Pesanan Pengajaran Berkunjung, September 2014
Misi Ilahi Yesus Kristus: Penolong
Kajikan bahan ini dengan berdoa dan carikan perkara untuk dikongsikan. Bagaimana pemahaman tentang hidup dan peranan Juruselamat boleh meningkat iman kamu kepada Dia dan memberkat mereka yang kamu jaga melalui pengajaran berkunjung? Untuk maklumat lebih lanjut, layari reliefsociety.lds.org.
Yesus Kristus menjamin, “Aku tidak akan meninggalkan kamu sendirian seperti yatim piatu; Aku akan kembali kepada kamu” (Yohanes 14:18). Dia akan berikan kita “kesukaan serta kegembiran,dan bukan kedukaan, lagu pujian, dan bukan kesedihan” (Yesaya 61:3). Kerana Kristus menderita Penebusan untuk kita semua, Dia tidak akan lupakan kita. “Juruselamat kita sudah menanggung ke atas diri sendiri … kesakitan, penderitaan dan kesusahan kita supaya Dia boleh tahu perasaan kita dan cara untuk menyenangkan hati ktia,” kata Linda S. Reeves, penasihat kedua dalam presidensi Umum Lembaga Pertolongan.1
Mengetahui bahawa Kristus akan menyenangkan hati kita boleh mendatangkan keamanan dan mengilhamkan kita untuk mengikut teladan-Nya dengan melayan orang lain. Presiden Thomas S. Monson kata: “Ilmu injil kita dan kasih sayang kita terhadap Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita akan menyenangkan hati kita dan menyokong kita serta mendatangkan kebahagiaan kepada hati kita semasa kita berjalan tegak dan mematuhi perintah. Tidak ada sebarang perkara dalam dunia ini pun boleh mengalahkan kita.”2
Dari Tulisan Suci
Yohanes 14:18, 23; Alma 7:11–13; Ajaran dan Perjanjian 101:14–16
Dari Sejarah Kita
Elaine L. Jack, presiden umum Lembaga Pertolonga ke-12 berkata: “Melalui pengajaran berkunjung, kita menghulurkan tangan kepada satu sama lain. Tindakan kita mengucapkan perkara yang tidak dapat diucap dengan perkataan. Satu pelukan yang mesra mengucapkan banyak perkara. Satu ketawa menyatukan kita. Satu masa perkongisan memperbaharui jiwa kita. Kita tidak dapat selalu mengangkat beban orang yang mengalami kesukaran, tetapi kita boleh mengangkat orang itu supaya dia lebih mampu memikul beban itu.”3
Para saudari peneroka Lembaga Pertolongan kita “memperolehi kekuatan rohani dari kasih sayang dan belas kasihan terhadap satu sama lain. … Semasa mereka menderita cubaan kesakitan dan kematian, mereka berdoa dengan beriman untuk satu sama lain dan menyenangkan hati satu sama lain. ‘Kasih sayang Tuhan bercurah dari hati ke hati,’ catat Helen Mar Whitney, ‘sehingga si jahat tidak berkuasa dalam usahanya untuk memisahkan kami dan Tuhan, dan cubaan kejamnya tidak mendatangkan kedukaan.’”4
© 2014 oleh Intellectual Reserve, Inc. Semua hak terpelihara. Dicetak di USA. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/14. Kelulusan penterjemahan: 6/14. Penterjemahan Visiting Teaching Message, September 2014. Malay. 10869 348