari Pesanan Ini

Timbangkan keperluan mereka yang kamu kunjungi, timbangkan cara kamu boleh menolong mereka untuk menjadi lebih bergantung pada diri sendiri dalam pekerjaan, kewangan, simpanan makanan, atau persediaan kecemasan. Fikirkan satu kemahiran yang kamu boleh kongsi dengan mereka, seperti perkebunan atau pengurusan kewangan, yang akan menguasakan mereka untuk mengikut nasihat Presiden Monson.