2015
Penukaran Hati Saya
Februari 2015


Remaja

Penukaran Hati Saya

Pengarang ini tinggal di Fortaleza, Brazil

Apabila saya mula belajar tentang injil pemulihan Yesus Kristus, saya rasa Roh memberi saksi tentang kebenarannya. Melalui doa, kesaksian saya menjadi lebih kukuh dan saya buat keputusan untuk dibaptiskan.

Selepas pembaptisan saya, ahli-ahli dalam bahagian saya mula menanya adakah saya akan melayani misi. Sebenarnya, saya tidak tahu tentang apa yang harus saya ucapkan. Idea untuk meninggalkan keluarga saya dan sekolah untuk melayan satu misi memangnya tidak masuk akal bagi saya.

Suatu hari, saya mula berfikir tentang penukaran saya. Saya ingat para mubaligh yang mengajar saya, mereka menjawab soalan-soalan saya dengan sabar dan menolong saya untuk memahami injil. Saya sedar bahawa tanpa bantuan mereka, saya tidak akan dapat cari Gereja yang benar. Sesungguhnya saya sedar tentang perkara ini, hasrat untuk melayan berkembang dalam hati saya. Saya boleh rasa Roh memberitahu saya bahawa saya harus melayani misi sepenuh masa.

Saya tahu bahawa kerja mubaligh ialah kerja Bapa Syurgawi kita dan kita boleh menolong mereka untuk mengetahui pengetahuan injil pemulihan.